Dalam wawancara yang tersebar di youtube (sila lihat di bawah) , Balasubramaniam mendakwa Nazim dan beberapa individu lain, bertindak sebagai proksi Najib bagi memaksanya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.
Beliau juga mendakwa ditawarkan RM5 juta oleh Nazim dan individu lain yang dikaitkan dengan kes tersebut.
Najib nafi dakwaan Bala
Andrew Ong & Abdul Rahim Sabri/malaysiakini
Perdana Menteri menafikan dakwaan - bahawa adiknya, Datuk Mohamed Nazim Razak telah memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya - sebagai tidak berasas.
Apabila soalan itu diajukan kepada beliau dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam ini, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak akan melayan kenyataan semberono.
Beliau diminta mengulas dakwaan Balasubramaniam dalam siri video wawancaranya yang disiarkan dalam Youtube.
Dalam wawancara tersebut, Balasubramaniam mendakwa Nazim dan beberapa individu lain, bertindak sebagai proksi Najib bagi memaksanya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.
Beliau juga mendakwa ditawarkan RM5 juta oleh Nazim dan individu lain yang dikaitkan dengan kes tersebut.
Akuan bersumpah itu mengandungi dakwaan yang Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya Shaariibuu, di mana Najib telah menafikannya.
Balasubramaniam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu dalam tempoh 24 jam dalam situasi yang meragukan dan meninggalkan negara bersama anggota keluarganya.
Walaupun pelbagai pihak sebelum ini telah mendesak Najib supaya memberi reaksi terhadap perkembangan terbaru itu, tetapi perdana menteri dan adiknya itu hanya membisu.
Cerita selanjutnya di SINI
Video
part 1
Part 2
Part 3
Infamous Declaration Video 2008
APA MOTIF BALA MENDEDAHKAN SEGALA-GALANYA?
SPRM DAPAT KETUA BARU

Untuk masa depan SPRM yang lebih gemilang, cemerlang serta penuh integriti, diucapkan selamat bertugas kepada Datuk Abu Kassim.
Abu Kassim Ganti Ahmad Said Ketuai SPRM Mulai 1 Jan
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya yang baru mulai 1 Jan ini menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan hari ini berkata Ahmad Said, 57, telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya, yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010, dipendekkan pada 31 Dis ini.
"Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Abu Kassim, 48, sebagai Ketua Pesuruhjaya yang baru berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," kata Sidek dalam satu kenyataan.
Abu Kassim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, dan Sarjana Sains dalam bidang Criminal Justice dari Michigan State University, Amerika Syarikat.
Abu Kassim dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Dis 1960 menyertai Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 Sept 1984 sebagai pegawai siasatan.
Beliau pernah menjadi Pengarah Perancangan dan Koordinasi Dasar di ibu pejabat BPR, Pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Integriti, Amanah Raya Berhad.
Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jan 2007, dan dengan berkuatkuasanya akta baru pada 1 Jan 2009, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Sidek berkata kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahmad Said kerana sumbangannya.
-- BERNAMA
MAKSIMUM SUBJEK SPM 12, AMBILKIRA HANYA 10
Keputusan mata pelajaran tambahan tidak akan diambil kira dalam pemberian biasiswa dan sebagainya.Keputusan keseluruhan akan tetap mengambil kira 10 mata pelajaran teras, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Calon SPM Dibenarkan Mengambil Tambahan Dua Mata Pelajaran - Muhyiddin
PUTRAJAYA, 4 Dis (Bernama) -- Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibenarkan mengambil tambahan dua mata pelajaran tetapi keputusan keseluruhan akan tetap mengambil kira 10 mata pelajaran teras, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata Kabinet membuat keputusan itu setelah mengambil kira rayuan yang dibawa oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam yang mewakili banyak pihak.
Beliau berkata penjelasan menyeluruh berhubung perkara itu akan dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Md Dom.
"Pokoknya 10 subjek utama itu kekal tetapi memberi kelonggaran bahawa pelajar boleh membuat pilihan untuk mengambil mata pelajaran bahasa Cina atau Tamil dan sastera Cina atau sastera Tamil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-65 di sini pada Jumaat.
Beliau berkata keputusan mata pelajaran tambahan itu tidak akan diambil kira dalam pemberian biasiswa dan sebagainya.
"Mereka boleh mengambil 12 atau 11 subjek tetapi itu tidak mengambil kira dalam perkara 10 subjek asas dan elektif.
"Sebelum ini, mereka tidak boleh mengambil, jadi kita tidak mahu sekat dan memberi mereka kelonggaran," katanya.
Muhyiddin berkata langkah itu akan membolehkan pelajar berkenaan menggunakan keputusan yang diperolehnya dalam subjek tambahan itu untuk menjadi guru bahasa Tamil atau sebagainya.
Bulan lepas, Dr Subramaniam berkata beliau akan mengusulkan kepada Kabinet agar membenarkan pelajar India mengambil maksimum 12 mata pelajaran bagi peperiksaan SPM.
Dr Subramaniam yang juga naib presiden MIC berharap Kementerian Pelajaran akan membenarkan pelajar India mengambil subjek Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil selain 10 mata pelajaran yang ditetapkan kementerian berkenaan.
Muhyiddin mengumumkan Jun lepas bahawa pelajar hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran bagi SPM bermula tahun depan.
BERNAMA
FRU SEPERTI BTN, YANG BANYAK JASA KEPADA BN
"Apa yang kita buat itu adalah mengikut undang-undang demi memastikan ketenteraman awam terpelihara," kata Komandernya, Datuk Roslan Ahmad.
Berdasarkan undang-undang juga, FRU boleh bertindak melepaskan tembakan dalam menghadapi perusuh, jelas beliau. "Cuma kena tengok siapa yang berdemonstrasi" kata kawan saya.
FRU Tidak Akan Kompromi Dengan Pihak Yang Cetuskan Huru-hara
IPOH, 2 Dis (Bernama) -- Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan huru-hara dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram di negara ini.
Komandernya, Datuk Roslan Ahmad berkata demonstrasi jalanan bukan budaya dan cara terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara terus terpelihara.
"Kita mempunyai kekuatan anggota yang mencukupi dan tidak bimbang dalam menghadapi sebarang perhimpunan haram selain mendapat kerjasama polis secara bersepadu dalam menyuraikan sesuatu perhimpunan haram," katanya selepas majlis meraikan 40 penghuni rumah anak yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah di FRU Sungai Senam dekat sini.
"Apa yang kita buat itu adalah mengikut undang-undang demi memastikan ketenteraman awam terpelihara," katanya.
Berdasarkan undang-undang juga, FRU boleh bertindak melepaskan tembakan dalam menghadapi perusuh, jelas beliau.
--BERNAMA
SEPULUH RIBU LEBIH PEMEGANG PhD BERDAFTAR


Seramai 10,248 Orang Punyai Kelayakan PHD
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat diberitahu bahawa sehingga Jun tahun ini, ada 10,248 orang dalam negara yang mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung berkata daripada jumlah itu 8,132 orang adalah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 2,116 orang lagi dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
"Pada tahun 2008, keluaran graduan PhD di IPT tempatan ialah seramai 840 orang di mana IPTA mengeluarkan 785 orang dan IPTS 55," katanya menjawab soalan Datuk Siringan Gubat (BN-Ranau) yang ingin tahu bilangan pemegang PhD yang terkini dan kesahihan kesemua pemegang PhD.
Hou berkata sehingga Mac 2009, terdapat 13,361 orang pelajar sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD di IPTA.
"Sehingga hari ini, kesemua pemegang PhD yang diketahui kementerian adalah sahih," tambahnya.
-- BERNAMA
===============================================================
PhD holders jobless among thousands registered with portal
AT THE DEWAN RAKYAT
Reports by LEE YUK PENG, ZULKIFLI ABD RAHMAN, LOH FOON FONG AND TEH ENG HOCK
DOCTORATE holders are among those who registered with JobsMalaysia, a government portal to help graduates get jobs.
Deputy Human Resources Minis-ter Senator Datuk Maznah Mazlan said from the 69,760 job hunters who registered with the portal, 18 held doctorates, 1,165 had Masters degrees, 36,985 were Bachelor degree holders while 31,592 had diplomas.
As of last Friday, she added Universiti Teknologi Mara graduates topped the list from public universities with 12,768 applications.
This was followed by Universiti Utara Malaysia and Universiti Teknologi Malaysia with 4,151 and 2,943 applicants respectively.
The majority majored in business administration, electric, electronics and telecommunications engineering, mechanical and mechatronics engineering, accounts and pure sciences.
“The number of job hunters, however, does not reflect fully on the unemployment rate among the graduates as some are already working but are hoping to get a better job or seeking to switch jobs,” she told the Dewan Rakyat in response to a question from Datuk Baharum Mohamed (BN – Sekijang).
Meanwhile, Deputy Higher Educa-tion Minister Dr Hou Kok Chung said copies of a guide book written by two Universiti Putra Malaysia lecturers who were reported to have plagiarised materials were taken off the shelves and destroyed.
He added the lecturers were given a warning with royalty from sales of the book turned over to the university.
Replying to Dr Dzulkefly Ahmad (PAS – Kuala Selangor), Dr Hou said the ministry viewed plagiarism seriously but the matter was considered closed following the university’s action taken against the duo.
