18.3.12
PADANG ASTAKA PJ
Beribu wanita berarak sebagai tanda kesatuan untuk bersama mendokong misi yang satu; iaitu suara wanita suara yang penting. Suara yang mahu dan mampu membawa perubahan kepada manusia ke arah kualiti hidup yang lebih baik.
Ramai wanita menjadi mangsa keadaan kerana pimpinan negara mereka tidak memberi perhatian kepada nasib bangsa.
Pemerintah yang sepatutnya menjaga kebajikan rakyat tersangkut dengan skandal pelbagai aneka. Wang rakyat digunakan sewenang-wenangnya untuk diri dan keluarga. Akhirnya nasib rakyat tidak berubah walaupun sudah lebih separuh abad merdeka.
Wanita perlu bangkit menuntut kerajaan yang bersih, kerajaan yang mahu dan mampu menjaga kebajikan mereka dan keluarga mereka.
Kerajaan yang futuristik dan tidak boros menghabiskan wang rakyat tanpa memikirkan masa depan mereka.
Wakil rakyat berjalan bersama mengiktirafkan hak dan isu wanita yang perlu diangkat dan diketengahkan. Kerajaan yang memberi perhatian kepada pembangunan wanita dan keluarga sesungguhnya akan menuai hasilnya masa depan yang lumayan.
Kualiti keinsanan wanita menentukan kualiti generasi akan datang.
Read More “WANITA suara perubahan; Selamat hari wanita sedunia!” »»
Wanita UMNO Selangor SETIA bersama SHAHRIZAT walaupun......
'PM seru Wanita bersama Shahrizat'
| Zulaikha Zulkifli 5:39PM Mac 22, 2012 |
Wanita Umno Selangor menolak gesaan supaya ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada memimpin pergerakan itu kerana ia bertentangan dengan seruan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mahu mereka berdiri teguh di belakangnya.
Ketuanya, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah mendedahkan bahawa seruan itu dibuat oleh presiden Umno itu dalam pertemuan bersama exco Wanita Umno di Putrajaya Jumaat lalu.
"Jumaat lalu, exco wanita ke pejabat perdana menteri. Pada pertemuan itu perdana menteri meminta agar Shahrizat terus menerajui Wanita Umno kerana beliau (Shahrizat) seorang yang disenangi dalam jentera parti.
"Malah pelbagai pendekatan yang telah dia lakukan bersama Wanita Umno seperti menubuhkan Skuad Sayang dan sebagainya," kata Raja Ropiaah dalam sidang media di Hotel Bluewave, di Shah Alam hari ini.
The Star hari ini melaporkan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Shahrizat meletak jawatan sebagai ketua Wanita Umno bagi mengekalkan kredibiliti parti dan kerajaan.
Beliau dilaporkan berkata, peletakan jawatan Shahrizat - yang dikaitkan dengan isu National Feddlot Corporation - sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat 8 April ini, tidak mencukupi.
Ikrar taat setia esok
Mengulas lanjut kenyataan Kamilia, Raja Ropiaah berkata, Wanita Selangor kesal dengan kenyataan itu dan ia seolah-olah menunjukkan Wanita Umno tidak bekerjasama dengan Shahrizat.
"Kenyataan yang diberi oleh Datuk Kamilia itu pandangan peribadi. Kerana kami tidak sependapat dengan apa yang dia katakan.
"Semasa perjumpaan Jumaat lalu bersama perdana menteri dia tidak hadir kerana berada di luar negara," katanya.
Sehubungan itu, Raja Ropiaah berkata, kenyataan Kamilia tidak memberi kesan kepada parti, malah Wanita Umno akan berdiri teguh bersama kepimpinan Najib dan Shahrizat.
"Esok pada perhimpunan Wanita Umno bersama perdana menteri, kita akan ikrar taat setia pada perdana menteri dan Shahrizat.
"Wanita Umno Selangor juga akan bekerja keras bagi merampas Selangor," ujarnya.
Read More “Wanita UMNO Selangor SETIA bersama SHAHRIZAT walaupun......” »»
Ketuanya, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah mendedahkan bahawa seruan itu dibuat oleh presiden Umno itu dalam pertemuan bersama exco Wanita Umno di Putrajaya Jumaat lalu.
"Malah pelbagai pendekatan yang telah dia lakukan bersama Wanita Umno seperti menubuhkan Skuad Sayang dan sebagainya," kata Raja Ropiaah dalam sidang media di Hotel Bluewave, di Shah Alam hari ini.
The Star hari ini melaporkan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Shahrizat meletak jawatan sebagai ketua Wanita Umno bagi mengekalkan kredibiliti parti dan kerajaan.
Beliau dilaporkan berkata, peletakan jawatan Shahrizat - yang dikaitkan dengan isu National Feddlot Corporation - sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat 8 April ini, tidak mencukupi.
Ikrar taat setia esok
Mengulas lanjut kenyataan Kamilia, Raja Ropiaah berkata, Wanita Selangor kesal dengan kenyataan itu dan ia seolah-olah menunjukkan Wanita Umno tidak bekerjasama dengan Shahrizat.
"Kenyataan yang diberi oleh Datuk Kamilia itu pandangan peribadi. Kerana kami tidak sependapat dengan apa yang dia katakan.
Sehubungan itu, Raja Ropiaah berkata, kenyataan Kamilia tidak memberi kesan kepada parti, malah Wanita Umno akan berdiri teguh bersama kepimpinan Najib dan Shahrizat.
"Esok pada perhimpunan Wanita Umno bersama perdana menteri, kita akan ikrar taat setia pada perdana menteri dan Shahrizat.
"Wanita Umno Selangor juga akan bekerja keras bagi merampas Selangor," ujarnya.
Masalah tidak cukup GURU di seluruh Malaysia
Kenyataan akhbar EXCO PENDIDIKAN SELANGOR tentang kekurangan guru di SJKC
22.3.12
Saya selaku EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor mengalu-alukan pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong semalam tentang PENGISIAN SERTA MERTA kekosongan guru di 1294 SJKC di seluruh negara dengan guru interim. Semoga dengan tindakan pantas itu mampu menyelesaikan masalah proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah aliran Cina ini.
Namun, saya berpendapat KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA sepatutnya bertindak dengan cara yang lebih professional dan sistematik. Bukan kerana setelah persatuan-persatuan aktivis sekolah Cina ini bersiap untuk membuat bantahan besar-besaran sahaja barulah Kementerian Pelajaran bertindak.(Saya sendiri mendapat jemputan rasmi dari Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia selain diminta mewakili PAS Pusat- rujuk lampiran)
Kewibawaan kementerian pelajaran yang dikuasai oleh Timbalan PM sendiri sentiasa dipertikaikan sekiranya isu-isu utama mengenai pendidikan di Malaysia tidak diurus dengan baik dan telah diakui oleh banyak pihak sebagai perkara yang memerlukan ‘overhaul’/kajian tuntas bukan sentiasa ‘fire fighting’ yang membuang masa dan wang rakyat.
Contoh
Apabila pelbagai pihak membantah dan ada yang pro PPSMI, barulah mahu dikaji dan berdialog.Baru nak jemput pelbagai pihak. Kementerian perlu membuat kajian yang menyeluruh tentang segala keperluan dalam pendidikan. Kerajaan Malaysia perlu bedahsiasat secara jujur sistem pendidikan yang diguna pakai selama ini. Adakah berkesan? Adakah relevan? Paling penting hasil pendidikan itu sendiri. Mana hala tuju mahu dibawa rakyat Malaysia? Ada ‘roadmap’. Ada visi yang jelas. Ada misi mahu mencapai mercu kejayaan.
Mesti mengambilkira realiti dan kegagalan supaya tindakan tepat boleh diambil. Hakikat sistem pendidikan nasional tidak diterima oleh pelbagai kaum hingga semakin jauh daripada sistem sekolah kebangsaan perlu diterima dengan fikiran terbuka dan berlapang dada.Kementerian juga harus matang menerima kritikan membina daripada semua pihak tanpa dibatasi oleh fahaman dan ideologi politik yang berlainan. Untuk melahirkan satu formula mendidik rakyat kementerian mesti bersifat inklusif dan memahami keperluan dan sensitiviti pelbagai golongan dalam negara.
PERLU HOLISTIK DAN PROAKTIF
Kementerian Pelajaran Malaysia dilihat terlalu pasif dan bersifat reaktif. Kementerian sentiasa dihantui dengan masalah-masalah yang timbul yang bersifat pokok atau fundamental kerana melibatkan dasar dan polisi. Bukan sekadar masalah implementasi atau perkara remeh dan bersifat teknikal.
Contoh
Keputusan memulakan dasar PPSMI tanpa mempastikan SELURUH sekolah terutama sekali di luar bandar dan sekolah yang ramai pelajar miskin bandar menyebabkan jurang semakin melebar di antara anak orang berkemampuan dengan anak marhaen.Ini menyebabkan kemarahan ibubapa Melayu luar bandar dan miskin bandar.Begitu juga pelajar Cina dan India di SJKC dan SJKT masing-masing. Guru-guru yang mengajar Matematik dan Sains yang mengajar di sekolah kurang cemerlang sendiri kurang kemampuan. Ini menatijahkan guru yang mengajar tanpa keyakinan.Natijahnya pembelajaran pelajar terjejas.Ini berlainan fenomena dengan ibubapa kelas menengah yang mampu menghantar anak mereka ke kelas tambahan yang mahal dan diri mereka sendiri adalah terdidik melalui sistem Inggeris. Akhirnya masing-masing menentang satu sama lain. Bukankah gejala ini berlaku kerana kegagalan kementerian mencuba-cuba perkara yang baru dan menjadikan pelajar dan guru sebagai makmal kaji uji. Yang menjadi mangsa rakyat itu sendiri.
Dasar yang membebankan pelajar dengan membawa buku-buku yang berat ke sekolah dan menekankan mereka dengan peperiksaan yang menguji akademik bersifat hafalan semata-mata telah melahirkan pelajar yang mudah bosan dan benci belajar.Walhal proses belajar sepatutnya menyeronokkan. Barulah ia menjadi tabiat dan budaya sepanjang hayat.Semua ini perlu dikaji dengan teliti oleh kementerian pelajaran Malaysia.
Perbincangan yang mahu dilakukan seperti yang diuar-uarkan oleh Menterinya baru-baru ini MESTI menyeluruh dan diberikan masa untuk dihazam dan dibuat projek perintis dahulu. Jangan membazirkan duit rakyat dengan dasar yang tidak boleh bertahan lama.
GURU SEMUA JENIS SEKOLAH MESTI MENCUKUPI
Cukup bilang guru adalah antara faktor kritikal untuk menjayakan proses pendidikan masyarakat. Justeru, saya selaku EXCO Pendidikan Selangor juga menggesa kementerian pelajaran Malaysia mengkaji mana-mana sekolah yang kekurangan guru termasuk di sekolah agama mesti diisi segera supaya tidak ada gangguan kepada guru lain dan agar silibus boleh diselesaikan mengikut jadual dan pelajar sentiasa dibimbing oleh guru khusus dan perhatian mencukupi .
YB Dr Hjh Halimah Ali
EXCO Kerajaan Selangor merangkap
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Kerajaan Selangor
Merangkap
ADUN Selat Klang
(Merangkap
Timbalan Pengerusi
Biro Pendidikan PAS PUSAT)
Read More “Masalah tidak cukup GURU di seluruh Malaysia” »»
GURU: Timb Menteri MCA umum selesaikan masalah kekurangan guru SJKC serta merta, Menteri UMNO bolehkah lihat semua sekolah?
Kekurangan guru SJKC disi serta-merta
| 8:49PM Mac 21, 2012 |
Kekosongan jawatan guru di 1,294 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seluruh negara perlu diisi dengan guru-guru interim serta merta, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Khas bagi menangani isu kekurangan guru di SJKC setelah mengadakan tiga mesyuarat dan dua perbincangan meja bulat bersama pihak berkepentingan termasuk Jiaozong Huazong, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan Kesatuan Guru Besar SJKC Malaysia.
Katanya sehingga Januari lepas, kementerian telah menempatkan seramai 1,482 guru interim di beberapa SJKC bagi menampung kekurangan 1,874 guru di sekolah jenis itu di seluruh negara.
"Penambahan 392 guru lagi sedang diusahakan dengan kadar segera. Kuasa akan diturunkan kepada guru besar SJKC untuk melantik guru interim mengikut keperluan dengan penyelarasan Jabatan Pelajaran Negeri," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini, hari ini.
Wee berkata perkhidmatan guru interim di SJKC sedia ada akan terus dikekalkan sehingga guru terlatih ditempatkan di sekolah-sekolah tersebut kelak.
Beliau berkata bagi mengatasi masalah kira-kira 100 guru pemulihan yang tidak mempunyai kelayakan dwibahasa, mereka akan dipindahkan serta-merta dari SJKC dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan.
"Ini kerana murid-murid yang mengikuti program pemulihan LINUS (Saringan Literasi dan Numerasi) di SJKC sudah tersedia lemah dan merasa sukar untuk memahami pengajaran dan pembelajaran oleh guru yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Cina," katanya.
Kekosongan guru pemulihan yang dipindah keluar itu perlu diganti dengan guru berpengalaman dan berkelulusan dwibahasa dari sekolah yang sama, dan guru besar perlu mengambil guru interim dengan segera mengisi kekosongan tersebut.
Wee berkata kementerian menetapkan pengajaran subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi tahap satu diajar oleh guru berkelayakan dwibahasa, manakala bagi tahap dua diajar oleh guru opsyen kedua-dua bahasa.
"Semua guru tahap satu dan tahap dua SJKC dalam kategori sekolah kurang murid perlu berkelayakan dwibahasa kerana perlu melaksanakan pengajaran pelbagai gred," katanya.
Selain itu, katanya, guru-guru bukan opsyen BM dan BI yang telah mengajar subjek itu lebih daripada lima tahun di SJKC akan ditawarkan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) bagi memperkukuhkan penguasaan mereka dalam kedua-dua bahasa itu.
- Bernama
Read More “GURU: Timb Menteri MCA umum selesaikan masalah kekurangan guru SJKC serta merta, Menteri UMNO bolehkah lihat semua sekolah?” »»

HUTANG NEGARA KRITIKAL BILA SAMPAI 55% KDNK, sekarang baru 53% kata MENTERI UMNO-BN
Hutang negara kini pada paras 53% KDNK
| Hazlan Zakaria 12:51PM Mac 21, 2012 |
Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.
Memetik rekod kewangan 2008 dan seterusnya yang mempamerkan peningkatan hutang dari tahun ke tahun, Saifuddin mendakwa bahawa trend peningkatan hutang akan menyaksikan negara berhutang sehingga 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Had kami adalah pada 55 peratus. Jika kita tidak cecah 55 peratus, maka kita tidak akan capai100 peratus," kata Awang Adek sambil menambah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membenarkan perbelanjaan dan pinjaman melebihi had yang ditetapkan. Read More “HUTANG NEGARA KRITIKAL BILA SAMPAI 55% KDNK, sekarang baru 53% kata MENTERI UMNO-BN” »»
Subscribe to:
Posts (Atom)