Pray For MH370

Pray For MH370

MAT REMPIT LAGI - TERROR LA HANG, BERTUAH

Dalam kajian yang saya sebut tentang MASALAH BESAR NEGARA, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Star edisi 12 Feb 2008, loyar buruk di kalangan kita akan berhujjah , " alaa, tengok le siapa respondent dan berapa umur diorang. kitorang orang muda, apa salahnya dengan MAT REMPIT. Diorang tu nak kelainan. Kalau tak boring le hidup ni. relaks le beb. apa barang."

Kajian di atas melibatkan 2930 respondent dari 12 negeri di tanahair yang terbahagi kepada 58 kluster dan berlangsung dari 8 Dis hinga 29 Dis 2007. Seramai 1756 respondent berumur antara 21 dan 35 tahun, 1181 respondent berumur antara 36 ke 50 tahun dan seramai 719 berumur 50 tahun ke atas. Menurut para penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, kajian mereka ini mempunyai margin kesilapan kurang dari 4%.

Oleh kerana 16% dari respondent yang telah menganggap MAT REMPIT suatu masalah negara kita kena ambilkira pandangan atau tanggapan mereka dan tak boleh pandang remeh atau enteng perkara ini.

Kesimpulannya, BN menggunakan MAT REMPIT dalam PRU 12 untuk membuat kecoh dan memburukkan imej BA sekaligus mengiktiraf MAT REMPIT sebagai kumpulan yang boleh membantu perjuangan UMNO/BN dalam mengekalkan kuasa politik di negara kita. Benarlah falsafah UMNO/BN :" matlamat menghalalkan CARA". UMNO sebuah parti politik " Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu- PERKEMBAR " yang mengamalkan faham sekularisme, pragmatisme dan hedonisme. Wajah Islam yang cuba di tonjolkan adalah make-up semata-mata atau topeng. Sama seperti seekor binatang bernama cicak kubin yang boleh bertukar warna mengikut keadaan sekeliling. Berwarna hijau jika di atas daun, bertukar warna gelap jika melekat di batang pokok. Cuba semak dan kaji perlembagaan (undang-undang tubuh) UMNO. Adakah di mana-mana perkara atau klausa UMNO, ia menyebut tentang ISLAM sebagai dasarnya dan keredhaan ALLAH sebagai matlamatnya?

Wahai sahabat-sahabatku ahli dan penyokong perjuangan kebangsaan UMNO yang terdiri dari intelek serta profesional, ustaz, ustazah, guru, Tok Bilal, Tok Imam, Jurunikah, Siak /noja masjid dan ulama pondok atau Al Azhar, ingatlah saranan ALLAH 'azzawajalla dalam Al Quraan yang bermaksud " Janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak mengetahui tentangnya (jahil, tak mengkaji, pak turut saja, lembu cucuk hidung). Sesungguhnya, pendengaran , penglihatan dan hati/minda kamu kesemuanya akan dipersoalkan/dipertanggungjawabkan." Rujuk surah Bani Israel ayat 36. (17:36)

Kalau hampa orang tak mengaji macam MAT REMPIT atau MAT FIT boleh excuse sikit sebab tak belajar ((kenapa tak nak belajar??)). Yang hairannya, belajar tinggi-tinggi, OXFORD (macam EN KHARY JAMALUDDIN kita) atau HARVARD BUSINESS SCHOOL (macam Tan Sri Ahmad Sarji, bekas, mantan macam-macam jawatan) atau pHD dari ALAZHAR (as SYEIKH al DOKTOR Abd Hamid Othman atau as SYEIKH Al DOKTOR Yusof Nor atau AL HAFIZ Datuk Firdaus Ismail). Orang macam ini yang ALLAH s.w.t. sebut bermaksud " sesunguhnya kebanyakan mereka dari golongan jin dan manusia yang menjadi isi neraka adalah mereka yang ALLAH beri hati/minda tetapi tidak mahu berfikir /mengkaji, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat ((tanda-tanda, natijah, hukuman Allah)), mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ((belajar, mendengar nasihat)). Mereka ini semua umpama binatang (lembu) BAHKAN lebih teruk dari binatang." surah al A'raaf ayat 179 (7:179)

Ini belum lagi khaba'(ghoyak/ cerita) fasal IMAM HADHARI yang sesat lagi menyesatkan. Sesungguhnya tiada taufik melainkan daripada Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah , kepada Allah diserahkan keputusan untuk segala urusan dan saya hanya memberi peringatan kerana sesunguhnya peringatan itu baik untuk orang mukmin. Saya hanya berhajat kepada redha Allah dan inginkan islah (perubahan). Wallahu'alam.

Comments :

0 comments to “MAT REMPIT LAGI - TERROR LA HANG, BERTUAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com