Motosikal merupakan satu teknologi yang tidak asing lagi bagi kita. Tanpanya, ramai dari kita tak dapat pergi ke tempat kerja, berbelanja di kedai , menziarahi keluarga dan lain-lain. Nak harap pengangkutan awam memang tak boleh diharap. Penggunaan motosikal dapat sedikit sebanyak mengatasi kesesakan lalulintas seperti yang sedang berlaku di bandar Diraja Klang. Juga dapat mengelak dari membayar TOL. Namun, segelintir muda mudi kita yang mungkin mencari hiburan atau tak berjaya masuk perlumbaan motosikal di LITAR, atau ingin mencipta nama dalam Guiness Book of Record menggunakan motosikal mereka untuk melakukan stunt atau aksi maut yang lain. Mereka ini kini menjadi kelompok kecil yang memiliki budaya mereka tersendiri seperti kumpulan PUNK, SKINHEAD atau kumpulan BLACK METAL.
UMNO dalam usahanya menarik ahli, menubuhkan kelab PUTERA UMNO di kampus dalam dan luar negera. Termasuk dalam keahlian putera ialah MAT REMPIT. Dalam pilihanraya ke 12 kali ini, MAT REMPIT diserahkan amanah untuk membuat kacau-bilau, membuat bising, berkelakuan tidak senonoh, merosakkan harta benda awam dan mengadakan konvoi bermotor menjelajah kampung, taman dan bandar sambil membawa BENDERA PAS, PKR dan lain-lain. Pihak media akan mengambil gambar mereka untuk siaran di TV bagi tujuan memfitnah, menyebarkan dakyah dan menghasud rakyat agar jangan memilih BA dalam pilihanraya dengan alasan BA parti ganas, samseng dan tak bertamaaddun. Rakyat yang tertup minda akan terus percaya dakyah media ini. INIlah yang berlaku di Terengganu pada tahun 2004. Rakyat dimanipulasikan agar membenci PAS. Sila Klik di SINI dan ketahui apa yang berlaku.
MAT REMPIT dan peranannya dalam pilihanraya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment