Pray For MH370

Pray For MH370

PEMBANGKANG DICABAR BOIKOT PRU 12.

CABAR PEMBANGKANG PULAU PILIHAN RAYA:

SAH PENGERUSI SPR JADI ALAT BN


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mengutuk keras percubaan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang cuba menyelamatkan BN dalam pilihan raya akan datang dengan mencabar pembangkang supaya tidak menyertai pilihan raya tersebut. DPP Pusat percaya Pengerusi SPR itu sedar bahawa BN sekarang amat tersepit untuk menghadapi pilihan raya, dan beliau cuba menjadi juara dengan mencabar pembangkang supaya tidak menyertai pilihan raya. Perbuatan dangkal lagi dungu ini membuktikan bahawa Pengerusi SPR adalah alat kepada BN seperti mana yang didakwa oleh rakyat selama ini.

Tan Sri Rashid nampaknya cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan menjadikan protes dan ketidak puasan hati rakyat terhadap sistem pilihan raya yang begitu korup untuk dijadikan premis mendesak pembangkang memberi kemenangan percuma kepada BN. Jika Pengerusi SPR seorang yang waras dan tidak dijerut hidung oleh BN, beliau sepatutnya membebaskan SPR daripada pengaruh BN dan mengadakan satu pilihan raya yang benar-benar bersih dan diyakini rakyat. Bantah rakyat tidak sepatutnya dilihat sebagai sebab pembangkang harus menarik diri, tetapi ia mesti menjadi sebab untuk SPR membetulkan diri, atau lebih tepat Pengerusi SPR berhenti daripada menjadi jurucakap BN!

DPP Pusat berpandangan bahawa cabaran Pengerusi SPR ini amat berbahaya kepada amalan demokrasi di negara kita. Pembangkang dan rakyat berhak bersuara di atas segala kelemahan kerajaan atau salah laku SPR. Walaupun pembangkang mempersoalkan ketelusan SPR ia tidak menjadi sebab untuk pembangkang menarik diri daripada menyertai pilihan raya. Tindakan menarik diri dari pilihan raya akan menyebabkan kemarahan rakyat disalurkan dengan cara yang tidak demokratik dan boleh menjejaskan kestabilan politik negara. Kita percaya bahawa rakyat tidak mahu Malaysia menjadi seperti Pakistan atau Iraq. Oleh itu, pembangkang mesti menyediakan saluran untuk rakyat melepaskan rasa marah dan tidak puas hati mereka kepada BN. Pengerusi SPR nampaknya sengaja untuk menggalakkan rakyat menggunakan cara tidak demokratik melalui penipuan pilihan raya yang ditaja olehnya.


Saya sekali lagi mencabar Pengerusi SPR supaya berdebat secara terbuka dengan saya jika benar pilihan raya negara ini telus. Beliau tidak sepatutnya menjadi makhluk yang menyalak dalam pagar BN, tetapi mesti bersedia untuk berada di pentas rakyat sebelum kemarahan rakyat tidak dapat dikawal. DPP pusat bersedia untuk berdebat dengan Pengerusi SPR secara terbuka di mana-mana supaya rakyat dapat mengetahui hakikat sebenar piliha raya kita. Cukuplah pengakuan para hakim di mahkamah tentang salah laku SPR untuk membuktikan perkara ini. Saya sekali lagi mencabar Pengerusi SPR untuk berdebat atau meletakkan jawatan jika ‘terasa pondan’ untuk berhadapan dengan rakyat!


SALAHUDDIN HAJI AYUB

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Comments :

0 comments to “PEMBANGKANG DICABAR BOIKOT PRU 12.”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com