Satu projek usahasama sedang berjalan untuk menerbitkan
sebuah kitab tafsir al Quran yang mengambil pendekatan Islam Hadhari
serta pentafsiran baru yang sesuai dengan keadaan zaman,
keadaan dan situasi di Malaysia. Begitulah bunyi surat
memohon sumbangan 4 buah PC dan sebuah notebook kepada sebuah institusi.
Surat berkenaan mempunyai kepala surat Universiti Putra Malaysia,.
Al Hadhari Training Consultant dan Pejabat Penasihat Agama Jabatan Perdana Menteri (Dr Abd Hamid Othman).
Projek ini telah dikategorikan oleh Pengerusi Projek sebagai "amal jariah" untuk
mencetak kitab Tafsir yang mengandungi 15 jilid sebanyak 20 ribu naskhah untuk edaran ke
perpustakaan, IPT, masjid dan sekolah seluruh Malaysia.
Saudara, beginilah nasib Islam, addin yang kita anuti,
tiada siapa yang membelanya." Ya Ilahi, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada
orang-orang yang sebelum kami.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup
kami memikulnya.Maafkanlah kami
ampunlah kami dan rahmatilah kami."
ALQURAN TAFSIR SEMULA:PROJEK RAKSAKSA 7 JUTA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment