Pray For MH370

Pray For MH370

PUTAR , PUTAR, BELIT, BELIT OH BERITA HAIRAN UTUSAN MELOYA

Sebenarnya, pernah dalam sejarah pilihanraya tanah air berlaku tipu daya dan "framing" oleh pemberita untuk memburuk-burukkan imej pemimpin PAS dengan melaporkan bahawa pemimpin PAS enggan bersalaman dengan calon BN pada hari penamaan calon di pusat penamaan calon. Maaf saya tak ingat siapa dan di mana tetapi saya akan "research" dan menyunting/menambah maklumat berkenaan kemudian. Jika tersalah lapor, seharusnya pemberita berkenaan memberitahu tentang ralat tersebut lantas memohon maaf. Ini bukan TERSALAH LAPOR TETAPI TERANCANG laporan berniat JAHAT, sengaja dilakukan sebagai taktik kotor. Malangnya PAS bukan tidak MAHU menerangkan keadaan sebenar yang berlaku pada kadar segera, tetapi tidak MAMPU berbuat demikian dek kerana
ketiadaan media elektronik dan cetak yang MAHU berlaku adil memberi liputan kepada parti lawan BN. Justeru kerosakan telah berlaku dan masyarakat telah memandang serong perkara ini. Untuk dihapuskan memori ini daripada minda pengundi memerlukan masa dan jentera penerangan. Bijak sungguh strategi BN. Harakah, webTVpas dan lain-lain media pembangkang terhad dan terbatas dalam banyak perkara seperti jumlah serta profil pendengar/pembaca, kekerapan keluaran/siaran dan lain-lain lagi.

Dalam kes Tuan Guru Dato' Seri Hj Abd Hadi Awang enggan bersalam tempoh hari, hanya akhbar the Star cuba menceritakan hal sebenar tetapi setelah beberapa hari kemudian selepas peristiwa tersebut. Kenyataan Dato' Mursyidul Am PAS tentang "orang hutan" telah diputarbelitkan dan diambil di luar konteks wawancara tersebut. Inilah kesan negatif daripada media yang berat sebelah kerana menjadi medium propaganda musuh politik. Rakyat yang menjadi mangsa kerana mendapat maklumat daripada satu sumber sahaja.



Bersama kita merubah fenomena negatif ini!

Comments :

0 comments to “PUTAR , PUTAR, BELIT, BELIT OH BERITA HAIRAN UTUSAN MELOYA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com