Pray For MH370

Pray For MH370

PELAMPAU SEBENAR, SIAPA?

Kenyataan Media (2 Januari 2008)

SIAPA PELAMPAU SEBENAR?

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius pendekatan perkauman yang dimainkan oleh Umno/BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan menimbulkan isu-isu yang berkaitan agama dan kaum. Semenjak peristiwa demontrasi HINDRAF bulan lepas, media massa yang dikuasai Umno/BN terus memainkan isu ini untuk menarik simpati orang-orang Melayu kepada BN. Pendekatan politik yang melabelkan pembangkang atau mana-mana pihak yang tidak sebulu dengan Kerajaan BN sebagai pelampau telah meruncingkan perpaduan rakyat.

DPP Pusat mengutuk keras pendekatan politik yang sempit dan berniat jahat ini kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan rakyat. Mungkin Umno/BN sengaja membesar-besarkan isu ini sebagai strategi melemahkan pembangkang, atau setidak-tidaknya untuk membolehkan mereka bertindak menyalahgunakan ISA untuk menahan pemimpin pembangkang seperti yang dilakukan pada 1987 dalam Ops Lalang. Ketika itu isu perkauman dan agama sengaja dibesar-besarkan pemimpin BN, akhirnya pemimpin pembangkang yang ditahan.

Istilah pelampau yang cuba ditempelkan kepada mana-mana pihak yang anti BN seolah-olah meniru pendekatan Amerika Syarikat yang menggunakan label pengganas untuk negara yang tidak menyokong mereka. Kini, pemimpin BN dengan sengaja menggunakan istilah pelampau kepada pemimpin HINDRAF dan pembangkang lain supaya rakyat berasa takut dan jijik dengan pembangkang. Sedangkan jika diteliti betul-betul, pelampau sebenar di negara ini ialah pemimpin BN.
Kita telah melihat bagaimana sikap dan tindak-tanduk pemimpin BN yang sengaja mengapikan isu agama dan perkauman sehingga rakyat tidak berasa selesa untuk berkomunikasi dengan kaum lain. Bahkan, pemimpin BN sendiri bertelagah sesama mereka kerana kepentingan kaum masing-masing. Hubungan keruh antara Umno-Gerakan, Gerakan-PPP, Gerakan-MCA dan MIC-PPP membuktikan bahawa pemimpin BN mempunyai ciri-ciri pelampau yang lebih mengutamakan kepentingan sempit daripada kepentingan negara.

Kegiatan haram pemimpin BN yang terlibat dalam pelbagai skandal termasuk skandal seks, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pembunuhan dan sebagainya yang semakin menjadi-jadi pada hari ini juga membuktikan sifat pelampau mereka. Bahkan, lebih melampau lagi apabila pemimpin BN memperalatkan SPR untuk kepentingan politik mereka. Adakah perbuatan menyempitkan demokrasi dengan memperalatkan SPR, memperbudakkan polis, menyekat kebebasan bersuara dan sebagainya bukan perbuatan pelampau. Lebih dahsyat lagi kerana perbuatan ini boleh mendorong kepada ketidakstabilan politik.

Bagi orang-orang Islam, tidak ada perbuatan yang lebih melampau daripada tindakan menolak hukum Allah, menghina Nabi, mencipta Islam Hadhari, membiarkan gejala murtad, menggalakkan budaya hedonisme dan seumpamanya. Semua ini merupakan perbuatan terbuka pemimpin BN. Ini adalah tindakan pelampau agama. Orang yang berjihad bukan pelampau, tetapi orang yang meminggirkan agamalah pelampau seperti mana Firaun yang menolak ketuhanan Allah.

DPP Pusat berasa amat jijik di atas perbuatan melampau pemimpin BN yang cuba menuduhkan pembangkang sebagai pelampau. Walhal, merekalah pelampau yang sebenar yang mesti dihapuskan oleh rakyat dalam pilihan raya umum nanti. Jika BN terus memerintah, bermakna golongan pelampau telah menguasai negara ini dan kita akan terus diancam oleh kebobrokan mereka. Oleh itu, rakyat tidak ada pilihan melainkan mnolak golongan pelampau BN ini dalam pilihan raya umum ke-13.

SALAHUDDIN HAJI AYUB

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Comments :

0 comments to “PELAMPAU SEBENAR, SIAPA?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com