Pray For MH370

Pray For MH370

ANDA dan Kadar inflasi di paras 3.5%




Pakar Ekonomi meramalkan kadar inflasi di Malaysia tahun 2008 akan berada di paras sekurang-kurangnya 3.5% seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Star bertarikh 17 Dis 2007. Indeks Harga Pengguna (CPI atau consumer price index) meningkat. Ini bermakna saudara-saudara dan kita semua akan menggunakan pendapatan (gaji) kita untuk membeli keperluan harian seperti makanan , pakaian dan lain-lain melebihi penggunaan yang lain seperti untuk membayar hutang, sewa rumah, melancong dan lain-lain. Peruntukan untuk perkara lain akan terjejas. Tabungan untuk persekolahan anak-anak, membeli rumah dan seumpamanya akan berkurangan. Sesiapa yang bergaji kecil tetapi berbelanja besar akan menambah hutangnya dengan pihak-pihak tertentu. Tekanan hidup akan meningkat. Hubungan suami isteri akan terganggu dalam situasi tertentu seperti suami tidak dapat memenuhi keperluan dapur seperti yang dikehendaki oleh isteri. Pekerja shift akan berkerja lebih masa. Jika kedua suami isteri bekerja dan bekerja lebih masa, anak-anak akan terabai, suami isteri jarang berjumpa dan SEKALIGUS masalah sosial seperti penderaan anak serta isteri, perceraian, serta jenayah akan meningkat. Inilah KITARAN GANAS yang akan menimpa kita jika kita terus memilih BARISAN NASIONAL dalam piliharaya 8 Mac ini untuk mengurus dan mentadbir sebuah negara kaya seperti Malaysia. Angka ekonomi seperti KADAR PENDAPATAN PER KAPITA DAN KELUARAN DALAM NEGARA KASAR ( GDP ) AKAN MELAMBUNG tetapi rakyat biasa seprti saya dan saudara seisi keluarga tetap terhimpit dengan pelbagai cukai dan bayaran termasuk TOL. Inilah masa dalam sejarah kemerdekaan negara untuk saudara melakukan perubahan dalam memilih kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat biasa bukan mencari nama agar terbilang di persada dunia. Inilah realiti hari ini. Risiko tidak menumbangkan kerajaan BN jauh lebih besar dari memilih barisan alternatif atau barisan rakyat sebagai peneraju negara, penggubal polisi, pengurus kekayan serta perbendaharaan negara tercinta.

Comments :

0 comments to “ANDA dan Kadar inflasi di paras 3.5%”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com