Puitis terkenal Di Parlimen Kapar Sdr Mustaffa sedang mendeklamasi sajak dalam program ceramah umum beserta calon N45 di Bandar Sultan Sulaiman malam tadi. Bandar Sultan Sulaiman sebenarnya di bawah DUN Sementa tetapi ramai pengundi N45 tinggal di sini. Ini kerana mereka telah pindah dari tempat seperti Flat Kastam dan Taman Stin Bagan Hailam yang telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Klang tempoh hari dalam rangka projek BN "Selangor Setinggan Sifar".
Calon N45 serta team beliau berceramah di Lot 496 Telok Gadong Kecil off Jln Yadi pada malam 4 Mac 2008. Kawasan Telok Gadong Kecil asalnya berjiran dengan Tanah Chi Liung tetapi kini telah dapat hakmilik BUKAN secara percuma tetapi terpaksa membayar antara 10 ke 15ribu ringgit Malaysia untuk satu lot tanah. UMNO/BN mendakwa telah dapat menyelesaikan masalah penempatan ini kononnya penduduk telah dapat tanah. Mereka tak sebut tentang kos pembelian tanah.
Aktiviti Calon N45 pada 04 Mac 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment