Pray For MH370

Pray For MH370

ADUN DIBUNUH

Kenyataan Media (14 Januari 2008)

PEMBUNUHAN ADUN: MANIFESTASI DASAR TIDAK DEMOKRATIK BN

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius kejadian pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy baru-baru ini kerana ia menjadi ancaman baru terhadap politik negara hari ini. Bukan menjadi satu budaya dalam politik negara ini, sesuatu masalah atau perselisihan diselesaikan secara kekerasan atau keganasan.

Walau bagaimanapun, DPP Pusat melihat perkara ini sebagai satu manifestasi daripada amalan tidak demokratik Kerajaan BN yang sentiasa menghalang rakyat daripada menyampaikan suara hati mereka mengikut saluran undang-undang yang adil.

Kes pembunuhan wakil rakyat bukanlah satu isu yang baru dalam politik di negara ini walaupun ia belum menjadi satu budaya. Sebelum ini dua wakil rakyat PAS pernah dibunuh pada 1960-an, sebelum pembunuhan Speaker DUN Negeri Sembilan pada 1980-an. Kali terakhir wakil rakyat dibunuh ialah pada tahun 2000 ekoran pembunuhan ADUN Lunas, Dr Joe Fernendez. Ini tidak termasuk pembunuhan pemimpin Wanita Umno di Sabah dan pemimpin Pemuda MCA di
Kedah. Ini menunjukkan bahawa dalam tempoh kebelakangan ini telah menjadi trend di kalangan golongan tertentu untuk melakukan kekerasan ke atas ahli politik.

DPP Pusat melahirkan rasa bimbang terhadap perkembangan yang begitu negatif terhadap kestabilan politik negara. Kebimbangan ini bertolak daripada pengalaman beberapa negara khususnya di Asia Selatan seperti India, Pakistan dan Sri Lanka yang mulai menular budaya membunuh pemimpin politik. Di Asia Selatan, satu kawasan yang mempunyai hubungan primordial dengan MIC telah tercetus budaya pembunuhan politik ini kerana dasar rejim pemerintah yang menyekat rakyat untuk bersuara secara bebas dan amalan budaya rasuah dan
penyelewengan di kalangan pemimpin politik.

Di Malaysia hari ini, sekatan-sekatan ke atas kebebasan rakyat telah menjadi pengetahuan umum. Media massa dikuasai oleh parti pemerintah, kemudian rakyat di halang daripada bersuara secara bebas termasuk berhimpun secara aman. Akta-akta zalim seperti Akta Polis, ISA, Akta Hasutan dan lain-lain disalahgunakan untuk menghalang rakyat daripada menggunakan saluran demokrasi untuk menegur kezaliman kerajaan. DPP Pusat mengesyaki pembunuhan ini ada kaitan dengan penindasan politik atau penyalahgunaan kuasa pemimpin keatas rakyat, sedangkan rakyat tidak diberi peluang untuk memberi tindak balas secara demokratik. Akibatnya rakyat telah bertindak di luar batas undang-undang apabila kemarahan mereka tidak dapat dikawal. Kerana itu DPP Pusat menolak anggapan Datuk Johari Baharum bahawa pembunuhan ini tidak ada kaitan dengan politik.

DPP Pusat menyeru Kerajaan BN supaya mengambil iktibar daripada peristiwa pembunuhan ini untuk mengembalikan hak demokrasi dan kebebasan kepada rakyat. PAS secara terbuka menolak pendekatan kekerasan ini dan PAS tidak mahu pergolakan politik yang tercetus di Asia Selatan merebak ke negara ini.

Kerana itu, DPP Pusat mendesak Kerajaan BN berhenti daripada terus menindas rakyat. Rakyat mesti diberikan kebebasan bersuara yang sebenar. Selain hak untuk bercakap, hak berpersatuan dan hak berhimpun, rakyat juga mesti diberikan layanan yang adil dalam pembangunan negara. Proses pilihan raya yang adil juga mesti disediakan untuk membolehkan rakyat melepaskan perasaan mereka kepada pemimpin dan kerajaan mengikut saluran yang betul. Jika kebebasan dan hak rakyat terus disekat, tidak mustahil siri-siri pembunuhan politik seperti akan terus berlaku pada masa hadapan.

SALAHUDDIN HAJI AYUB

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Comments :

0 comments to “ADUN DIBUNUH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com