Pray For MH370

Pray For MH370

SAHAM DI BURSA MALAYSIA MERUDUM LAGI

Imej scan dari akhbar the Star memaparkan graf indeks Komposit (Composite Index) harian Bursa Malaysia yang berakhir pada 3 MAC 2008. Juga ditunjukkan indeks untuk Papan kedua , Mesdaq dan FTSE 30. Menurut kajian pakar, biasanya, Bursa Kuala Lumpur akan "rally" sebulan sebelum TAHUN BARU CINA dan PILIHANRAYA UMUM. Sebagai contoh, pada pilihanraya umum ke 10 (1999) dan 11 (2004) harga saham pada ketika itu naik dan rata-rata modal kempen UMNO/BN ialah kononnya ekonomi kita kukuh, berkembang dan dapat menarik pelabur asing. Biasanya Pemimpin UMNO/BN akan berbangga dan mendabik dada dengan kenaikan harga saham di BURSA Malaysia. Dangkal sekali pengetahuan mereka tentang urusniaga saham. Tanyalah Dato' Seri Abdullah Badawi tentang saham, beliau akan kata indeks komposit berada di paras 1000 points. Memanglah melebihi 1000. Tetapi di Jepun , Taiwan dan negara lain, indeks mereka puluhan ribu mata.
Malangnya, dengan sokongan belian oleh pengurus dana saham amanah seperti ASN (amanah saham nasional) dan ASB (amanah saham bumiputra) serta KWSP, harga saham-saham tempatan ditutup jauh lebih rendah pada jajaran sempit. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung. Harga saham-saham mewah seperti MISC, Bursa, IOICORP dan lain-lain rugi antara lima puluh sen ke seringgit. Saham PROTON yang satu masa dahulu agak tinggi sekarang tinggal RM3.80. Saham MAS beberapa minggu yang lalu mencecah RM4.60 hari ini tinggal RM3.60 sahaja. Kaunter yang cergas dan untung kebanyakannya adalah lowerliner/penny stock yang harga dibawah seringgit sesaham serta warrant. Pelabur tempatan termasuk pelabur runcit dan luar negara menunggu-nunggu petunjuk baru iaitu BN dinafikan majoriti dua pertiga (2/3) di Parlimen dan PAS bersama BA dapat menubuhkan kerajaan di beberapa negeri seperti Kelantan, Trengganu , Perlis dan Kedah serta berjaya memenangi banyak kerusi DUN di Selangor dan Johor.


Tidak dapat dinafikan bahawa hubungan antara pasaran saham tempatan dengan pasaran serantau dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat (NYSE, London, dll) amat penting tetapi kenapa apabila Dow Jones Industrial Average (DJIA), S&PIndex, NASDAQ5K naik , saham di pasaran kita tetap menurun. Kenapa? Ini menunjukkan sentimen pelabur tidak baik dan mereka takut untuk memasuki pasaran, hanya tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya. Mereka takut untuk komit duit mereka. Mereka kurang yakin dan hilang keyakinan dengan war-war, pengumuman, iklan, majlis pecah tanah, MOU dan gula-gula yang lain tentang projek bernilai berbilion-bilion ringgit. Mereka sudah tidak percaya dengan janji manis UMNO/BN. Sebab itu UMNO/BN merayu pengundi dengan slogan seperti "berilah kami sekali lagi peluang", "cuba, test, acu," dan sebagainya.

Bagi saudara yang kurang arif tentang pasaran modal tempatan dan antarabangsa, izinkan saya memberi sedikit penerangan sepintas lalu. Syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia merupakan syarikat yang memerlukan modal pusingan atau kerja dengan mengeluarkan saham syarikat mereka. Pelabur atau peniaga saham akan membeli saham secara teorinya pada harga rendah dan menjualnya apabila harga saham berkenaan telah naik ke suatu harga yang lebih tinggi mengikut rangka masa seseorang pelabur, sama ada jangka pendek, jangka sederhana atau jangka panjang. Pelabur jangka panjang mengharapkan dividen yang dikeluarkan syarikat setiap tahun jika ada. Pelabur jangka pendek atau peniaga (pemain) saham membeli dan menjual saham mereka apabila terdapat kenaikan atau penurunan harga walaupun pada hari yang sama saham sesuatu syarikat atau kaunter itu dibeli. Peniaga saham akan membeli saham syarikat-syarikat yang diharap atau di jangka akan naik berdasarkan analisis teknikal atau fundamental. Adalah terlalu teknikal untuk diterangkan di sini. Jadi "harapan" atau "ramalan" sesuatu saham syarikat akan naik biasanya diukur daripada aktiviti seperti jumlah dagangan (volum), makluman yang syarikat berkenaan akan diambilalih oleh syarikat lain (dibeli) dan makluman tentang kontrak atau bidaan yang berjaya diperolehi syarikat sama ada di dalam atau di luar negara.

Dalam konteks perbincangan kita tentang pilihanraya umum Malaysia dan pengumuman serta majlis pecah tanah yang banyak berlaku sekarang, sepatutnya saham syarikat yang berkaitan dengan sesuatu aktiviti seperti pembangunan, infrastruktur dan binaan sepatutnya melonjak naik disebabkan permintaan ( belian ) mengatasi tawaran (jualan) kerana dijangkakan keuntungan syarikat-syarikat berkenaan akan meningkat. Lebih ramai yang masuk pasaran dan membeli, lebih tinggi harga satu-satu saham itu akan naik. Kenaikan harga akan disokong oleh pelabur serta pengurus dana seperti ASN. Kerajaan akan menyokong harga sesuatu saham terutama syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC) seperti PROTON agar harga sahamnya sentiasa kekal tinggi bagi memberi imej yang baik kepada pihak pengurusan.
Kenapa harga saham PROTON tetap jatuh walaupun disokong oleh kerajaan? Ini bermakna lebih ramai yang jual saham proton daripada yang beli. Kenapa hal ini berlaku? Kurang keyakinan. KENAPA ? RASUAH, SALAH GUNA KUASA, PENYELEWENGAN, TIDAK TELUS, TIDAK AMANAH, KRONISME, NEPOTISME, ................................................................ ......................................................................................................................................

Comments :

0 comments to “SAHAM DI BURSA MALAYSIA MERUDUM LAGI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com