Pray For MH370

Pray For MH370

LAKUKANLAH JIKA ANDA TELAH HILANG PERASAAN MALU, BERBANGGA DENGAN MAKSIAT YG DILAKUKAN

Kita semua insan biasa, tidak sunyi dari melakukan dosa dan maksiat kepada Pencipta kita. Yang membezakan orang beriman dengan yang kurang beriman ialah kumpulan pertama melakukan dosa, lantas teringatkan Allah, lalu beristighfar dan memohon ampun, taufik dan hidayah Allah, sekaligus bertaubat (rasa menyesal, berazam tidak akan mengulangi perbuatan berkenaan lagi dan berusaha menambahkan amalan baik untuk menutupi dosa). Sila rujuk Al Quran 3: 135. Kumpulan pertama juga melakukan dosa kepada Tuhannya secara bersembunyi agar tidak diketahui orang, lantaran ketidakupayaannya melawan godaan hawa nafsu dan syaitan, tidak akan bermegah serta menghebahkan 'aibnya kepada umum. Manakala kumpulan kedua melakukan sebaliknya.

Walau sebesar mana serban dan kopiah di kepala atau selabuh mana jilbab (tudung) yang dipakai, hasutan dan tarikan syaitan untuk menyesatkan kita tetap akan berlaku, malah seperti kita maklum, lagi kuat iman, lagi kuat atau tinggi pangkat iblis dan syaitan laknatullah yang dihantar untuk menggoda kita.

Sebab itulah kita disarankan agar bersahabat dengan orang 'alim (berilmu), orang wara' ( tidak melakukan maksiat), orang soleh/solehah ( banyak melakukan amalan baik), dan bergabung diri atau aktif dalam jemaah (harakah) Islamiah. Arrasul s.a.w pernah bersabda yang bermaksud "serigala akan membaham kambing yang terkeluar dari kumpulannya" yakni jika kita tidak istiqomah dengan jemaah yang memperjuangkan Islam, kita menyendiri atau tak ikut "usrah" risiko kita untuk hanyut dan tersesat dari Jalan Yang Lurus (Siraatol Mustaqim ) amatlah tinggi.

Hidup di luar negara seperti di UK/Eire, Australia/New Zealand atau USA, di mana persekitaran amat mencabar keimanan pelajar, maka hendaklah pelajar saling nasihat menasihati, berkumpul untuk sembahyang berjemaah, mengadakan majlis ilmu dan zikir/fikir, rehlah (piknik/lawatan) ke tempat bersejarah dalam kumpulan usrah, ziarah menziarahi antara satu sama lain dan sebagainya.

Yakin dan percayalah, hanya terdapat satu cara dan kaedah yang ampuh untuk kekal dalam keimanan di mana jua kita berada, terutama di negara barat, ialah dengan menjadi ahli Jamaah Islam. Kita akan sentiasa diingatkan dengan cara hidup Islam. Terdapat kawan dan teman yang prihatin tentang kita, yang mengajak pada perkara makruf dan yang akan mencegah perkara munkar.

Apa yang berlaku atau realitinya, dek kerana segelintir pelajar-pelajar yang kurang berjaya atau gagal dalam peperiksaan akibat melibatkan diri dengan kumpulan "DAKWAH", maka banyak penaja biasiswa seperti JPA atau MARA tidak menggalakan pelajar-pelajar mereka bergiat aktif hatta menjadi ahli kumpulan dakwah. Memang ada kumpulan dakwah yang keluar jauh dari tempat tinggal mereka dan bercuti dari menghadiri kuliah, tetapi kebanyakan kumpulan dakwah inginkan yang terbaik untuk ahlinya, berjaya dalam bidang akademik, skor CGPA 4.0 atau semua mata pelajaran dapat honours kelas pertama atau high distinction waktu yang sama dapat mengamalkan budaya dan cara hidup Islam, sesuai dengan firman Allah dalam surah al Baqorah ayat 201, "kurniakan kami kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat".

Terdapat juga persatuan dan kelab sosial di luar negara seperti persatuan Melayu, Persatuan pelajar-pelajar Malaysia (MSA-Malaysian Students Association), Kelab UMNO dan sebagainya. Malangnya persatuan-persatuan sosial sebegini tidak mempeduli kehidupan peribadi pelajar (students' private life). "Your private life is your business. Everybody minds his or her own business". YOU NAK TIDUR DENGAN SIAPA, NAK PERGI PUB MANA , NAK MABUK ATAU NAK BUNUH DIRI, ITU YOU PUNYA PASAL. Agenda mereka hanya untuk bertemu, menjamu selera, mengadakan majlis sambutan hari raya atau Maulidur Rasul setahun sekali dan menganjurkan perhimpunan dengan Pimpinan Negara yang berkunjung ke sana.

Wahai Emak Ayah yang ada anak di luar negara seperti Ukraiane/Russia, Germany, France dan seumpamanya, tanya-tanyalah khabar selalu pada anak anda. Minta dan nasihatkan mereka bergabung dengan jemaah Islam. Jangan fikir jemaah Islam itu anti Kerajaan atau anti-establishment. Islam bukan setakat pandai baca Yasin atau berzanji sahaja. Kalaulah di negara sendiri terdapat Aishah, tidak mustahil di Eropah, boleh wujud ramai lagi Aishah-Aishah yang telah hafal banyak surah-surah Al Quran tetapi cetek ilmu aqidah, syariah dan akhlak. Wallahu'alam.

Sila rujuk posting "Penyakit Berjangkit di Malaysia bertarikh 4/2/08 dan "Ratu hadhari's Fatwa:Sounds Familiar dated 4/3/08.

Comments :

2 comments to “LAKUKANLAH JIKA ANDA TELAH HILANG PERASAAN MALU, BERBANGGA DENGAN MAKSIAT YG DILAKUKAN”
lan said...
on 

Salam Dr,
Satu article yg menarik! diharap dapat dipanjangkan kepada student2 lagi2 yg barada di perantauan

insyirah08 said...
on 

salam

jika kuman di seberang boleh nampak, apatah lagi gajah yang berkeliaran di sini...esp Selangor amnya Malaysia

Macam rancangan Nona tempoh hari,,, brpa ramai remaja menggadaikan maruah di kota yang dikatakan maju yang berhadhari ini...

Doc, tentu risau bia jd exco bkaitan modal insan ni kan?

Anyway, teruskan usaha gigih anda...

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com