Pray For MH370

Pray For MH370

MISI AMAL TAJAAN KERAJAAN SELANGOR BERLEPAS

Misi Amal Pertama ke Yangon Myanmar Insya ALlah akan berlepas hari ini, lebih berbentuk "ricki" atau meninjau apakah bentuk bantuan yang diperlukan, sama ada mencari sumber air bersih dengan membekalkan pam, mencegah penyakit berjangkit dalam bentuk pelalian atau " prophylaxis antibiotik", memulakan kehidupan dengan membekalkan biji benih, atau membuka sekolah dan institusi pengajian yang telah musnah.

Kumpulan Pertama Amal Berlepas ke Yangon Esok







NOOR ALLIA KASSIM


SHAH ALAM, 14 Mei – Kumpulan pertama misi bantuan kemanusiaan kerajaan negeri menerusi Yayasan Amal Malaysia (Amal) kepada mangsa taufan Nargis akan berlepas ke Yangon, Myanmar esok.


Misi yang disertai dua doktor, seorang jurutera dan dua anggota teknikal Amal itu diketuai Presidennya, Husin Ismail.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata pasukan pertama itu juga akan membuat tinjauan dan mengenal pasti bentuk keperluan yang perlu disediakan.

Katanya, peruntukan sebanyak RM1 juta daripada kerajaan negeri bagi membantu mangsa tidak melibatkan penyaluran wang tunai sebaliknya bantuan berupa pakaian dan tempat penjagaan kanak-kanak.

“Mereka juga akan kenal pasti tempat yang dirasakan sesuai untuk gali perigi bagi membolehkan mangsa mendapat air bersih,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) petang tadi.

Menurut beliau bilik operasi misi berkenaan telah dibuka di Dataran Usahawan Bangunan Darul Ehsan.

“Kita menerima apa saja bantuan tetapi elok kalau kita dapat bantuan berupa selimut, pakaian wanita dan kanak-kanak,” ujar beliau.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali berkata peruntukan yang diberi kerajaan negeri itu juga akan digunakan untuk tujuan perubatan, kesihatan dan pendidikan khususnya untuk kanak-kanak di sana.

Kerajaan negeri turut merakamkan takziah kepada mangsa gempa bumi yang melanda China Isnin lalu dan sedia menghulurkan bantuan. –

Comments :

0 comments to “MISI AMAL TAJAAN KERAJAAN SELANGOR BERLEPAS”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com