Suara Selangor Maju
KUALA SELANGOR, 13 Mei – DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah umat Islam tidak harus memperbesarkan sebarang isu remeh temeh untuk dipertikaikan.
Sebaliknya titah baginda, umat Islam perlu berusaha mengatasi masalah-masalah masyarakat yang lebih besar seperti perpaduan rakyat dan kemajuan umat Islam.
“Segala sikap-sikap negatif seperti hasad dengki, tamak, perasaan curiga-mencurigai, tuduh-menuduh serta syak wasangka yang boleh mengakibatkan persengketaan perlulah dikikis dan dihindari sama sekali,” titah baginda ketika menutup Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor di Dataran Masjid Jamek Sultan Ibrahim dekat sini malam tadi.
Sultan Selangor menyampaikan hadiah kemenangan kepada Mohd Noor pada majlis yang berlangsung di dataran Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Foto AHMAD FADHLI YAHYA
Baginda juga menyarankan umat Islam di negeri ini mempersiapkan diri dengan meningkatkan tahap keilmuan mereka serta bekerjasama dan bermuafakat dalam setiap tindakan yang diambil.
Dalam masa sama, baginda tidak mahu ada di kalangan anggota masyarakat umat Islam yang terpinggir dari sebarang aktiviti-aktiviti keilmuan, pembangunan dan kemasyarakatan.
Comments :
Post a Comment