Pray For MH370

Pray For MH370

SUARA SELANGOR MAJU BERSAMA DR HALIMAH

Misi Dr Halimah Jadikan Selangor Hub Pendidikan dan Ilmuwan


NOOR ALLIA KASSIM Foto AR ROHIM AHMAD




DNM dan JTM menjadi falsafah kerja Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor.


Pasti ada yang tertanya-tanya apakah DNM dan JTM yang dimaksudkan Dr Halimah.

Falsafah DNM (dah nak mati) dan JTM (jangka tarikh mati) sebenarnya memberi galakan kepada beliau untuk melakukan yang terbaik mengikut kudrat yang ada.

“Lakukan yang terbaik sedaya yang boleh bila fikirkan DNM dan kita juga tidak tahu bila JTM kita, jadi mana sempat hendak buat perkara tidak elok…itu prinsip saya bekerja,” kata pemegang Ijazah Perubatan dari Universiti Tasmania, Australia ini kepada Suara Selangor Maju.

Dr Halimah, 47, yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat antara empat wanita yang dilantik ke jawatan Exco.

Projek Jejak Ilmuwan

Memegang portfolio Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah mempunyai misi besar menjadikan Selangor sebuah negeri contoh.

Pada Jun ini, pra pelancaran Projek Jejak Ilmuwan dijangka dibuat bagi mengumpulkan tokoh-tokoh ilmuwan duniawi dan ukhrawi dalam satu persidangan.

“Kita ingin menjadikan Selangor sebagai hub pendidikan dan ilmuwan,” katanya dengan yakin.

Dalam masa sama beliau mahu pelajar sekolah mendapat manfaat daripada ilmu yang dicurahkan tokoh-tokoh berkenaan.

halimahintvw_002
"Kita ingin pertemukan mereka dengan tokoh cerdik pandai dari negeri ini supaya mereka dapat melihat role model yang terbaik. Sebab sekarang ini seperti kita tahu di Selangor ini dikenali sebagai juara semua benda yang tak baik seperti ragut, rogol dan rasuah,” tambahnya.

Beliau berkata wawasan Selangor dalam bidang pendidikan juga adalah mewujudkan satu suasana cinta pada ilmuwan dan ingin menjadi ilmuwan.

“Ini yang kita cuba nak buat, anjakan paradigma kepada rakyat Selangor khususnya kepada pelajar-pelajar itu sendiri. Kita mahu mencari ikon seorang ilmuwan sebab sekarang ini kita lihat golongan muda mendewa-dewakan artis, pelakon dan sebagainya,” katanya.

IPT Bertaraf Antarabangsa

Menyentuh cadangan beliau dalam portfolio pendidikan tinggi, Dr Halimah berkata Selangor berhasrat menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah kerajaan negeri sebagai IPT contoh yang bertaraf antarabangsa.

IPT milik Selangor ialah Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Di samping itu juga, pihaknya merancang mengadakan pertemuan antara ilmuwan luar negara dengan tempatan dalam satu persidangan antarabangsa pada tahun depan.

halimahintvw_003

Beliau berharap budaya mencari ilmuwan itu akan mencetuskan ilmu baru setiap tahun. Dr Halimah melihat kepentingan mencari seorang ikon ilmuwan kerana baginya ilmu yang ada pada seseorang tokoh itu sepatutnya dapat dikongsi segenap lapisan rakyat Selangor.

“Mungkin pada November ini kita akan buat pelancaran kempen menjejaki ilmuwan ini secara besar-besaran di seluruh negeri ini. Saya tidak mahu terjadi keadaan di mana tokoh-tokoh ini diketepikan dan bila mereka sudah tiada baru kita nak cari,” tambahnya lagi.

Program berkenaan juga dilihat sebagai satu program jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

SPIES

Sementara itu, lima teras dalam model pembangunan insan akan diperkenalkan Dr Halimah iaitu SPIES (Spritual, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial).

Memandangkan model itu sesuatu yang baru, kempen secara besar-besaran mengenainya akan dibuat di seluruh Selangor termasuklah melalui Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan diselitkan dalam khutbah Jumaat.

“Kita hendak masyarakat tahu konsep ini supaya pembangunan lebih seimbang. Bayangkan kalau tidak seimbang mereka akan jadi sampah masyarakat, akhirnya akan menjadi liabiliti bukannya aset…ia pastinya sesuatu yang merugikan,” katanya.


halimahintvw_001

Menceburi Politik


Dr Halimah yang pernah bertugas di Hospital Klang memberitahu penglibatannya dalam politik bermula apabila mengikut suaminya Dr Ahmad Supian yang dicalonkan bertanding mewakili Pas pada pilihan raya umum 1999.

Pada awalnya Dr Halimah agak berat membenarkan suaminya bertanding bagi kerusi Dun Selat Klang. Bagaimanapun Dr Halimah akhirnya menyokong setelah suaminya menerima desakan dan mendapat petunjuk dari solat istikharah.

“Bila pilihan raya dah abis kami fikir itulah yang pertama dan terakhir dan suami saya pun tak hendak ke depan, takut dipaksa lagi jadi calon kali kedua.

“Saya juga berjumpa dengan rakyat dengar masalah-masalah mereka, di samping buat rawatan percuma dan sebagainya…di situlah mulanya saya masuk politik,” kata Dr Halimah mengimbau kembali.

Walaupun kalah dalam pilihan raya itu, Dr Halimah mahu suaminya terus memberi khidmat kepada masyarakat dan dalam masa sama beliau masih memberi rawatan percuma kepada penduduk.

Namun pada 2004, Dr Halimah pula dicalonkan bagi kerusi sama, namun tewas di tangan Norliza Ahmad dari Barisan Nasional (BN).

Tunaikan Manifesto

Kini misi beliau sebagai wakil rakyat yang dipilih dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu ialah mendapatkan geran tanah bagi penduduk yang sudah menunggu hampir puluhan tahun.
halimahintvw_004

Beliau juga berhasrat meningkatkan tahap pencapaian akademik anak-anak di kawasan Selat Klang.

“Saya sedang melihat bagaimana hendak mengadakan kelas-kelas bantuan tuisyen untuk orang miskin dan sebagainya untuk menambahkan pencapaian akademik mereka” katanya yang tidak berhasrat mengenakan sebarang bayaran kepada mereka.

Beliau juga telah melantik lapan orang wakil di setiap zon kawasan Selat Klang bagi memudahkan rakyat mengemukakan sebarang masalah.

Beliau menambah kerajaan di bawah Pakatan Rakyat akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan semua kaum.

“Ketiga-tiga parti yang bergabung ini (DAP, Pas dan PKR) bergerak dengan berpaksikan kepentingan rakyat,” kata Dr Halimah yang juga Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia.

Selain berhasrat menaikkan taraf guru-guru agama, Dr Halimah yakin manifesto yang dijanjikan kepada rakyat sebelum pilihan raya umum lalu dapat ditunaikan.

“Sebenarnya kebanyakan manifesto itu di bawah portfolio saya. Antaranya nak bagi hadiah kepada mereka yang masuk universiti dan kanak-kanak tadika.

“Dalam manifesto kita tak cakap hari ni menang esok kita bagi, tak ada...kita sedang buat kajian ke arah itu. Insya-Allah kita akan tunaikan,” katanya. –

Comments :

1
Anonymous said...
on 

salam DR

penyelesaian antara IKYS dan inpens kolej di kuala selangor masih belum ada kesudahannya.

walaupun DR telah menghubungi pengurusan yayasan tetapi pihak Inpens kolej masih beroperasi seperti biasa termasuk kerja2 pengubahsuaian.
seperti tiada apa2 tindakan........
dimana presidenya terus membuat penyusunan.

harap dalam bengkel siri kedua perancangan pendidikan ada dibincangkan perkara ini dan dapat DR sampaikan pada majlis perasmian program belia di kem ampang pecah pada mlm ini.

- melihat kepada sejarah inpens kolej yang banyak menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri semenjak dari awal penubuhannya diharap satu kaedah pengurusan yang lebih baik dapat diadakan.

- penyusunan IKYS dan inpens kolej dibawah kerajaan negeri yg baru harap lebih memberi manfaat kepada belia2 dan kakitangan itu sendiri.

- saya mencadangkan DR menghantar wakil khas bagi melihat sendiri masalah yang berlaku disini

sekian

jazakumullah khairan Khatira

salam

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com