Inilah gaya dan cara nak cepat kaya iaitu dengan menipu pengguna tentang perkara-perkara yang amat mereka takuti contohnya mati. Hal ini boleh berlaku dalam masyarakat yang masih tebal dengan kepercayaan tahyul dan karut marut dek kerana jahil dengan ajaran agama yang mereka anuti. Peristiwa begini menegaskan dan menonjolkan bahawa umat Islam di Malaysia belum kukuh aqidah mereka tentang ajal maut dan perkara yang boleh memudaratkan seseorang. Teruskan membaca laporan di Harian Metro hari ini.
- Panggilan santau karut
- SMS karut
- ‘Kerja orang sakit jiwa’
- ‘Usah percaya’
KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.
KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai yang menerima SMS yang meminta pemilik telefon bimbit berwaspada dengan panggilan santau supaya tidak mempercayainya.
KUALA LUMPUR: Penyebaran SMS santau yang menular di kalangan pengguna telefon bimbit disifatkan sebagai kerja nakal individu tertentu untuk mendapatkan kepuasan dengan sengaja menimbulkan huru-hara kepada masyarakat.
SEREMBAN: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menasihatkan masyarakat tidak mempercayai apa yang tercatat pada SMS amaran berhubung panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang tersebar luas di negara ini sekarang.
Comments :
Post a Comment