Oleh kerana negeri Selangor memiliki banyak IPT dan tumpuan para Ilmuan dari seluruh pelusuk negara, sudah seharusnya peluang ini digunakan sepenuhnya bagi memperkasakan golongan Ilmuan, khazanah Ilmu yang mereka miliki serta negeri yang mereka diami iaitu Selangor itu sendiri. Alangkah ruginya jika sumber modal insan hanya dikhususkan kepada aktiviti ekonomi dan berligar di sekitar meningkatkan status kehidupan rakyat sedangkan "insan" yang dijadikan modal oleh negara itu ketandusan roh dan jiwanya dengan nilai-nilai kerohanian. Sesungguhnya nilai kerohanian inilah yang menjadi faktor penentu bagi kelangsungan , kelastarian, kejayaan dan kesinambungan umat dan bangsa ini.
Selangor akan dijadikan 'Hab ilmuan'
Saidah Hairan | Foto Nasir Sudin Sun | May 11, 08 | 5:02:38 pm MYT | |
KLANG, 12 Mei (Hrkh) - Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan, Dr Halimah Ali sedang merancang projek 'Jejak Ilmuan Selangor' yang akan dilaksanakan dalam bulan Jun nanti. Menurut beliau, kerajaan Pakatan Rakyat akan berusaha untuk menjadi Selangor sebagai 'Hab Ilmuan' iaitu pusat tokoh-tokoh ilmuan. "Kita tahu institut pengajian tinggi (IPT) terbaik, terbanyak, terkini ada di Selangor tetapi ia masih tidak diperkasakan," katanya ketika ditemui di Pejabat Adun, Selat Kelang, baru-baru ini. Beliau kesal kerana tokoh keilmuan yang boleh dijadikan role model tidak diiktiraf oleh masyarakat Selangor sebaliknya mereka lebih mengkagumi artis dan pengiat seni. Katanya, dalam bulan Jun nanti kerajaan akan mengumpulkan semua tokoh ilmu bagi mengiktiraf nilai sumbangan mereka dan memperkasakan mereka. Tambah Dr Halimah, untuk jangka masa panjang kerajaan Selangor berhasrat melahirkan ilmuan baru dengan memperkenalkan bakal-bakal ilmuan di kalangan para pelajar terpilih. "Sekarang kita hendak jadikan Selangor seumpama 'magnet' supaya tokoh-tokoh keilmuan ini kembali semula ke Selangor," katanya. Dalam pada itu beliau berbangga dengan pencapaian Universiti Industri Selangor (Unisel) yang baru-baru ini telah mendapat 'international award' dalam pertandingan satelit yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Katanya, mereka mampu mencipta perahu daripada simen yang terapung dan ia boleh digunakan untuk membina rumah pasang siap. Kosnya pula lebih murah dan ia turut boleh dikomersialkan. Ikuti temuramah lanjut dengan Dr Halimah dalam keluaran Harakah akan datang. |
Comments :
Post a Comment