Pray For MH370

Pray For MH370

TEMPOH PRAKTIKAL DR SISWAZAH BERMASALAH DIPENDEKKAN

Memandangkan umur doktor siswazah yang mendapat kelulusan dari Universiti luar negara yang tidak diiktiraf kian meningkat, ada yang sudah mencecah empat puluhan, maka kerajaan bersetuju untuk memendekkan tempoh praktikal mereka dari tiga tahun ke lapan belas bulan sebelum menduduki peperiksaan khas.


Jika mereka lulus peperiksaan ini, barulah mereka didaftarkan penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia atau Malaysian Medical Council (MMC) sekaligus melayakkan mereka untuk menjadi pengamal perubatan di Malaysia.

Lulusan dari Universiti Russia, India, Taiwan dan Indonesia dianggarkan berjumlah 250 orang buat masakini perlulah menghubungi Hospital-hospital yang telah ditetapkan bagi menjalani praktikal khas tersebut.

Semoga berjaya. Bagi ibu bapa serta para pelajar yang bercita-cita hendak melanjutkan pelajaran ke negara di atas dalam jurusan perubatan haruslah berhati-hati. Sila rujuk post saya yang terdahulu.

Tempoh latihan graduan universiti luar dikurangkan

PUTRAJAYA:
Bernama/ BeritaharianOnline


Tempoh latihan khas bagi para graduan perubatan dari institusi luar negara yang tidak diiktiraf oleh kerajaan dikurangkan daripada tiga tahun kepada 18 bulan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam hari ini.


Beliau berkata, pihaknya sudah mengemukakan masalah yang dihadapi oleh graduan berkenaan kepada Kementerian Kesihatan dan meminta agar tempoh latihan yang perlu dijalani oleh mereka dikurangkan.

“Selepas menimbang masalah yang dikemukakan, Kementerian Kesihatan kemudian bersetuju supaya tempoh latihan itu dikurangkan daripada tiga tahun kepada 18 bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari in.

Subramaniam berkata, antara alasan untuk meminta pengurangan tempoh latihan itu termasuk atas faktor usia memandangkan kebanyakan graduan tersebut sudah berusia 40-an dan mereka menganggap tempoh tiga tahun itu terlalu lama.

Sambil berterima kasih kepada Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, kerana bersetuju mengurangkan tempoh latihan itu, Subramaniam meminta semua 250 graduan terbabit supaya segera mendaftar di institusi yang ditetapkan dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971 untuk menjalani latihan.

Tahun lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd Ismail Merican, mengumumkan format baru peperiksaan untuk graduan perubatan dari universiti luar negara yang tidak diiktiraf.

Beliau berkata, peperiksaan itu disusun oleh kementerian dengan kerjasama Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan tiga fakulti perubatan universiti iaitu Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Krian di Kelantan; Pusat Perubatan Universiti, Universiti Malaya dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau berkata, pelajar perubatan lepasan universiti seumpama itu perlu menjalani pemeriksaan di bawah Seksyen 12(1) (aa) Akta Perubatan 1971 untuk melayakkan diri sebagai Doktor.

Para graduan berkenaan adalah lulusan universiti dari beberapa buah negara seperti Rusia, Indonesia, India dan Taiwan.

Comments :

0 comments to “TEMPOH PRAKTIKAL DR SISWAZAH BERMASALAH DIPENDEKKAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com