Pray For MH370

Pray For MH370

BUDAYA BOHSIA, BOHJAN, BUNTING, BUNUH BUANG

Para petani menanam benih padi berharap padi akan jadi, tetapi sungguh malang, yang naik hanyalah lalang. Tuan tanah terbiar tidak pernah berharap atau berdoa padi akan tumbuh di tanahnya malah berpuas hati jika lalang sahaja yang naik. Begitulah hidup ini, jika kita berusaha, berikhtiar dan berdoa agar suatu natijah yang baik akan timbul dari usaha titik peluh kita belum tentu lagi usaha kita dijamin kejayaan, tetapi sebaliknya jika kita memulakan sesuatu yang tidak baik, jangan mimpi hasilnya tiba-tiba jadi cemerlang. Ini adalah sunnatullah.

Wahai para ibu bapa, jangan biarkan anak-anak zuriat kita dinodai oleh tangan-tangan kotor yang sentiasa melambai-lambai dan mengamit di mana sahaja anak-anak kita berada, sama ada di sekolah, di pasar raya, di padang permainan, di majlis kenduri atau di mana jua mereka berada.

Cemburuilah anak-anak kita, siapa kawannya, siapa yang menelefonnya, siapa teman belajarnya, siapa jejaka yang mengekorinya dan siapa gadis yang meminatinya.

Budaya bohsia, bohjan, bunting, bunuh dan buang kian menjadi-jadi. Sebelum kita salahkan orang lain, periksa dahulu diri kita, adakah kita sudah menunaikan tanggung jawab mendidik, menasihati, menunjukkan contoh teladan yang baik, memberi kaunseling, memenangi hati anak-anak, meluangkan masa untuk anak-anak dan mengawasi tindak tanduk serta pergerakan mereka?

Jika di luar sana kita mempunyai kawalan yang amat sedikit ke atas anak-anak kita, apabila mereka di dalam rumah, pastikan kita menyediakan persekitaran yang baik untuk perkembangan dan tumbesaran anak-anak. Jika kita telah mempunyai set TV yang dapat menerima pelbagai saluran secara percuma, jangan di tambah pula dengan saluran-saluran yang berbayar seperti ASTRO. Jika kita banyak menghabiskan masa bekerja di luar, kemudahan internet jika ada perlu pemantauan.

Biasakan anak-anak dengan perbincangan mengenai agama, alim ulama' dan buku-buku berfaedah. Tidak cukup setakat menghantar anak-anak belajar iqra' atau muqaddam. Mereka perlu dibawa ke majlis ilmu dan program keagamaan. Jika anda terlibat dengan program USRAH, tolong libatkan anak-anak sama. Jangan kita ke usrah, anak tak tahu ke mana hala tujunya.

Ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah agama persendirian yang menawarkan persekolahan satu sesi dan pembelajaran bersepadu atau integrasi. Tahniah. Teruskan usaha, namun di rumah kita jangan alpa. Tindak tanduk dan gelagat kita diawasi oleh anak-anak. Usah kita umpama ketam menyeruh anaknya berjalan betul.

Kita sendiri mesti melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan seperti program rukun tetangga, PIBG, persatuan penduduk dan sebagainya. Bawa anak-anak kita dalam program-program yang dianjurkan. Sebarang anasir yang tidak baik di kawasan kediaman kita, laporkan segera ke pihak Polis atau agensi yang berkenaan. Salurkan maklumat kegiatan tidak bermoral kepada pihak berwajib seperti penjualan VCD/DVD lucah, kafe siber yang menjadi pusat kegiatan maksiat, pusat karaoke yang menjadi sarang dadah dan seumpamanya. Lantik dan pilih wakil rakyat yang mampu memperjuangkan aspek moral, etika dan pembinaan generasi beriman serta bertaqwa.

Jika kita tidak mampu menasihati anak-anak kita yang difikirkan ia sudah "di luar kawalan kita", jangan lokek duit untuk menghantar anak-anak ke pelbagai program hujung minggu atau cuti sekolah seperti Smart Solat, Summer Camp, MAP, Bina Insan dan lain-lain. Biasanya "orang luar" mampu menunjukkan " jalan keluar" kepada anak kita. Setelah mereka berubah, beri sokongan dalam apa jua bentuk sekalipun. Jadikan dan suburkan TABIAT yang baru diperolehi dari kursus-kursus yang dihadhiri agar menjadi BUDAYA yang baik pada anak kita.

Sekali sekala jika berlaku perselisihan faham atau berlainan pendapat, ibu bapa janganlah cepat melatah dan naik angin lantas menghalau anak-anak terutama anak perempuan keluar dari rumah. Tindakan ibu bapa sebegini adalah tiket untuknya lari dari rumah. Perbuatan berleter atau mengikut emosi marah mengeruhkan suasana di rumah. Sang ibu jangan cepat nak mengadu pada Si bapa yang baru sampai di rumah dari tempat kerja. Pilih waktu yang sesuai untuk menasihati anak-anak.

Jika anak sudah terlanjur dan terlajak melakukan kerja sumbang dengan pasangan atau rakannya, berbincanglah secara rasional. Libatkan kaunselor, doktor Muslim dan pihak-pihak lain yang difikirkan perlu. Hubungi talian yang berkenaan untuk mendapat maklumat agar dapat bertindak dengan wajar dan berhikmah. Jangan sekali-kali mengusir anak perempuan yang sudah mengandung keluar dari rumah membawa nasibnya sendirian. Jika anda lakukan itu, bermakna nasibnya kini di tangan ibu/bapa ayam, lelaki jalang/jalanan, rumah lindungan penukar aqidah dan sebagainya.

Biasanya seorang perempuan yang hamil dapat dikesan dari perubahan yang berlaku dari segi kesihatan, perwatakan, potongan badan dan sebagainya. Memang terdapat segelintir kaum wanita yang tidak dapat dicam yang ia hamil terutama anak gadis yang baru akil baligh di mana kitaran haidhnya memang tidak menentu. Terdapat wanita hamil yang bernasib baik tidak mengalami "mabuk" di peringkat awal mengandung. Sebab itu terdapat para pelajar yang hamil di asrama tetapi tidak dapat dikesan oleh guru-guru.

Begitulah serba sedikit panduan dan peringatan untuk kita semua. Rajin-rajinlah berdoa untuk dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah yang menjadi penyejuk mata kedua ibu bapa. "Tanamlah benih padi dari sekarang agar padi yang tumbuh pada suatu hari nanti. Jika terdapat lalang di samping pokok padi, cepat-cepat cabut atau racun lalang yang tumbuh itu, agar pokok padi berpeluang hidup berbunga serta berbuah". Teruskan membaca..

Comments :

4 comments to “BUDAYA BOHSIA, BOHJAN, BUNTING, BUNUH BUANG”
Unknown said...
on 

Assalamualaikum YB,
Bagaimanakah memberi fokus kepada pendidikan adalah bermakna meningkatkan nilai Institusi Pendidikan menerusi Maktab-Maktab Perguruan yang amat membantu ditangani masalah sosial dan gejala kerendahan nilai generasi beragama dan berbudaya?
Tidak upaya dinafikan keberkesanan sekolah-sekolah persendirian yang berorientasikan duniawi dan ukhrawi kini telah berjaya dibuktikan dengan ramainya anak-anak warga dari sekolah seumpama ini memenuhi pasaran kerja dan guna tenaga.
Lalu dengan fokus inginkan terdirinya Institusi Perubatan Pakar wajar juga Maktab-Maktab Perguruan dan Kolej-Kolej Kejururawatan yang menunjangi dasar dan falsafah pembinaan syaksiah generasi maju minda dan kukuh iman menjadi proses melestarikan pembinaan kesatuan ummah yang disasarkan ke seluruh rantau dunia Islam dengan sendirinya tidak upaya ditolak untuk PR menerajui kepimpinan tanah air.

Unknown said...
on 

JZKKK UKHTIE!TERIMA KASIH KERAN SUDI MEMBERI KOMEN DI BLOG ANA. TAHNIAH UNTUK ANTE KERANA BEGITU BERJAYA DALAM SEGALA-GALANYA TERUTAMA DALAM BIDANG PENULISAN SEBAGI MEDIA DAKWAH.SEGALA YANG DISEBUT OLEH UKHTIE DI ATAS ADALAH BENAR. PADA PENDAPAT ANA, MUDAH SEKALI MEMBINA INFRA TETAPI UNTUK MENGISI INFRA BERKENAAN DENGAN INSAN BERSYAKSIAH MUSLIMAH AGAK SUKAR. DARI SEGI KEUTAMAAN, MUNGKIN BOLEH BERJALAN SERENTAK. KALAU TIDAK DAHULUKAN PEMBINAAN SYAKSIYAH. WALLAHU'ALAM.

Unknown said...
on 

YB Puan Doktorm
Bertanya boleh,kebiasaan difahami menggunakan huruf besar ini bermaksud marah.Marahkah kepada saya?

Unknown said...
on 

Salam Ukhuwah. Berbanyak ampun maaf. Tidak disengajakan. tak perasan uppercase. Terima kasih untuk maklum balas. Selamt maju jaya duniawi ukhrawi.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com