Pray For MH370

Pray For MH370

TANAMKAN MINAT MEMBACA DARI KECIL

Bagaimana Menyuburkan Tabiat Gemar Membaca Pada Anak Kita

Oleh kerana membaca merupakan suatu aktiviti yang asas dalam menimba ilmu pengetahuan, minat membaca harus disemai dalam diri anak-anak di peringkat seawal mungkin agar tabiat suka membaca menjadi darah daging mereka hingga ke akhir hayat.

Untuk menanamkan tabiat gemar membaca dalam kalangan anak-anak bukanlah suatu yang mudah. Keluarga mempunyai peranan yang cukup penting untuk menumbuhkan minat membaca dalam diri anak- anak. Berikut ini tips yang boleh membantu anda untuk mengalakkan minat membaca pada anak-anak:


1. Bacakan buku sejak anak lahir
Bayi yang terbiasa diajak berkomunikasi dan dibacakan cerita akan mempunyai kemampuan bahasa yang lebih tinggi berbanding dengan bayi yang kurang pendedahan pada pembacaan dan komunikasi.

2. Keluarga menunjukkan contoh
Ibu bapa dan orang-orang dewasa dan adik beradik lain harus menjadi contoh. Untuk anak -anak tertarik kepada membaca, maka ibu bapa dan ahli keluarga juga harus gemar membaca. Biasakan membaca di depan anak agar hal tersebut dicontohi oleh anak.

3. Mewujudkan perpustakaan di rumah
Wujudkan sebuah perpustakaan mini di rumah sebaik-baiknya di ruang yang kerap digunakan oleh keluarga seperti di "hall" atau ruang tamu. Ini kerana ramai ibu bapa yang memiliki koleksi buku-buku akademik dan rujukan di tempatkan dalam bilik yang berkunci yang jarang-jarang digunakan. Terdapat juga keluarga yang menjadikan ensaiklopedia serta buku bergambar sebagai hiasan dan tidak pernah disentuh oleh anak-anak kerana disimpan dalam almari kaca berkunci.

Lengkapkan mini perpustakaan di rumah dengan kamus dwibahasa, mashaf Al Quran, buku dari pelbagai bidang seperti komputer, biologi, kimia dan sebagainya. Jika anak kita mengoyakkan buku, jangan jadikan ia suatu isu.

4. Membuat buku sendiri
Buku untuk anak-anak tidak semestinya mahal harganya dan mesti dibeli di kedai buku atau pasar raya. Ibu bapa boleh membuat buku "scrap" untuk anak. Misalnya dengan membeli buku-buku atau majalah terpakai emak ayah dengan mengunakan kreativiti dapat menunjukkan kepada anak-anak bagaimana buku dibuat. Gambar dari surat khabar lama terutama dari akhbar berbahasa Cina yang banyak dimuatkan dengan gambar berwarna boleh ditampalkan pada buku yang dibuat sendiri.

5. Ajak anak ke kedai buku

Jadikan kedai buku tempat singgah yang menyenangkan bagi anak-anak kita. Beri kepercayaan kepada anak untuk memilih buku sendiri. Ibu bapa hanya berperanan dalam menentukan buku yang sesuai untuk dibeli dari segi harga sahaja.

6. Ajak anak ke perpustakaan
Mengajak anak ke perpustakaan awam juga penting agar mereka dapat melihat kanak-kanak lain yang sedang aktif membaca serta orang dewasa yang datang untuk membuat rujukan atau mengulangkaji untuk peperiksaan.

7. Menceritakan kembali tentang apa yang telah didengar atau dibacanya
Anak sangat suka diajak untuk berdiskusi mengenai bahan yang mereka baca atau mereka lihat dan dengar. Anak-anak juga terangsang untuk membaca jika ibu bapa mengajukan pertanyaan tentang isi buku yang belum atau telah dibaca oleh anak.

8. Menonton filem dan beli bukunya
Anak-anak akan menjadi lebih minat untuk membaca novel dan buku cerita jika mereka dapat membaca buku-buku yang telah difilemkan seperti Harry Potter yang sudah mereka tonton dalam bentuk VCD/DVD.

9. Memberi hadiah
Anak-anak akan lebih bersemangat jika diberi penghargaan atau hadiah. Gunakan kaedah ini untuk merangsang minat membaca anak-anak. Setiap buku yang sudah selesai dibaca, minta mereka menceritakan balik kepada kita isi kandungan atau jalan cerita buku tersebut. Ringkasan juga boleh dibuat oleh anak-anak yang telah matang tentang buku yang telah dibaca. Sistem token "STAR" boleh digunapakai untuk memberi hadiah kepada anak yang telah banyak menghabiskan bacaan buku.

Comments :

0 comments to “TANAMKAN MINAT MEMBACA DARI KECIL”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com