Pray For MH370

Pray For MH370

TRADISI MEMBELA JADI TRADISI MENIPU RAKYAT

Beginilah kesannya jika terdapat masih ada dalam kalangan rakyat yang berfikiran dan bersikap bahawa UMNO/BN sahajalah yang layak memerintah dan mentadbir kekayaan negara Malaysia ini. Puak atau parti lain tak layak atau tiada pengalaman mengurus negara. Sekarang kita telah lihat bagaimana impak fikiran dan pendapat di atas.

Tanpa sebarang notis, harga minyak naik mendadak. Jika benar-benar kerajaan sudah tidak mampu bertahan, sudah tiada rezab atau dana untuk menampung kenaikan harga minyak, berilah rakyat peluang bersiap sedia secara mental atau psikologi bagi menghadapi senario ekonomi yang "gelap" dan "getir".

Kini sebarang bentuk tindakan yang hendak diambil oleh rakyat seperti mengadakan usul perbahasan tergempar di Dewan Rakyat atau mengadakan tunjuk perasaan, respons dari Menteri yang berkenaan ialah "rakyat perlu bersabar", "rakyat jangan terburu-buru", "rakyat kena tukar cara hidup" dan lain-lain.

Datuk Shahrir Samad difahamkan ada menyebut bahawa kenaikan harga minyak secara mendadak tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Munasabah ke seorang Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tidak diberitahu atau dirujuk tentang kenaikan harga barangan utama negara? Beliau ada menyebut dan dilaporkan oleh akhbar bahawa harga minyak akan naik dalam bulan Ogos, tiba-tiba memang naik sungguh pada keesokan harinya.



Comments :

0 comments to “TRADISI MEMBELA JADI TRADISI MENIPU RAKYAT”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com