Pray For MH370

Pray For MH370

BUKAN SEMUA PENJENAYAH MENERIMA HUKUMAN DI DUNIA


Pada Pilihanraya umum ke 12 tahun 2004, peratus keluar mengundi bagi kebanyakan kawasan di negeri Trengganu kalau tak silap saya ialah lebih 88% ke 90%. Menurut kebiasaannya, peratus keluar mengundi ialah antara 70% ke 85% pada pilihanraya umum. Bagaimana peratus keluar mengundi begitu tinggi boleh diperolehi? Import pengundi dari luar.

SPR Dan JPN Lanjut Waktu Operasi Untuk Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU, 14 Jan (Bernama) -- Tempoh operasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilanjutkan sehingga ke sebelah malam sejak 21 Disember lepas untuk memudahkan pengundi bagi pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu menyemak maklumat mengenai daftar pemilih serta tempat mengundi.

Pengarah Pilihan Raya Terengganu Mohd Noor Daud berkata operasi biasa SPR dari 8 pagi sehingga 5 petang dilanjutkan sehingga ke pukul 12 tengah malam bagi tujuan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di kawasan itu.

Beliau berkata SPR menerima lebih 200 panggilan dari pengundi kawasan itu yang ingin menyemak status pendaftaran pemilih mereka sejak tempoh operasinya dilanjutkan.

Sementara itu, jurucakap JPN Terengganu pula berkata pihaknya melanjutkan operasi sehingga ke pukul 10 malam bagi memudahkan SPR membuat semakan terhadap daftar pemilih.

"Kami masih beroperasi seperti biasa iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang. Pukul 5 petang hingga 10 malam itu untuk kami 'standby' bagi memudahkan SPR menyemak daftar pemilih seseorang selepas menerima panggilan pengundi yang ingin menyemaknya," katanya.

Beliau berkata sekiranya terdapat keraguan mengenai daftar pemilih, SPR akan meminta JPN menyemak dari segi tarikh lahir, nama, alamat dan nombor kad pengenalan individu tersebut secara online.

Mengenai dakwaan bahawa jabatan itu akan mengeluarkan Mykad sementara menggunakan nama orang yang sudah meninggal dunia untuk pilihan raya kecil itu, katanya jabatan itu tidak mengeluarkan sebarang pengenalan diri dengan sewenang-wenangnya.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali dalam satu persidangan media sebelum ini mendakwa SPR dan JPN bersekongkol untuk mewujudkan pengundi hantu dengan menggunakan nama mereka yang sudah meninggal dunia pada hari pengundian nanti.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan Azharudin Mamat atau Adam, dari Bebas.

Comments :

1
Anonymous said...
on 

SPR dan JPN nak tipu sapa? - Malaysiakini
السلام عليكم ورحمة الله
Hari ni SPR menafikan tuduhan PAS yang depa bekerjasama dengan JPN nak keluarkan MYKAD sementara. Aku rasa depa tak tipu, memang depa tak keluarkan MYKAD sementara tapi depa keluarkan MYKAD yang 'original'.

Kalau ikut kenyataan MB Terengganu dia dengan yakin 90% akan keluar mengundi. Kalau dua berita tu digabung seperti mengesahkan yang pengundi hantu akan keluar beramai-ramai memeriahkan tempat² membuang undi.


Alasan untuk melanjutkan tempoh operasi tu pulak langsung tak kena. Untuk apa Suruhanjaya Pilihanraya nak minta pengesahan kesahehan pengundi dari Jabatan Pendaftaran Negara.

"Kami masih beroperasi seperti biasa iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang. Pukul 5 petang hingga 10 malam itu untuk kami 'standby' bagi memudahkan SPR menyemak daftar pemilih seseorang selepas menerima panggilan pengundi yang ingin menyemaknya," katanya.

Ada sangat ka yang nak telefon tanya tempat mengundi sedangkan kat mana² ada kaunter semakan yang kedua² parti buka. Kalau malas nak pi boleh semak guna SMS.

Kalau ada yang nak talifon pun mungkin pasai nak 'belasah' SPR pasai nama dia 'hilang' dari daftar.

Beliau berkata sekiranya terdapat keraguan mengenai daftar pemilih, SPR akan meminta JPN menyemak dari segi tarikh lahir, nama, alamat dan nombor kad pengenalan individu tersebut secara online.

Nak semak apa lagi kalau senarai daftar pengundi tu dah diwartakan untuk digunakan masa hati pilihanraya. Macammana nak kata ada keraguan kalau nak semak nama. Ada dua kemungkinan ja kalau semak nama samada nama ada atau tak ada.

Untuk apa SPR nak semak tarikh lahir, nama, alamat dan nombor kad pengenalan pengundi. Kalau nama dia takdak dalam daftar mana boleh dah bagi masuk atas apa alasan sekali pun.

Kalau nama takdak dalam daftar mana boleh SPR suka² masukkan nama dia. Mana boleh masukkan mana tampa pengundi sendiri tandatangan borang A.

Kalau nama ada dalam daftar tapi ada sedikit kesilapan 'data' takkan SPR nak boleh ubah. Kalau SPR nak ubah SRP kena ubah jugak 'salinan' yang dah dibagi pada semua yang bertanding. Takkan SPR nak ubah tempat mengundi seorang pengundi contohnya.

Jadinya takdak sebab lain untuk SPR dan JPN lanjut waktu operasi melainkan untuk melakukan konsperasi.

Konspirasi utama yang boleh depa buat tentunya yang paling mudah ialah mengeluarkan MYKAD untuk pengundi hantu.

Antara jenih 'hantu' yang boleh Umno guna

1. Nama yang sebenarnya tidak ujud secara zahir yang direka pengenalan dan sudah dimasukkan ke dalam daftar sebelum ni. Dah tentu dah kedua² agensi mesti terlibat untuk menjayakan misi ni.

2. Nama yang sebelum² ni tidak pernah keluar mengundi. Bantuan JPN diperlukan untuk menyemak alamat terkini pengundi tersebut. Lebih selamat menggunakan mana yang beralamat luar, lagi jauh lagi bagus, terutama sekali kalau ada yang menetap di Sabah atau Sarawak.

3. Nama orang yang telah mati. Nama-nama ni tidak boleh dikalangan yang pernah menyokong pembangkang kerana mungkin PACA mudah kenal. Lebih selamat menggunakan mana ahli atau penyokong BN yang 'tidak dikenali'. Kerjasama JPN diperlukan untuk tidak mengistiharkan kematian penama tersebut di dalam senarai mereka yang telah mati yang perlu diserahkan kepada SPR setiap 2 bulan untuk dibuang dari daftar.

Diyakini tempoh yang singkat dati tarikh kematian mantan Ahli Parlimen dengan hari mengundi tidak cukup untuk melakukan konspirasi. Kedua² agensi ini memerlukan 'overtime' untuk mengesan seramai mungkin mana pengundi hantu untuk memastikan untuk secukupnya diperolehi untuk 'tuan' kepada kedua² agensi ni menang lagi dalam pilihanraya kali ini.

Pengarah Pilihan Raya Terengganu Mohd Noor Daud berkata operasi biasa SPR dari 8 pagi sehingga 5 petang dilanjutkan sehingga ke pukul 12 tengah malam bagi tujuan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di kawasan itu.

Dari itu amat nyata tuduhan Datuk Mustafa Ali tepat.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com