Pray For MH370

Pray For MH370

GAPENA BUAT LAPORAN POLIS PERIHAL PPSMI

Anda pernah lihat dan baca buku teks atau buku kerja murid tahun satu hingga tahun tiga sekolah rendah kebangsaan di negara kita ? Jika belum, bagi mereka yang tidak mempunyai anak di sekolah rendah wajarlah anda ke kedai buku untuk membelek buku-buku teks dan lembaran kerja budak tahun 1 - 3.

Atau cuba anda duduk dalam kelas anak anda tahun satu atau dua yang sedang mempelajari matapelajaran sains dan matematik. Inilah masa yang paling sesuai kerana sesi persekolahan baru bermula dan konsep asas serta penting sedang diajar di sekolah.

Secara jujur, jika anda bukan dari keluarga yang bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah, mampukah anda memahami KONSEP matematik seperti "hundreds", "tens" dan "ones" bagi tujuan "CAMPUR" atau "TOLAK" ?

Untuk menerangkan konsep "hundreds" dalam bahasa Inggeris kepada murid-murid tahun dua, mereka perlu memiliki perbendaharaan kata (vocabulary) dalam bahasa Inggeris yang agak banyak. Memang betul, pembelajaran dan pengajaran disepadukan yakni tajuk dalam bahasa Inggeris diajar selaras dan digabungjalin dengan mata pelajaran matematik, namun terdapat banyak masalah dari segi pelaksanaannya.

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) telah memfailkan laporan Polis bagi tujuan memulakan proses tindakan undang-undang kes PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) .

Perkara 152(1) Perlembagan Persekutuan meperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

Perkara 152(6) pula memperuntukkan bahasa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran tergolong dalam kategori "maksud rasmi".

Maka berasaskan kepada kehendak Perkara 152(1) & 6 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996, adalah wajib bagi semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu.

Bahasa Inggeris: Gapena buat laporan Polis
,

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) hari ini memfailkan laporan polis berhubung pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields tengah hari tadi.

Ketua I Gapena, Tan Sri Ismail Hussin berkata, tindakan memfailkan laporan polis merupakan langkah awal pihaknya menggunakan kaedah perundangan menghadapi isu berkenaan kelak.

"Kita mahu polis siasat laporan itu kerana apabila kerajaan melaksanakan PPSMI ia sebenarnya tidak sah mengikut undang-undang.

"Dengan melaksanakan PPSMI, jelas sekali kerajaan telah membelakangi Akta Pendidikan dan Perlembagaan Pesrkutuan," katanya kepada mStar Online.

Dalam laporan itu, Gapena menekankan bahawa pelaksanaan PPSMI adalah bertentangan dengan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan.

Dinyatakan dengan lebih terpeinci dalam laporan polis berkenaan bahawa Perkara 152(1) meperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang, bahawa tiada sesiapa boleh dilarang dan dihalang menggunakan (selain bagi "maksud rasmi") atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.

Perkara 152(6) pula memperuntukkan bahasa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran tergolong dalam kategori "maksud rasmi".

Berasaskan kepada kehendak Perkara 152(1) & 6 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996, adalah wajib bagi semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu.

Kira-kira 20 tokoh dan pejuang bahasa mengiringi Ismail ketika membuat laporan polis berkenaan.

Penghujung tahun lalu Gapena menetapkan 15 Februari iaitu hari ini sebagai tempoh muktamad untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah sekiranya kerajaan masih meneruskan PPSMI.

Pemilihan tarikh itu adalah sebagai simbolik kepada Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia yang menyentuh soal kedudukan bahasa kebangsaan.

Ditanya mengenai 'perarakan keranda 152' yang dirancang sebelum ini, Ismail berkata, Gapena sentiasa rasional dalam setiap tindakan yang bakal diambil.

"Kita menerima banyak cadangan termasuklah nak bawa keranda itu, tapi apabila diperhalusi lebih baik kita lakukan bantahan dengan cara yang lebih sopan dan teratur.

"Kalau nak bawa keranda kita kena dapatkan kebenaran pihak berkuasa...kena ikut peraturan," katanya.

Berhubung hasrat untuk menyaman kerajaan di mahkamah berhubung isu PPSMI ini, beliau tetap menegaskan bahawa perkara itu masih dibincangkan.

"Kita masih mendalaminya, buat permulaan kita failkan laporan polis dahulu," katanya.

Sila lihat juga SINI SINI
SINI


ARIFFUDDIN ISHAK/mSTAR online.


Comments :

0 comments to “GAPENA BUAT LAPORAN POLIS PERIHAL PPSMI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com