Pray For MH370

Pray For MH370

MENTERI PELAJARAN TANYA KENAPA BARU SEKARANG BUAT LAPORAN POLIS ISU PPSMI

Kemerosotan pencapaian murid negara ini dalam Matematik dan Sains, kata Hishammuddin tidak menggambarkan keadaan sebenar.

"Peperiksaan kini masih dalam dwibahasa. Jadi tak ada sebabnya mereka boleh menyatakan dasar ini merupakan punca penurunan TIMSS yang sebelum ini naik dan membanggakan."

Komen saya: Jika pembelajaran dalam kelas sudah tidak difahami murid, bagaimana mereka hendak menjawab soalan peperiksaan walaupun ia diberikan dalam dwibahasa. Ini kerana mereka tak faham konsep asas, maka mereka tidak mampu untuk mengaplikasikan ilmu pada situasi yang berbeza. Pembelajaran sains dan matematik bukan berasakan "hafalan" atau "rote learning" semata-mata tetapi memerlukan kesemua sintesis, aplikasi, ramalan dan lain-lain.

PPSMI: Hishammuddin Persoal Laporan Polis Oleh Gapena

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mempersoal tindakan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) membuat laporan polis berhubung Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya selepas enam tahun dasar itu diperkenalkan.

"PPSMI ialah satu dasar yang telah kita laksanakan selama enam tahun sebelum saya memegang jawatan Menteri Pelajaran lagi. Jadi tindakan sebegini menjadi tanda tanya apa sebenarnya hasrat dan niat mereka (Gapena) melakukannya pada ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas upacara perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, GAPENA membuat laporan polis terhadap Kementerian Pelajaran kerana mendakwa PPSMI bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996.

PPSMI didakwa menyalahi Seksyen 17(1) Akta Pendidikan yang memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kebangsaan, kecuali sekolah jenis kebangsaan selain bertentangan dengan Perkara 152 (1) dan 152 (6) Perlembagaan Persekutuan berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu untuk semua.

Hisammuddin berkata peluang seluas-luasnya telah diberi kepada mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan dasar itu untuk mengutarakan pendapat mereka tetapi sebarang pengubahsuaian tidak boleh dilakukan dengan sekelip mata.

"Saya juga telah menyatakan bahawa mesyuarat-mesyuarat meja bulat telah pun diadakan dan akhirnya keputusan untuk dasar ini bukan keputusan saya sendiri ia akhirnya terpaksa dibentangkan pada pihak jemaah menteri setelah ianya diambil kira oleh semua pihak," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mendedahkan laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) menunjukkan kemerosotan pencapaian murid negara ini dalam Matematik dan Sains, Hishammuddin berkata, laporan berkenaan tidak menggambarkan keadaan sebenar.

"Peperiksaan kini masih dalam dwibahasa. Jadi tak ada sebabnya mereka boleh menyatakan dasar ini merupakan punca penurunan TIMSS yang sebelum ini naik dan membanggakan.

"Pelajar kita diberi peluang menjawab dalam dwi bahasa, kalau sekiranya dasarnya hanya dalam satu bahasa sahaja dan kita tengok penurunan, bolehlah kita kata puncanya ialah dasar PPSMI," katanya.
BERNAMA

Comments :

1
Anonymous said...
on 

cik mudin, buku teks, buku latihan, semua buku Inggeris, manalah budak2 sekolah nak cepat tangkap. Kalau dah lambat tangkap, macamana nak habis silibus dalam setahun? Slibus pun ikut jadual kena hadiskan masa tu jugak. Tentu jadi cacamarba budak2. Habis kalau dalam Tahun tu jugak peksa? Tak ke mati kutu budak tu? Hang peksa SPM dulu bahasa apa hang pakai? Bahasa Oxford ka?

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    2 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com