Pray For MH370

Pray For MH370

JANGAN KORBANKAN KHALID IBRAHIM DEK KERANA 46 EKOR LEMBU



Parti Semangat 46 telah terkubur. UMNO Baru juga akan terkubur jika meneruskan dasar perjuangan yang ada sekarang.

Jangan korbankan atau kuburkan sumbangan yang mampu dibuat oleh Tan Sri Khalid dengan hanya ankara 46 ekor lembu yang telah menjadi darah, daging, najis dan tanah. Puak-puak yang menjadi dalang serta tali barut dalam kes ini wajar memohon maaf kepada Khalid dan bertaubat nasuha serta rasa kesal lantas berikrar tidak akan mengulangi perbuatan durjana mereka. Di manakah perginya kewarasan aqal fikiran, keluhuran budi pekerti dan ketakwaan kepada Ilahi?


Kalau setakat Khalid nak derma 46 ekor lembu kepada fakir miskin mana-mana Dr Gigi akan kata **** gigi. Lebih dari itupun dia mahu dan mampu. Duit dia makan tak habis bergenerasi. Sebab nak menyumbang kepada masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya maka Tan Sri Khalid berada di tempatnya sekarang. Jikalau ikut naluri kebinatangan (khususnya kelembuan), buat apa susah-susah, duduk sahaja di Masjidil Haram di Mekah atau Masjid Nabawai di Madinah sepanjang tahun bilang buah tasbih kan senang. Pergi balik masjid, derma seriyal dua dekat budak-budak Afrika bangsa Habsyi (bukan ketua UMNO Bandar Tun Razak) yang berkeliaran menadah tangan meminta bantuan.

Kalau di Malaysia, hantar pisang sesikat dua ke masjid pada hari Jumaat atau buat kenduri sikit setelah menjemput orang masjid.

Tetapi itu bukan cara dan gaya seorang Muslim, pergi balik masjid, tak peduli apa yang berlaku kepada masyarakat sekeliling, perut sendiri kenyang tetapi orang keliling kelalang kebuluran.

"Barangsiapa yang tidak mempedulikan hal saudaranya, ia bukan dari golonganku" maksud sabda Rasulullah.

"Barangsiapa yang tidak pernah berjihad atau tidak pernah berniat untuk berjihad, sekiranya ia mati, maka mati dalam jahilliyah" maksud sabda nabi saw.

Malah ada sahabat yang mengatakan debu yang ada pada tapak kaki kuda yang digunakan untuk berjuang serta berjihad fi sabilillah adalah lebih mulia dari mereka-mereka yang duduk beribadat di masjid semata-mata. Walluhu'alam.

Pemuda Pakatan Rakyat Buat Laporan Terhadap KP SPRM


Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang berniat jahat terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini pada pukul 1.30 tengahari tadi oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainudin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Kamal Ashari.

Khairul Anuar berkata kenyataan Ahmad Said bahawa terdapat bukti kukuh untuk SPRM mendakwa Abdul Khalid berhubung dakwaan salahguna kuasa mengenai sumbangan 46 ekor lembu korban di Bandar Tun Razak dan penyenggaraan kenderaan peribadinya, berniat niat jahat dan merosakkan reputasi Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata Pemuda Pakatan Rakyat percaya kenyataan Ahmad Said itu melanggar tatacara SPRM dan undang-undang kerana mendedahkan maklumat dalam kertas siasatan kepada media sebelum pendakwaan dibuat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata laporan polis terhadap Ahmad Said akan dibuat di 36 tempat di seluruh negara.

Beliau berkata diharap dengan laporan yang banyak itu tindakan segera akan diambil oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Nor Azam Jamaluddin mengesahkan pihaknya ada menerima laporan itu.

BERNAMA

laporan sun2surf di sini

Comments :

1
roh_insan said...
on 

C mamat tempe ni sbnrnye tengah mengigau,wkt die jd mb dulu die ni mmg selalu dpt duit dr LEMBU-LEMBU die,(gelaran umno kpd tauke2 cine yg jd funder mereke)skrg ni bile TSK bgi lembu korban die teringat la yg lembu2 die dah lari,dah kene sembelih.Itu pasal yg marah sgt.

Tau tak kenape die bg penyapu kat YDP Majlis daerah,bkn ke c mamat tempe ni penah mengaku yg die dulu BUDAK SAMPAH,elok lah dibiarkan die terus menjadi sampah kpd umno n masyarakat.

Elok diasak smp kelubang jamban je c mamat tempe ni,pas tu baru die tau langit tinggi rendah.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com