Isteri MB Perak tetap berdiri di bekalang suaminya
Kira-kira jam 9.20 malam tadi satu mesyuarat khas disertai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak yang diadakan di kediaman Menteri Besar, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin selesai.
Menurut laporan wartawan Salmiyah Harun, sebaik saja keluar dari bilik mesyuarat mereka menuju ke perkarangan kediaman Menteri Besar untuk menghadiri majlis ceramah yang diadakan sebagai tanda sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
Sementara itu isteri Menteri Besar, Datin Seri Fatimah Taat berkata beliau tetap berada di belakang suaminya.
Beliau yang berbaju kurung kelihatan tenang semasa berada bersama anak-anak, ibu bapa dan kaum keluarganya di dalam kediamannya. Dengan wajah yang penuh sabar beliau menasihat kaum keluarganya bertenang.
Malah katanya, sebagai seorang isteri Menteri Besar beliau akan meneruskan tugasnya iaitu sebagai presiden isteri-isteri wakil rakyat Perak.
"Selama sebelas bulan saya melihat sokongan rakyat tidak berbelah bagi kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
Roy Rasul / harakahdaily
Thu | Feb 05, 09 | 10:40:03 pm MYT
KELUARGA NIZAR TABAH MENGHADAPI CABARAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Perjuangan... Ir Nizar
Melihat riak muka, dapat di simpulkan hati yg penuh dengan kemengan kebenaran memerintah negeri islam selama 11 bln.. Hendak di kata ertikanlagi bhw Ir memang tabah. Tiada sedikitpun riak di muka keresahan, yg ada hanya ketenangan menghadapi spekulasi... sy tahu yg penting di hati pejuang-pejuang Islam adalah Beramal Kerana ALLAH...
Hanya itulah yg dapat di dmbarkan kata-kata oleh seorang siswa Selatan.... Inilah cabaran yg mendewasakan Manusia... Mungkin suatu masa nanti akan Menjadi Pemimpin Negara dan tribulasi skrg ini adalah cabaran utk mendepani yg datang.....
Wss