Pray For MH370

Pray For MH370

MELOMPAT BAGAIKAN KATAK TIDAK WUJUD DI LEMBAH KLANG HANYA DI LEMBAH BERNAM DAN KINTA


Katak, sejenis makhluk yang boleh hidup dua alam atau bersifat amphibian memang dijadikan ALlah sangat istimewa, antara lain ia berfungsi mengekalkan keseimbangan ekosistem di tasik, lombong, parit dan di mana jua tempat yang terdapat takungan atau tadahan air.

Kitaran hidup dan juga jaringan makanan katak memang unik, sesuai dengan kejadian DNAnya. Katak dikatakan telah mendiami bumi berjuta tahun dan mampu menyesuaikan diri dalam banyak keadaan. Bukan setakat mampu melompat malah katak juga boleh terbang. TAPI INGAT, sepandai-pandai tupai (katak terbang) akhirnya jatuh ke tanah (air) juga.

Video Si Katak



Isu wakil rakyat sama ada dari kalangan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang secara tiba-tiba (dalam jangka masa seminggu dua) mengisytiharkan keluar parti A dan masuk parti B atau keluar parti C dan menjadi wakil rakyat bebas dibahasakan sebagai melompat parti. Perbuatan mereka keluar parti yang telah mengendorse, membenarkan penggunaan logo parti berkenaan serta memberi segala bentuk bantuan kepada mereka semasa pilihanraya dari aspek pertugas pilihanraya, dana, kepakaran dan sebagainya diqiyaskan sebagai " melompat ".

Agaknya perkataan melompat digunakan kerana "pentas" atau platform (wadah) diperlukan sebagai "springboard" bagi tujuan tuas (leverage) dalam mencapai lompatan yang lebih jauh atau tinggi. Jadi melompat dari parti A ke B ialah tindakan mengunakan tiket serta sumber parti A pada peringkat permulaan untuk melakukan lonjakan atau lompatan ke parti B setelah beroleh kejayaan disebabkan pertolongan parti A. Wakil rakyat bebas jarang disebut sebagai melompat jika ia memilih untuk bernaung atau menjadi ahli parti D setelah memenangi pilihanraya. Bermoral atau sebaliknya perbuatan melompat parti telah banyak dibancangakan.


Sila klik pada imej untuk dibesarkan.



















Bertempat di kediaman YAB Dato' Menteri Besar Selangor di Shah Alam, berlangsungnya satu majlis pertemuan bagi mengukuhkan pemuafakatan di kalangan Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor pada malam 12hb Feb 2009.












Sebelum ini, sebenarnya telah diadakan beberapa majlis seperti Majlis Makan Malam & Bengkel Mini Pakatan Rakyat yang telah diadakan di De palma Hotel Ampang pada 25/11/08.

Adun Kulim, Pelabuhan Klang tidak lompat - Azmin Ali

Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Mohamed Azmin Ali menafikan dua Ahli Dewan Undangan Negerinya (Adun) daripada Kulim Lim Soo Nee dan Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah telah keluar daripada pakatan itu dan menyertai Barisan Nasional(BN).

Beliau berkata spekulasi bahawa Lim akan melompat parti adalah mainan politik pihak-pihak tertentu kerana perbuatan Lim menegur Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak memang tidak menjadi masalah di dalam Pakatan Rakyat untuk kebaikan negeri tetapi telah di salah anggap oleh pihak lain sebagai satu pergeseran dan mungkin Lim akan melompat keluar parti.

"Kita kena berhati-hati sebab itu kita nasihatkan Ahli Parlimen dan Adun pastikan mereka teruskan khidmat mereka untuk rakyat kerana kita tidak ada wang, kita tidak ada sogok, kita tidak ada culik orang, kita tak ugut orang,"katanya yang dipetik daripada sebuah akhbar online.

Azmin berkata Adun dan anggota Parlimen KeADILan ada prinsip dan maruah yang akan mereka pertahankan tetapi beliau mendakwa Adun Bukit Selambau V. Arumugam yang meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu disebabkan tidak tahan dengan tekanan dan ugutan dari Umno dan BN.

Sebelum ini dalam satu sidang media Badrul Hisham menafikan yang beliau akan keluar KeADILan untuk menyertai BN sedangkan beliau masih menyokong kepimpinan Penasihatnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, khabar angin yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu itu merupakan helah mereka bagi menimbulkan kekeliruan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Saya masih menjalankan tugas sebagai Adun Pelabuhan Klang seperti biasa. Komitmen saya masih teguh dan tidak berbelah bagi kepada Parti Keadilan Rakyat dan kepimpinan Pakatan Rakyat keseluruhannya khususnya di negeri Selangor," katanya.

Azm/ Harakahdaily

Laporan Lompat parti dari sun2surf dan SINI

Comments :

2 comments to “MELOMPAT BAGAIKAN KATAK TIDAK WUJUD DI LEMBAH KLANG HANYA DI LEMBAH BERNAM DAN KINTA”
Ab Razak Hj Ahmad said...
on 

Saya agak impress dengan blog YB. Mungkin boleh diupgrade kepada laman web. Tidak seperti blog sesetengah YB yang banyak story murahan dan gambar YB buat kerja. Macam dia orang sahaja yang buat kerja. Blog YB lebih kepada analisa dan kritis.

Saya dah add blog ni to my favorite dah lama, tapi tak pernah view. Now dah jadi mcm kemestian to view your blog daily or twice daily.

Still searching your profile or saya terlepas pandang. Where can I view/ read your profile..??

Unknown said...
on 

Salam ukhuwah. Jazakumullah kerana sudi meneliti tulisan saya. Kekadang sibuk nak buat analisis. Jadi copy n paste saja berita yang signifikan.

Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi seperti saudara, ada yang mminta biodata, kalau minta kerja dah siap resume' awal-awal lagi.

Sekadar sepintas lalu mengenai "saudaramu dalam Islam" di

http://drhalimahali.blogspot.com/2008/02/secebis-mengenai-diri-saya.html

Terima kasih.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com