Pray For MH370

Pray For MH370

GUBAL AKTA ANTI CULIK BUKAN ANTI LOMPAT ATAU ANTI LETAK JAWATAN

Insiden wakil Rakyat diculik atau dikurung kerap berlaku di negara ini bagi tujuan politik.

Keselamatan wakil rakyat atau calon pilihanraya kerap terancam. Keselamatan mereka nampaknya adalah tanggungjawab mereka dan aspek keselamatan merupakan initiatif sendiri.

Nik Aziz cadang gubal akta anti culik wakil rakyat


Kerajaan dicadang mengubal akta anti culik bagi memastikan tiada wakil rakyat 'dilari dan disembunyikan' lagi pada masa hadapan sehingga boleh meruntuhkan sebuah kerajaan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, akta seumpama itu lebih perlu berbanding akta bagi menghalang wakil rakyat meletak jawatan seperti dicadangkan ramai pemimpin Umno.

"Mana baik meletak jawatan secara terhormat atau menculik wakil rakyat dan kemudian memaksa mereka menyokong parti tertentu sehingga menyebabkan sebuah kerajaan tumbang.

"Itulah realiti yang berlaku di Perak sekarang sehingga kerajaan Pakatan Rakyat tumbang melalui rampasan kuasa. Kalau ada akta anti culik sudah perkara seperti itu tidak berlaku," katanya ketika dihubungi di Makkah hari ini.

Pada Febuari lalu tiga bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak 'diculik' dan kemudian muncul bersama Dato' Seri Najib Razak di Putrajaya dengan membuat kenyataan menyokong BN.

Mursyidul Am PAS itu mempersoalkan mengapa pemimpin Umno sibuk sangat dengan cadangan undang-undang anti meletak jawatan sedangkan peraturan anti culik lebih penting.

Sebelum ini pemimpin Umno mencadangkan diwujudkan satu mekanisme dari segi penggubalan undang-undang atau badan pemantauan bagi mengelak wakil rakyat meletak jawatan sewenang-wenangnya.

Ketua Puteri Umno, Dato' Rosnah Abdul Rashid Shirlin dilaporkan berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan berlakunya pilihan raya kecil yang semakin kerap diadakan akhir-akhir ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, taraf Umno sekarang seumpama wakil rakyat Bebas apabila belum memutuskan sama ada mahu bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil Penanti, 31 Mei depan.

"Umno memiliki kerajaan yang besar tetapi sikap pemimpin mereka seperti wakil rakyat Bebas kerana belum pasti hendak bertanding atau tidak," katanya.

Baru-baru ini Perdana Menteri menyebut BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihan raya kecil di Dun Penanti atau sebaliknya.

Pilihan raya kecil tersebut akan diadakan 31 Mei depan ekoran perletakan jawatan Mohamad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Menteri Besar bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak berada di Makkah bagi mengerjakan umrah lebih seminggu lalu. Keadaannya sihat dan dapat mengerjakan umrah dengan baik.

Beliau juga turut menyampaikan salam kepada seluruh rakyat Malaysia dan mendoakannya supaya dapat melakukan ibadat dengan sempurna dan selamat kembali ke tanah air.

Lanjusoh/harakahdaily

Comments :

0 comments to “GUBAL AKTA ANTI CULIK BUKAN ANTI LOMPAT ATAU ANTI LETAK JAWATAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com