Pray For MH370

Pray For MH370

KALIMAH ALLAH JADI REBUTAN MAHKAMAH TENTUKAN (DWIBAHASA)

Antara 9 deklarasi yang dituntut dari mahkamah oleh Gereja Katolik Kuala Lumpur ialah "Bahawa perkataan Allah bukan eksklusif kepada agama Islam".


Mahkamah Beri Kebenaran Untuk Semak Perkataan Allah Dalam Herald



Ketua Biskop Gereja Katolik Kuala Lumpur diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk memohon membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penggunaan kalimah Allah dalam majalah 'Herald Catholic Weekly'.

Ketua Biskop Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam (foto kiri ) juga diberi kebenaran untuk memohon mendapatkan sembilan deklarasi termasuk mengisytiharkan bahawa keputusan KDN dan kerajaan Malaysia adalah tidak sah dan di luar bidang kuasa (ultra vires) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Peguamnya S. Selvarajah memberitahu pemberita di sini bahawa Hakim Lau Bee Lan memberi kebenaran tersebut di kamar mengikut Perintah 53 Peraturan-Peraturan Mahkamah Tinggi.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang bertindak bagi pihak responden iaitu KDN dan kerajaan Malaysia tidak membantah kebenaran permohonan tersebut.

Hakim Lau juga menetapkan 28 Mei ini untuk mendengar permohonan menangguhkan keputusan larangan KDN itu.

Pada 16 Feb lepas, Murphy, sebagai penerbit Herald, memfailkan permohonan semakan kehakiman (undang-undang) bagi membatalkan keputusan responden bertarikh 7 Jan 2009 dan permit penerbitan pemohon bagi tempoh 1 Jan 2009 hingga 31 Dis 2009 tertakluk kepada syarat bahawa beliau dilarang menggunakan perkataan Allah dalam Herald.

Tujuh deklarasi lain yang dituntut ialah:

1. Pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah dalam Herald dalam melaksanakan haknya bahawa agama lain selain agama Islam mungkin mengamalkan ajaran agama secara aman.

2. Bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan perkataan Allah dalam Herald.

3. Bahawa pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan itu dalam menunaikan haknya kepada kebebasan bersuara dan meluangkan pandangan.

4. Bahawa pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah dalam Herald dengan melaksanakan hak kebebasan beragama termasuk hak mengurus hal ehwal agama sendiri.

5. Bahawa pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah dalam Herald dengan melaksanakan haknya berkaitan pendidikan penganut Katolik dalam agama Kristian.

6. Bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan perkataan Allah dalam Herald.

7. Bahawa perkataan Allah bukan eksklusif kepada agama Islam.

-- BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------------
Court grants leave to review word "Allah" in Herald


KUALA LUMPUR (April 24, 2009) : The Archbishop of Kuala Lumpur was given leave by the High Court here today to quash the Home Ministry's decision prohibiting the use of the word "Allah" in the Herald Catholic Weekly.

Archbishop Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam was also granted leave to apply for nine declarations, including to declare that the decision of Home Ministry and the government of Malaysia was illegal and ultra vires the Printing Presses and Publications Act 1984.

His counsel, S.Selvarajah, told reporters that Justice Lau Bee Lan granted the leave under Order 53 of the Rules of the High Court in chambers.

Senior federal counsel Suzana Atan, for the ministry and government, did not object to the application.

Lau also fixed May 28 to hear the application for a stay of the Home Ministry's decision.

On Feb 16, this year, Pakiam, as publisher of the Herald, filed for a judicial review to quash the decision of the respondents dated Jan 7, 2009 that the applicant's publication permit for the period Jan 1, 2009 until Dec 31, 2009, is subject to the condition that he be prohibited from using the word "Allah" in the Herald.

The other seven declarations sought are:
>> That the applicant has the constitutional right to use the word "Allah" in the Herald in the exercise of his right that other religions other than Islam may be practised in peace.

>> That Article 3(1) of the Federal Constitution does not empower the respondents to prohibit the applicant from using the word "Allah" in the Herald.

>> That the applicant has the constitutional right to use the word "Allah" in the weekly in the exercise of his right to freedom of speech and expression.

>> That the applicant has the constitutional right to use the word "Allah" in the Herald in the exercise of his freedom of religion which includes the right to manage its own religious affairs.

>> That the applicant has the constitutional right to use the word "Allah" in the Herald in the exercise his right in respect of education of the Catholic congregation in the Christian religion.

>> That the Printing Presses and Publications Act 1984 does not authorise the respondents to prohibit the applicant from using the word "Allah" in the Herald and

>> That the word "Allah" is not exclusive to the religion of Islam.

BERNAMA/sun2surf

Comments :

0 comments to “KALIMAH ALLAH JADI REBUTAN MAHKAMAH TENTUKAN (DWIBAHASA)”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    2 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com