Pray For MH370

Pray For MH370

SUMBANGAN DAN PENGORBANAN PEKERJA DIIKTIRAF

Antara initiatif kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam usaha membantu para pekerja serta kakaitangan awam:

1.
Menaikkan garis kemiskinan daripada RM800 kepada RM1500 bagi setiap keluarga bagi tujuan memastikan golongan pekerja berpendapatan rendah dapat menikmati pelbagai program kebajikan dan bantuan.

2. Menambah kelayakan cuti bersalin daripada 60 hari pada 90 hari manakala suami yang isterinya bersalin dapat menikmati cuti sebanyak 14 hari.

3.Bagi isteri yang kematian suami dapat menikmati cuti kecemasan sehingga 30 hari dan bergaji penuh berbanding kelayakan cuti tiga hari sebelum ini.

4. Menubuhkan Jawatankuasa Menangani Masalah Pemberhentian Pekerja serta bantuan atas talian bagi tujuan pendaftaran dan pangkalan data.

MB Selangor kenang jasa pekerja


Sempena hari Pekerja, kerajaan negeri Selangor mengucapkan syabas dan Selamat Hari Pekerja kepada semua golongan pekerja khususnya di negeri Selangor kerana sumbangan mereka dalam pembinaan negeri selama ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah memperkenalkan dasar baharu bagi menambah baik syarat dan faedah dalam perkhidmatan pekerja bagi memastikan kebajikan mereka tidak diabaikan.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah menaikkan garis kemiskinan daripada RM800 kepada RM1500 bagi setiap keluarga bagi tujuan memastikan golongan pekerja berpendapatan rendah dapat menikmati pelbagai program kebajikan dan bantuan.

Kerajaan negeri juga telah menambah kelayakan cuti bersalin daripada 60 hari pada 90 hari manakala suami yang isterinya bersalin dapat menikmati cuti sebanyak 14 hari.

"Bagi isteri yang kematian suami dapat menikmati cuti kecemasan sehingga 30 hari dan bergaji penuh berbanding kelayakan cuti tiga hari sebelum ini," katanya.

Beliau berharap rakan-rakan majikan dalam sektor swasta bersedia memberi pertimbangan dalam hal mengubah dasar sebagaimana yang kerajaan amalkan dimana dasar kerajaan negeri sekarang selari dengan amalan di negara maju.

Menurut beliau ekoran negara dilanda kemelesetan ekonomi mungkin akan memberi kesan kepada pasaran pekerjaan.

Bagaimanapun, katanya, negeri Selangor mampu mengharungi keadaan ekonomi ini lantaran asas ekonomi negeri Selangor masih kuat dan pentadbiran Pakatan Rakyat cepat memberikan tindak balas terhadap pelbagai cabaran menerusi Jawatankuasa Menangani Masalah Pemberhentian Pekerja.

Menurut beliau, selagi dunia menghadapi kemelesetan ekonomi kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha membina kumpulan tenaga pekerja yang berdaya saing.

"Kita mesti sama-sama bekerja untuk memperkukuhkan kekuatan ekonomi negeri kita, dalam masa yang sama meningkatkan kemahiran tenaga pekerja, daya pengeluaran dan menyeimbangi ketahanan dalaman," tegasnya.

Beliau berkata, usaha seumpama itu penting dilakukan supaya negeri Selangor bukan sahaja dapat bertahan dalam keadaan kegawatan ekonomi tetapi terus kukuh semasa peningkatan ekonomi global kelak.

SH/harakahdaily

Comments :

0 comments to “SUMBANGAN DAN PENGORBANAN PEKERJA DIIKTIRAF”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com