Pray For MH370

Pray For MH370

SULTAN SELANGOR AKAN JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI USA

Sultan Selangor akan menjalani pembedahan jantung di Stanford University Medical Centre, Palo Alto, San Fransisco, California pada 2 mei 2009.

Jabatan Agama Islam Selangor telah diarahkan agar mendapatkan kerjasama daripada jawatankuasa masjid dan surau-surau di seluruh negeri Selangor bagi mengadakan bacaan Yassin dan doa selamat pada hari Khamis malam Jumaat.

Seterusnya didirikan Solat Hajat selepas Solat Jumaat di masjid-masjid seluruh Selangor sepanjang tempoh rawatan baginda di hospital selama 3 minggu.

Sultan Selangor Ke Amerika Syarikat Jalani Pembedahan Jantung


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berangkat ke Amerika Syarikat bagi menjalani pembedahan jantung di Stanford University Medical Centre, Palo Alto, San Fransisco, California.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud berkata baginda dijangka menjalani pembedahan itu pada 2 Mei dan akan menerima rawatan di hospital berkenaan selama tiga minggu.

"Semalam baginda berlepas ke Singapura dan pukul 9 pagi ini baginda berangkat ke San Fransisco dari Singapura dengan menaiki Singapore Airlines.

"Doktor yang bertanggungjawab di Stanford University Medical Centre ialah Cardiothoracic Surgery, Profesor Dr Alan Yeung dan Mitral Valve Specialist, Profesor Dr Craig Miller," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani.

Ramli berkata keberangkatan baginda ke Amerika Syarikat diiringi adinda baginda, Tengku Indera Setia Selangor Tengku Ahmad Shah, doktor pakar dari Sime Darby Medical Centre Subang Jaya Datuk Dr Anuar Masduki, Ahli Dewan di-Raja Selangor Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir, Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada baginda Datuk Zakaria Abd. Rahman dan dua sahabat baginda.

Beliau berkata pembedahan itu adalah yang pertama dilakukan baginda dan ia dijangka mengambil masa kira-kira enam jam.

Justeru, katanya baginda meminta supaya rakyat Selangor khususnya tidak berasa bimbang dan mendoakan agar pembedahan baginda berjalan lancar dan berjaya seterusnya dapat menjalankan tugas-tugas baginda seperti biasa.

"Saya turut meminta pihak Jabatan Agama Islam Selangor supaya mendapatkan kerjasama daripada jawatankuasa masjid dan surau-surau di seluruh negeri Selangor agar dapat mengadakan bacaan Yassin dan doa selamat pada hari Khamis malam Jumaat seterusnya mengadakan Solat Hajat selepas Solat Jumaat di masjid-masjid seluruh Selangor sepanjang tempoh rawatan baginda di hospital," katanya.

Ditanya samada terdapat wakil yang akan mengambil alih tugas baginda sepanjang ketiadaan baginda, Ramli berkata: "Tidak perlu kerana pelantikan regent (pemangku raja) hanya dibuat apabila baginda berada di luar negara lebih dari 30 hari".

BERNAMA

Comments :

1
Unknown said...
on 

Semoga selamat menjalani perbedahan dan selamat kembali ke tanah air , Selangor Darul Ehsan.
Sudah sampai masanya sekiranya Tuanku kembali dari perbedahan tu nanti...Sihat dan Selamat...
Memikirkan untuk mencari teman yg bernama Permaisuri..Janggal lah tuanku dok sorang2 tak berbini...
Moga tuanku baik2 dan dibukakan pintu hati ..InsyaAllah

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com