Dalam ISU JETI AWAM PULAU KETAM yang tenggelam, MCA serta JKKKP telah menganjurkan satu tunjuk perasaan dengan membawa penduduk Pulau Ketam dan Sg Lima ke Pelabuhan Klang.
Kes kedua: Setiausaha MCA Sungai Besar mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalihkan wang sumbangan Skim Mesra Usia Emas kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai penyelewegan
kuasa. Kes Ketiga: Sila lihat Video.
Setiausaha MCA cuba mengelirukan rakyat
Kerajaan Negeri Selangor kesal dengan tindakan Setiausaha MCA Sungai Besar yang mendakwa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba mengelirukan masyarakat berkenaan pemberian wang sumbangan Skim Mesra Usia Emas.
Dakwaan itu dilaporkan dalam Guangming Daily, 3 Julai yang mendakwa Menteri Besar mengalihkan wang sumbangan Skim Mesra Usia Emas kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai penyelewegan kuasa.
Sehubungan itu, Tan Sri Khalid menegaskan dakwaan Setiausaha MCA itu memperlihatkan beliau tidak langsung menyemak fakta sebelum sebarang tuduhan dilakukan.
Katanya, ini kerana sesiapa yang lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 februari 1974 dan sedang menetap di Selangor atau Kuala Lumpur adalah layak mendaftar sebagai ahli Skim Mesra Usia Emas.
Beliau berkata, syarat kelayakan lain yang membolehkan seseorang warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai ahli SMUE adalah lahir dan sedang menetap di Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.
Menurut beliau, skim tersebut merupakan skim khairat kematian bagi membantu keluarga warga emas yang layak dan berdaftar telah meninggal dunia maka adalah tidak wajar untuk memberi sumbangan RM1000 sebaik selepas tarikh pendaftaran sebagaimana yang dicadangkan oleh ahli MCA itu bagi tujuan pelancongan atau perbelanjaan.
Berhubung kes 1000 borang permohonan ditolak katanya pihak urusetia yang mengendalikan skim itu Rantaian Mesra sdn bhd mengesahkan tidak berlaku kes tersebut kerana urusetia tidak berhak menolak permohonan itu tetapi hanya memproses borang permohanan yang dihantar dari Pusat Khidmat Dun.
"Mereka yang layak akan didaftarkan terus dan borang yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada Pusat Khidmat Dun untuk urusan mendapatkan dokumen lengkap," katanya.
Skim itu disasarkan kepada semua yang layak dan berdaftar tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama.
Justeru, kerajaan negeri berharap parti pembangkang mengetepikan perbezaan politik dan tidak melakukan tuduhan yang tidak berasas sebaliknya membantu menjayakan program itu demi kebaikan dan kebajikan seluruh rakyat Selangor.
SH/harakahdaily
Pig abattoir demolition reveals PAS' true colours
KUALA LUMPUR (2 July, 2009): MCA spokesman and central committee member Lee Wei Kiat strongly lashed out at PAS’ action of demolishing the pig abattoir in Kedah, saying it reflects that the party misled voters in the general elections last year. He said the party's slogan, "PAS for all" was only ploy to canvass for votes.
He also urged the Chinese community to stand together with the Chinese in Kedah to strongly protest against the extreme action taken by the PAS-led government in Kedah.
Lee, who is also the MCA Information and Communication Bureau chairman, claimed that since coming to power in Kedah, the PAS government has showed disdain for the feelings of the Chinese community in the state by demolishing the sole pig abattoir in Kedah. This is an act that betrayed the trust of the people, he said in a statement released today.
Wei Kiat also criticised the helpless position of DAP which is part of the Pakatan Rakyat state government, saying, "not only has DAP failed to prevent the pig abattoir from being demolished by PAS but they are also acting like the Opposition party in the state by protesting against the act of the PAS government."
DAP’s action failed to provide solutions in helping to resolve the existing problem, he claimed.
Lee also dismissed Kedah DAP's pullout from the state government, claiming it was a political gimmick.
"If DAP really wanted to oppose the action taken by PAS, the whole party should withdraw from the Pakatan Rakyat utterly including Penang and Selangor DAP," Wei Kiat pressed.
VIDEO DIHANTAR OLEH MCA (menurut Malaysiakini)
MCA MULA MAIN PERANAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment