Pray For MH370

Pray For MH370

PENDIDIKAN ISLAM PERLU PENILAIAN SEMULA

Khalid Sokong Usaha Nilai Semula Sistem Pendidikan Islam

SHAH ALAM, 11 Julai - Kerajaan negeri memberi sokongan penuh kepada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) bagi menilai kembali keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan di negara ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata, penilaian ini penting bagi mewujudkan kesedaran terhadap sistem pendidikan Islam yang dipandang sepi dalam pembentukan institusi masyarakat Malaysia.

Tan Sri Khalid berkata demikian selepas merasmikan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara atau Ko-SPIN 2009 di Auditorium Muzium Shah Alam, pagi tadi.

Menurut beliau, usaha ini bertujuan menggalakan mahasiswa saling bertukar fikiran serta mencari jalan agar islam mudah difahami oleh semua masyarakat

Turut hadir Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali, Penasihat Ko-Spin, Dr Abu Hassan Hasbullah, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir dan Presiden Gamis, Mohd Dzul Khairi Mohd Nor.

Kongres ini yang turut mendapat kerjasama Persatuan Ulama Malaysia dan Pejabat Mufti Negeri Perak, menjadi titik permulaan bagi membangkitkan kesedaran dan mengangkat martabat pengajian Pendidikan Islam di negara ini.

Kongres ini disertai hampir 300 orang, terdiri daripada ulama, golongan intelek, pegawai agama, penyelidik, anggota pertubuhan-pertubuhan gerakan Islam dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

-SHAKIRA BUANG (TVSELANGOR)

Comments :

0 comments to “PENDIDIKAN ISLAM PERLU PENILAIAN SEMULA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com