Pray For MH370

Pray For MH370

RASUAH POLITIK DARJAH PERTAMA

TPM: Undi BN dapat jambatan baru

Jul 12, 09

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.

Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.

Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.

Kejutan PAS esok

Menurut penduduk kampung, jambatan sekarang dibina kerajaan pusat pada awal tahun 90-an dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Kosnya dipercayai hampir RM5 juta.

Mengulas lanjut rancangannya itu, Muhyiddin berjanji akan membina jambatan baru itu sejurus sahaja Tuan Aziz menang dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini.

"Saudara jadi saksi, saya akan bangunkan jambatan itu selesai saja kita menang dalam pilihanraya pada 14 haribulan ini," katanya.

Pengumuman Muhyiddin mengenai jambatan baru itu dibuat selepas diwar-warkan beliau akan membuat pengumuman penting petang ini.

Dalam ucapannya itu, Muhyidin turut berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai model "anak emas" kerajaan pusat, dengan menjadikannnya pusat "agropolitan" bagi memajukan penghasilan hasil taninya.

Daripada lebih 12,000 pengundi di Manek Urai, sebahagian besar mereka bergantung rezeki kepada sumber pertanian, terutamanya menoreh getah.

Esok, PAS pula dijadual membuat "kejutan besar" mereka. Kedua-dua tindakan tersebut dilihat sebagai "modal terakhir" kedua-dua pihak bagi memenangkan calon masing-masing

Jimadie Shah Othman/malaysiakini

Comments :

2 comments to “RASUAH POLITIK DARJAH PERTAMA”
Man Ysf said...
on 

Assalamualaikum Dr.,
Saya nak mencelah sket la pasal air percuma kat Selangor ni...Bukan ape jiran dpan rumah saya ni pagi basuh porch, tghari basuh porch, ptg basuh porch, mlm basuh porch, tgh mlm (10-11 mlm) pun kekadang dok bunyi basuh porch...Brgkali kena buat rate ikut band la...yang asas tu (RM 11 pertama percuma) kita teruskan tapi kalu pakai lebih lebih tu rate kasi skewed sket.. nak elak org membazir.

Anonymous said...
on 

17 Julai, 2009 21:18 PM

Pemuda PAS Kelantan Buat Laporan Polis Terhadap BN

KUALA KRAI, 17 Julai (Bernama) -- Dewan Pemuda PAS Kelantan Jumaat membuat laporan polis terhadap Barisan Nasional (BN) mendakwa parti itu memberikan sogokan wang pada hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Selasa lepas.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai, Mahadi Mat Zin bersama-sama Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Hisyam Fauzi yang juga seorang peguam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, di sini, pada 11.20 pagi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman yang turut mengiringi Mahadi berkata laporan dibuat supaya polis menyiasat kejadian sogokan wang yang didakwanya oleh BN di sebuah rumah kayu dalam premis Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), dekat Peria, 14 Julai lalu.

Bercakap kepada pemberita selepas laporan itu dibuat, Abdul Latiff berkata, pihaknya juga akan membuat laporan dan menyerahkan semua bukti berhubung kejadian itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



-- BERNAMA

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com