Krisis dalaman MCA kian meruncing, siapa yang berada di pihak yang benar dan siapa yang harus dipersalahkan. Adakah di sana masih ada opsyen bagi MCA serta ahlinya????
Ka Siong, Mei Fun rayu perwakilan hadir EGM
Dalam keadaan sebak, Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun merayu kepada semua perwakilan parti itu supaya menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 28 November ini untuk mendesak supaya diadakan pemilihan baru parti.
Bercakap dalam sidang akhbar sejurus selepas mereka digugurkan dari majlis presiden MCA, mereka berkata, kehadiran penuh perwakilan di EGM tersebut adalah penting untuk memulihkan demokrasi dalam parti itu.
Sidang akhbar itu bermula dengan naib presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata hati kumpulan tersebut 'terluka' ekoran pengguguran sembilan anggota majlis tersebut.
Beliau menyifatkan tindakan MCA 'membuang" ketua Pemuda dan Wanitanya sebagai satu tindakan yang tidak boleh dimaafkan lagi.
Liow mendakwa presiden memilih orangnya sendiri dan menyingkirkan mereka yang tidak sehaluan dengannya, supaya beliau mempunyai kuasa mutlak dalam majlis presiden.
Berikutan itu, beliau menggesa semua perwakilan MCA supaya 'bangun" dan beramai-ramai datang menghadiri EGM 28 November ini untuk meluluskan resolusinya.
Katanya, ini adalah masanya untuk mereka membuat keputusan bagi membawa perubahan demi kebaikan parti.
MCA, katanya, mesti mengembalikan politik nilai dan mempertahankan prinsip-prinsip demokrasi.
Liow yang kelihatan tegas tetapi tenang, dapat menguasai dirinya dan tidak menangis.
Sebelum ini, jawatankuasa pusat MCA telah mengundi menolak EGM tersebut yang diusahakan oleh penyokong Liow.
Andrew Ong/Malaysiakini
GILIRAN KETUA PEMUDA DAN WANITANYA DIPECAT
Labels:
Barisan NASIONAL,
MCA,
Pemilihan MCA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment