Pray For MH370

Pray For MH370

JARINGAN PARA AHLI STRATEGI: SUATU YANG HARUS DIFIKIRKAN

Terdapat banyak definisi yang sering kita jumpai dalam buku teks, jurnal atau kamus merujuk kepada perkataan "STRATEGI". Kebanyakan kamus terkemuka akan memberitahu bahawa perkataan "strategi" adalah berasal dari bahasa Greek. (strategia bermaksud mempunyai kuasa memerintah tentera, stratos maknanya tentera dan agein ialah mengepalai atau mengetuai). Dari itu perkataan strategi mempunyai asal usul ketenteraan dan merupakan seni serta sains menguruskan kempen ketenteraan atau mengatur bala tentera untuk berperang.

Istilah ''strategi" dikatakan telah mula digunapakai dalam bidang perniagaan dan pengurusan selepas Perang Dunia Kedua. Dalam satu kuliah, pensyarah ada menyebut istilah "strategi" boleh diertikan kepada 5P's iaitu, Plan, Ploy, Perspective, Pattern of Behaviour, Position with respect to others. Dengan kata lain, strategi merupakan gabungan pelan, tipu helah, pandangan, pola gelagat atau perangai dan kedudukan nisbah kepada orang lain. Istilah yang sering kita keliru dengan strategi ialah taktik. Dalam peperangan, strategi merupakan pelan keseluruhan kempen sebelum peperangan di medan perang. Taktik pula merujuk kepada pergerakan sebenar dan tindakan yang khusus untuk memenangi satu pertempuran. Jadi taktik boleh dianggap sebagai substrategi atau strategi peringkat operasi.

Di Malaysia, kita sungguh bertuah mempunyai beberapa institusi yang mempunyai visi dan misi antara lain memperkasakan dan mengukuhkan kedudukan ekonomi negara. Contohnya, kita ada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, ISIS atau Institut Kajian Strategik Antarabangsa, MIER atau Malaysian Institut Of Economic Research, Malaysian Strategic Research Centre (MSRC) yang CEOnya ialah Sdr Razak Baginda dan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS). Sebagai bahan untuk berfikir dan mengkaji, sila teruskan membaca..

ISIS mahu jadi kumpulan pemikir utama kerajaan

Oleh Saufi Hamzah

Sumber Berita Harian online

KUALA LUMPUR: Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) akan terus bekerja untuk kerajaan termasuk dengan memberi pelbagai pandangan dan idea berkaitan dasar luar negara ini.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan, berkata ISIS akan terus relevan sebagai kumpulan pemikir kepada kerajaan untuk tempoh 25 tahun akan datang bagi memastikan dasar luar Malaysia selari dengan keadaan global.

"Saya berharap ISIS akan menjadi kumpulan pemikir nombor satu untuk kerajaan dan negara ini. Kita juga akan terus menjalin kerjasama dengan memberikan idea dan cadangan konstruktif membabitkan dasar kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-25 ISIS di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir pada majlis itu dan turut menyempurnakan upacara memotong kek.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir, Setiausaha Agung Asean, Dr Surin Pitsuwan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican.

ISIS yang ditubuhkan pada 8 April 1983 memberi tumpuan kepada lima aspek utama iaitu hal ehwal pertahanan, keselamatan dan luar negeri, hal ehwal ekonomi dalam negeri dan antarabangsa, pembangunan negara bangsa, sains, teknologi, industri, tenaga dan sumber asli serta kerjasama persefahaman antarabangsa.

Sementara itu, Surin dalam ucapannya, berkata Asean perlu bersedia untuk kumpulan bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa Taufan Nargis di Myanmar.

Katanya, Asean harus melakukan sesuatu sesuai dengan usianya kini yang sudah 40 tahun sambil mengetepikan segala keraguan dan syak wasangka semasa mereka.

"Masyarakat dunia kini melihat sama ada Asean berupaya melakukan sesuatu untuk membantu mangsa taufan itu. Asean juga perlu membuka pintu untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada Myanmar," katanya.

Sambil itu, katanya, Myanmar tidak boleh terus mengamalkan dasar tutup pintunya sehingga menyekat bantuan luar yang akhirnya memberi kesan buruk kepada rakyatnya.

Surin turut bersetuju dengan pandangan Abdullah supaya Asean memainkan peranan yang lebih untuk membantu mangsa Taufan Nargis.


Petikan Ucapan DR M di


Oleh/By: :DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue:DEWAN RAKYAT
Tarikh/Date:19/03/86
Tajuk/Title :MENJAWAB PERKARA-PERKARA YANG DIBANGKITKAN MENGENAI JABATAN PERDANA MENTERI KETIKA PERBAHASAN ATAS TITAH DIRAJA (1986)


32. Berhubung dengan kegiatan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Ulu Muda, sukalah saya menjelaskan bahawa ISIS telah ditubuhkan pada 8hb April, 1983, untuk memberi idea-idea dan pandangan kedua mengenai isu-isu semasa yang penting dan berkaitan dengan dasar-dasar Kerajaan. Selaras dengan tujuan tersebut, ISIS telah mengaturkan beberapa kegiatan yang meliputi persidangan kolokium, forum, perbincangan umum dan lain-lain bentuk penyelidikan yang berkaitan dengan kepentingan nasional. Suka saya memaklumkan bahawa hal-hal berkaitan dengan ekonomi sememangnya menjadi satu perkara yang diberi perhatian oleh ISIS. Adalah menjadi amalan ISIS untuk mengemukakan hasil-hasil kajian kepada Kerajaan dari masa ke semasa.


Dikutip dari
Si Bongkok Tanjung Puteri

HUBUNGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 5 DENGAN ANGGOTA KELUARGA TERDEKAT DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KESELAMATAN/KEDAULATAN NEGARA

Hubungkait antara ISIS, AHMAD ZAKI ZAHID, ADELAN BENAN OMAR,
Booz Allen Hamilton Consultancy, KUMPULAN TEMASEK, HDC, DAN LAIN-LAIN
Sila lihat

http://myspace.com/bildenberg
http://veil-open.blogspot.com

Comments :

0 comments to “JARINGAN PARA AHLI STRATEGI: SUATU YANG HARUS DIFIKIRKAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com