Pray For MH370

Pray For MH370

MB SELANGOR BERSAMA SSM SEMPENA 100 HARI PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat Diberi Amanah Tadbir Negeri Sebaik-baiknya - MB SELANGOR


SUARA SELANGOR MAJU

Noor Allia Kassim & Fotogarfi Ar Rohim Ahmad

Pentadbiran baru kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat bakal menyambut hari ke-100 pemerintahannya 20hb Jun 2008.


Dalam satu wawancara khas bersempena dengan sambutan itu, Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bercakap panjang lebar mengenai pencapaian Pakatan Rakyat, dasar-dasar kerajaan negeri dan persekutuan, juga rancangan masa depan Selangor.

Ikuti temubual beliau bersama media cetak dan elektronik di kediaman rasmi di Bukit Megawati pada 14 Jun lalu.

khalid100hariintvw_000


Bagaimana Tan Sri lihat penilaian terhadap kerajaan negeri dalam tempoh 100 hari ini?

Saya rasa kalau pengundi Selangor menilai kita dia harus menilai melalui tiga perkara, satu ialah menilai dari segi prinsip bagaimana kita mentadbir negeri Selangor. Asas dan prinsip pentadbiran negeri Selangor.

Kedua ialah mengenai pelaksanaan yang telah dilakukan. Ketiga ialah menilai tentang rancangan-rancangan kebajikan yang akan diberikan pada masa hadapan.

Prinsip yang pertama ialah ini satu prinsip yang membezakan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Pakatan Rakyat berpendapat bahawa kemenangan mereka untuk memenangi pilihan raya dan menguasai negeri Selangor bukan akhir. Itu bukan satu akhir. Maknanya akhirnya begini. Sebab rakyat membagi mandat, hanya membagi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah atau pun menguruskan negeri Selangor dengan sebaik-baiknya.

Bukan dia memberi mandat untuk menguasai kerajaan, lepas itu boleh membuat apa yang difikirkan baik untuk rakyat. Itu ada perbezaan. Jadi Pakatan Rakyat berpendapat menguasai kerajaan bukan maknanya, kerajaan sekarang berkuasa ke atas segala-galanya untuk rakyat. Maknanya dia boleh buat apa-apa sebab rakyat dah pilih dia.

Dia boleh buat apa-apa, tapi Pakatan Rakyat tidak. Pakatan Rakyat kata yang diberi oleh mandat oleh rakyat ialah pengurusan saja. Harta-harta negeri ini mesti juga diambil kira untuk dipulangkan balik kepada rakyat. Jadi itu bezanya, orang tak nampak perbezaannya. Tapi kalau kita perhatikan betul-betul, bezanya jelas. Maknanya, rakyat hanya membagi amanah kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri dengan sebaik-baiknya.

Rakyat tidak pernah ingin memberi kuasa kepada mana-mana parti politik bila dia dapat menguasai negara atau negeri dan sekarang rakyat terpaksa mendengar cakap kerajaan sebab kerajaanlah yang paling kuat sekali dalam hal itu. Jadi itu bezanya.

Jadi daripada segi itu apabila kita melakukan apa-apa polisi, kita juga mesti memikirkan adakah hak rakyat itu terjaga. Umpamanya penswastaan. Penswastaan air ke, penswastaan sampah ke, atau pun penswastaan jalan raya ke, jadi daripada segi itu walaupun kerajaan kata penswastaan itu perlu dilakukan, tapi kerajaan hanya sebagai pengurus memikirkan apakah penswastaan ini memberi kebaikan yang sebaik-baiknya kepada rakyat. Jadi caranya dia mesti kira apa pengusaha dapat, apa kerajaan dapat, apa rakyat dapat.

Tapi buat masa sekarang, dia hanya fikirkan dua saja, kerajaan dapat dan juga pengusaha dapat. Kerajaan ni dah jadi yang mewakili rakyat dia jadi taukeh. Jadi apa dia cakap pun rakyat akan ikut. Jadi yang sebenarnya ini tak berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh air percuma. Air percuma ini sebab kita fikir rakyat mempunyai hak kepada air. Pada awalnya, kita sudah mengetahui pada awalnya semua kemudahan asas adalah dikendalikan oleh kerajaan dan diberi kepada masyarakat dengan percuma.

Sebelum ada penswastaan, air adalah percuma untuk masyarakat. Tapi oleh kerana dalam penswastaan mengatakan oleh kerana pentadbiran kerajaan mengenai air tidak efisien, tidak cekap, tidak cukup wang, semua dah kata, lepas itu lebih baik kita swastakan. Itu sebab...tapi bila diswastakan dia tak ambil kira bila swastakan, rakyat kena bayar.

Bukan swasta itu percuma, rakyat kena bayar, tapi adakah bayaran yang dibayar oleh rakyat itu sama ganjarannya dengan penswastaan. Rakyat bukan tidak mahu nak bayar...dulu pada awalnya dapat percuma, lepas tu (bila) swasta dia kena bayar. Tapi rakyat kata dia boleh bayar tapi bayaran tu mestilah bersesuaian dengan sumbangan yang diberi oleh penswastaan.

Saya telah mengkaji bahawa sumbangan yang diberi oleh penswastaan dan hasil kepada pengusaha, kepada penswastaan adalah berat sebelah. Berat sebelah maknanya, keuntungan terlalu banyak kepada penswastaan dan dengan dihasilkan, rakyat kena membayar air dengan harga yang tinggi.

khalid100hariintvw_001


Jadi oleh sebab itu kita telah memikirkan sebagai satu insentif untuk rakyat menerima penswastaan itu sudah tentulah kita kena bagi air percuma. Hanya 20 meter padu kepada rakyat. Jadi konsepnya itu berbeza. Serupa juga saya nak terangkan dengan konsep minyak. Minyak yang sekarang harganya dinaikkan.

Bila kerajaan Barisan Nasional berkuasa, dia berkuasa pada kerajaan. Dia boleh tentukan nak bagi subsidi minyak atau tak bagi, itu kerajaan punya kuasa. Tapi jawapan yang sebenarnya siapa yang sepatutnya memiliki minyak itu. Kalau jawapannya kerajaan, itu sebab you boleh berkuasa buat apa-apa. Tapi kalau jawapannya rakyat, you akan tanya pada rakyat apa yang you hendak hasil daripada minyak.

Adakah rakyat kata 'bagilah...tariklah subsidi cajlah kita 48 peratus ke 100 peratus ke, cajlah sebab rakyat dah setuju nak'. Itu yang belum dibincangkan. Adakah rakyat bersetuju supaya hasil minyak ini tak payah diberikan kebaikannya kepada rakyat? tak payah? Itu konsep Barisan Nasional.

Barisan Nasional dia kata bila dia jadi kerajaan dia akan tentukan sama ada rakyat dapat subsidi ke tak dapat subsidi pun tak apa. Sebab rakyat sekarang mestilah bersyukur kepada kerajaan Barisan Nasional sebab dia sudah menjaga negeri.

Tapi jawapan kita bukan itu, jawapan kita ialah walaupun kita diberi mandat memerintah, kita masih lagi bertanya pada rakyat adakah cara kita menghilangkan subsidi ini memberi kebaikan kepada rakyat keseluruhannya. Jawapannya tidak. Jadi saudara perhatikan tentang konsep itu.

Kedua, tentang pelaksanaannya kita telah tunjuk dan buktikan dengan negeri Selangor yang melaksanakan konsep tersebut. Sebagai contoh air percuma, ialah pelaksanaan dia. Kemudian menentukan semua sumber-sumber negeri Selangor ini tidak dijual secara begitu sahaja atau diberi lesen secara begitu sahaja. Ia mesti mengambil kira apakah pendapatan hasil daripada sumber-sumber tersebut, dan bagaimana sumber tersebut akan diberikan balik kepada rakyat.

Umpamanya pasir. Saya menganggapkan walaupun itu perkara kecil, perkara remeh tetapi kerajaan tidak hendak menjaga pasir, tapi hanya dia bagi lesen saja dan dia ambil royalti.

Jadi kalau itu boleh dapat hasil royalti dengan lesen pasir, pada saya kalau kerajaan tahu itu hak rakyat, pasir tu memang hak negeri dengan itu hak rakyat kenapa ia tidak uruskan supaya kerajaan jual pasir kepada orang-orang yang memerlukan.

Berapa banyak hasil pasir kalau kerajaan buat sendiri dan jual sendiri. Maknanya berapa hasil kerajaan dapat hanya dengan bagi lesen, dan dapat royalti. Jawapannya mengikut kiraan saya ialah untuk pasir saja kerajaan Selangor dapat RM17 juta. Tapi kalau diuruskan dan dijual terus boleh dapat hampir RM150 juta. Jadi pada saya lebih baik, kita uruskan supaya pasir ini boleh memberi pulangan yang banyak kepada kita, supaya duit RM150 juta atau katalah RM130 juta yang RM17 juta tu kita dah dapat, boleh kita gunakan untuk kebajikan. Bagi sekolah, bagi untuk tadika, biasiswa dan sebagainya.

Jadi perbezaan kita ialah kita laksanakan dengan memikirkan tentang rakyat. Itu sebab kerajaan negeri Selangor kata tak ada lagi (pemberian) tanah-tanah untuk individu. Sebab kalau kita bagi tanah untuk individu, maknanya individu itu hanya bayar premium saja, lepas itu dia dapat tanah.

Tapi kalau kita kata kalau individu nak tanah dia boleh beli daripada kerajaan Selangor, maknanya dia beli dengan kerajaan Selangor, dia beli dengan harga pasaran. Jadi duit yang didapati oleh kerajaan negeri Selangor boleh digunakan untuk rakyat. Jadi tak ada lagi tanah percuma atau tanah sedekah kerajaan Selangor.

Kerajaan Selangor bersimpati kepada mereka-mereka yang sudah duduk tanah tu 30 tahun dan dijanjikan, itu kerajaan negeri Selangor bagi. Tapi kerajaan negeri Selangor tak bagi pada pengusaha, dia pergi cari tengok ada tanah mana kosong kerajaan negeri Selangor,dan pergi jumpa kerajaan negeri Selangor kata berilah tanah ini sebab saya akan usahakan. Tapi lepas tu kerajaan bukan jual pada dia, bagi premium saja. Premium hanya 10 peratus daripada nilai tersebut.

Jadi pada saya jawapannya buat apa nak bagi premium, kalau betul nak jual, jual saja. Dan keuntungan itu, atau hasil itu bagi balik pada rakyat Selangor. Jadi konsep itu berbeza, jadi setiap pelaksanaan memikirkan tentang rakyat. Jadi soalan yang akhir itu bagaimana rancangan kita masa depan. Rancangan kita ialah menentukan semua rakyat Selangor akan merasa nikmat daripada sumber-sumber negeri Selangor.

Kita ada satu rancangan yang akan kita hebahkan pada 20 Jun bagaimana rakyat Selangor akan dapat hasil daripada pengurusan sumber-sumber di negeri Selangor. Dan bagaimana mereka sama-sama dapat menyertai pelaburan ini, usaha ini, dan hasilnya kita akan bagi projek untuk warga emas, anak-anak yang baru lahir, suri rumah tangga dan sebagainya. Jadi ada projek yang kita rancangkan yang kita akan hebahkan pada 20 Jun ini.

khalid100hariintvw_002


Bagaimana pentadbiran di peringkat bawah jentera-jentera kerajaan, di peringkat daerah misalnya. Bagaimana Tan Sri melihat kerajaan Selangor menghadapi cabaran dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang macam-macam cerita.


Tiap-tiap minggu, salah satu daripada perkara yang saya jalankan, pada hari Jumaat pagi saya ada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) iaitu satu mesyuarat untuk semua projek, cadangan-cadangan yang akan dibincangkan secara terperinci sebelum dibawa kepada Exco negeri. Itu dipanggil mesyuarat MTES. Pukul 12 saya pergi sembahyang di masjid di daerah dan lepas habis sembahyang di masjid daerah saya akan adakan perjumpaan dan lawatan kerja Menteri Besar ke daerah tersebut.

Dan Menteri Besar akan mendengar taklimat daripada pegawai daerah dan juga pegawai-pegawai berkenaan tentang pentadbiran di daerah dan juga di PBT dalam daerah tersebut. Antara mereka yang hadir termasuk penghulu dan ada juga ketua kampung. Jadi saya buat masa ini cuba memahami keadaan pentadbiran di daerah. Walau bagaimanapun sekarang terdapat beberapa usaha untuk mengasingkan pentadbiran di kampung untuk, siapa yang usaha mentadbirkan melalui kerajaan persekutuan, ada yang kata ketua kampung melalui kerajaan negeri.

Yang sebenarnya ketua kampung hanya boleh dilantik oleh kerajaan negeri. Sebab dia penghulu dan ketua kampung. Jadi itu proses dia. Jadi selepas ketua kampung, ada jawatankuasa kemajuan kampung. Pada saya sekarang, oleh kerana kita diberitahu terdapat tidak kesamaan pandangan ada setengah ketua-ketua kampung kerana boleh jadi mereka mahu berkiblatkan kerajaan persekutuan.

Oleh sebab itu saya pun sekarang meminta pegawai daerah dan juga Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk berbincang bagaimana kita mencari kumpulan-kumpulan dalam kampung-kampung tersebut untuk membuat satu jawatankuasa kampung yang baru dan juga bersama-sama dengan ketua kampung yang sama ada yang asal ataupun diganti mengikut kepentingan ketua kampung yang dulu.

Kalau dia fikir dia tak boleh menjalankan tugas secara sama rata tak kira mana parti politik yang datang minta perkhidmatan mereka, kalau dia bersedia untuk tidak mengira agama dan sebagainya, dia boleh jadi layak terus menjadi ketua kampung. Tapi kalau dia masih rasa lagi dia terpaksa bertuankan parti Umno, ataupun ingin mendapatkan pampasan lebihan dari kerajaan persekutuan, jadi kita terpaksa tidak pilih mereka.

Kita akan buat perisytiharan kumpulan baru, iaitu bukan saja ketua kampung dari kampung-kampung biasa, tapi juga perkampungan Cina sebab ramai wakil-wakil MCA yang duduk dalam jawatankuasa kampung di kampung-kampung Cina awal-awal lagi telah menawarkan diri untuk berhenti. Dan saya telah jawab surat itu kata terima kasih dan kerana membuat keputusan tersebut saya terpaksa terima pemberhentian itu dan saya akan ganti dengan orang baru



Jadi kerajaan Selangor tidak mengiktiraf ketua kampung yang dilantik oleh pusat melalui JKKK?

Memang tidak boleh diiktiraf sebab yang melantik ialah kerajaan negeri. Jadi kalau kerajaan pusat melantik dia kena juga meminta kerajaan negeri persetujuan. Bukan boleh dia lantik orang tu, katakan ‘ini ketua kampung yang disetujui oleh negeri’, tak boleh.

Tetapi macam mana, sebab ada ketua kampung yang dilantik oleh kerajaan negeri dan ada yang pusat?

Kita tak panggil dia ketua kampung lagi. Kalau kerajaan pusat ambil seorang ketua la katakan, dia tidak boleh dipanggil ketua kampung. Saya tak tahu apa nama dia, ketua bayaran pusat...boleh jadi.

Tidak boleh, sebab itu struktur. Struktur tu memang struktur, penghulu, ketua kampung. Itu sebab yang mengeluarkan watikah nak jadi ketua kampung ialah Menteri Besar.

Tan Sri penyusunan semula ni adakah disebabkan JKKK itu kontraknya telah tamat atau dipecat, bagaimana?

Tidak, kontraknya ada yang setengahnya belum tamat. Tapi kita nak menyusun semula sebab kita dapati ada setengah ketua kampung dia tak nak hadir dalam umpamanya mesyuarat Menteri Besar. Menteri Besar panggil ketua kampung suruh datang mendengar penerangan Menteri Besar, dia kata dia tak boleh sebab dia ahli Umno dan dia juga mendapat bayaran daripada kerajaan pusat.

Sebab dia tak tahu mana muka nak ditunjukkan. Jadi oleh sebab itu kita pun tak boleh buatlah macam mana. Jadi dialah buat keputusan sendiri, sama ada nak bekerjasama dengan kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

Saya menganggap perkara ini sangat aneh. Saya menganggap perkara ini kerajaan pusat tidak boleh campur tangan dalam pentadbiran kampung. Sebab kerajaan pusat kalau nak mentadbir boleh menyalurkan duit kepada kerajaan negeri. Dan kerajaan negeri akan bagi balik kepada ketua kampung.

Sebab cukai ini dibayar oleh semua orang. Bukan kerajaan pusat dapat duit daripada satu kumpulan saja. Bukan kerajaan pusat dapat duit daripada negeri bukan Pakatan Rakyat. Yang banyak membayar cukai ini rakyat negeri Selangor juga.

Jadi rakyat Selangor ini didiskriminasi. Maknanya bagi pada mana dia nak suka. Mana boleh. Dan perkara yang kedua, sistem ini belum dipersoalkan lagi. Bila Perlembagaan Malaysia, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan, itu sebab dia buat dua struktur, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Dalam struktur kerajaan negeri itu ada struktur daerah. Adakah sekarang kerajaan persekutuan mengatakan bahawa perkara ini ialah satu perkara yang biasa? Bukan. Walaupun saya tahu masa di Kelantan. Di Kelantan dah berapa lama dibuat... tapi saya tahu dia nak buli kerajaan Kelantan. Tapi buli kerajaan Kelantan kerana dia kata kerajaan Kelantan terpaksa dengar cakap dia sebab dia akan dibayar, dia membayar tentang perkhidmatan yang dibuat oleh ketua-ketua kampung oleh kerajaan pusat, itu dia kata.

Tetapi untuk Selangor, boleh jadi Selangor ada duit untuk membayar kepada mereka. Jadi ia tak jadi masalah. Tapi masalahnya Selangor nak minta balik duit cukai orang Selangor bayar daripada kerajaan persekutuan, itu saja. Pasal membayar, Selangor tak takut membayar.

Jadi daripada segi itu kita mesti duduk, tapi kalau Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, perkara ini tak timbul lagi. Dah jadi macam biasa sajalah.

khalid100hariintvw_003

Jadi berapa peratus yang akan ditimbangkan untuk dikekalkan?

Saya tak tahu lagi, ini kita ada temuduga. Maknanya DO (pegawai daerah) panggil, dengan cara tertib ketua kampung tu, tanya apakah keinginan beliau, bagaimana cara beliau. Ada setengah tu berterus terang. ‘Saya sanggup bekerja untuk masyarakat tak kira siapa’.

Ada setengah tu berterus terang juga, dia kata 'saya ni ada kontrak, saya juga Ketua Bahagian Umno, jadi susah lah saya. Jadi kalau saya tolong orang lain nanti tak dapat ketua bahagian, saya tak dapat kontrak dan saya tak dapat apa-apa'. Jadi macam mana nak buat kan. Boleh jadi dia terus cakap 'nasib saya memang macam ni'. Nasiblah...apa pula kita nak mengurangkan nasib orang.

Tan Sri dalam tempoh 100 hari macam air contohnya, jelas rakyat Selangor akan dapat, Tan Sri ada senarai (yang lain)?

Ada, pada 20 Jun boleh tengok ada semua senarai.

(Senarai) berapa dah tunai berapa yang akan ditunaikan?

Ya, akan ditunaikan, semua akan dibuat, sebab hari ini saya tak boleh cerita nanti ramai...sebab kita akan adakan semua ahli Exco dari semua Pakatan dan mengisytiharkan usaha yang kita telah lakukan.

Tan Sri soalan tentang Islam Hadhari. Jadi impak dimulakan tidak mempromosikan, memberi impak kepada seluruh negeri-negeri Pakatan. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Ada yang maintain seperti Kelantan.

Tapi pada saya tamadun Islam ni tak payah dipersoalkan. Tapi kalau nak buat tamadun Islam yang baru, itu saya persoalkan. Daripada segi konsep hadrat Islamiah maknanya ketamadunan Islam tak ada soal. Tapi yang orang soal tu adakah Malaysia mencipta satu tamadun Islam yang baru.

Agak keliru sikit sebab sebelum ini dalam Dewan Undangan Negeri, (Dato' Dr) Hasan Ali menyebut bahawa tidak meneruskan, kemudian ada yang mendakwa diharamkan. Kemudian baru-baru ini (Dato' Seri Dr) Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat penyelarasan exco-exco agama negeri dia berjumpa dengan Hasan Ali dan Hasan Ali berkata tidak diharamkan, tidak menjadi isu. Jadi sebenarnya apa yang berlaku?

Yang berlaku ialah memang tidak ada isu. Isunya ialah kita hanya tak nak menggunakan nama Hadhari ini, itu saja. Dan ini mengelirukan masyarakat. kalau Islam, Islam saja, buat apa Hadhari apa semua.

Soal nama?

Ya, soal nama. Nama tu kurang penting dan dari segi perubahan pendapat. Islam menggalakkan perubahan pendapat.

Jadi negeri Selangor berpendapat semua kita boleh terima. Dan masjid terbuka untuk semua orang.

Sultan telah mengatakan jangan tempat masjid itu dipolitikkan tetapi mesti diimarahkan. Maknanya digunakan dengan sebaik-baiknya. Itu saja.

khalid100hariintvw_004

Jadi maksudnya kerajaan negeri menjamin selepas ini aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh YADIM, JAKIM, Jabatan Penerangan sendiri?

Tapi kalau aktiviti menerangkan apa itu Islam Hadhari buang masa sajalah. Itu kita tak bagi. Buat apa buang masa. Yang kita bagi kalau nak menerangkan macam mana tauhid, tajwid apa semua, untuk bersatu..itu okey. Ini asyik nyanyi lagu Islam Hadhari buat apa. Kita terima saja...tapi buat la lain. Advance la lebih sikit.

Setakat ini memang ada aktiviti macam itu?

Ada saya dengar budak universiti kena tahu apa itu Islam Hadhari, (sepatutnya) itu (untuk) darjah tiga darjah empat saja. Pada saya di universiti, mengapa perbezaan Islam zaman Saidina Umar dengan zaman Othman. Dan bagaimana cara dia dibangunkan. Macam saya mengkaji bagaimana Umar Abdul Aziz dapat memerintah di zaman Baghdad.

Berbeza dengan satu pemerintahan oleh Othman masa dia memerintah di beberapa tempat ataupun di Granada, Sepanyol. Jadi saya nak buat lebih tinggi, maknanya orang Malaysia boleh berbincang secara meluas tentang Islam yang kita nak perkembangkan.

Tan Sri, mengenai kenaikan harga minyak, Perdana Menteri cakap dia cabar kalau pemimpin PKR ini kalau boleh bagi subsidi.

Kalau kita jadi kerajaan nanti banyaklah perkara yang boleh, macam mana kita nak cabar, kita boleh terima cabaran tapi kita tak ada kuasa untuk melaksanakan. Bezanya, ini bukan cabar mencabar.

Adakah Perdana Menteri berpendapat minyak ni hak rakyat atau tidak, atau hak kerajaan. Jadi jawab soalan pertama, very basic question. Adakah hak rakyat atau hak kerajaan.

Ada bezanya, orang ingat tak ada bezanya. Hak kerajaan, kerajaan yang tentukan, hak rakyat , rakyat yang tentukan. Kalau rakyat kata bagikan minyak percuma sebab hak kita. Maknanya boleh dapatlah minyak percuma.

Tapi kita bagi tahu, kalau dapat minyak percuma nanti kerajaan tak cukup duit nak beli hal-hal yang lain. Kalau hak kerajaan, kerajaan cakap, saya tak nak bagi minyak percuma, itu hak kita. Kalau you nak minta pun, itu kerajaan. Jadi konsep tu berbeza, kerajaan dengan rakyat.

Pada saya, apakah yang diperlukan oleh rakyat dalam masa inflasi. Soalan yang kedua, jawapannya rakyat hendak supaya pendapatannya dan kegunaan duit itu sampai ke tahap yang dia boleh gunakan. Maknanya kita mesti kurangkan beban kerana dalam inflasi kos meningkat. Duit gaji yang RM1,000 itu sepatutnya dia boleh simpan RM100 sekarang dia kena berhutang RM110. Sebab tak cukup nak bayar.

That is the issue, adakah kerajaan tak tahu itu. Dia tahu kan. Kalau dengan mengurangkan real income itu membagi subsidi minyak perlu tak kita buat, kalau kita punya minyak. Kalau rakyat punya minyak... jawapannya kita perlu kita buatlah, tapi tak usahlah melampau sampai percuma, tapi adalah had yang kita nak lakukan.

Jadi kalau dia cakap saya tak bagi subsidi minyak tapi hasil daripada subsidi tu RM4 bilion saya akan belikan bas untuk meringankan orang. Rakyat cakap ‘tidak semua orang pakai bas’, boleh jadi...kalau bas pun dah beratus-ratus bas tapi nak tunggu bas sampai dua jam setengah, nasib baik dah doa baru bas tu sampai.


khalid100hariintvw_006


Then you say that is not the right time to implement because we don't have the effectiveness of public transport untill our public transport is corrected, masih lagi subsidi kita bagi. No, you have a choice. Sekarang rakyat Malaysia tak tahu you ada choice. You sekarang baru ada the first choice. You now have a choice to sellect political parties. Sekarang baru you gunakan choice, last time you don't have a choice, you dengar saja, dia kata tak boleh, tak boleh. Lepas tu you merajuk begitu saja.

Now you have a choice, now you see how we do our policies, how federal government do their policies. Sekarang barulah kerajaan kata menteri-menteri potong gaji. Potong gaji sedikit, habis potong gaji bagi pada rakyat pun, yang rakyat kena potong ialah RM7, RM8 bilion, potong gaji semua menteri-menteri tu tak sampai RM200 juta. Apa kesannya. Jadi itu yang nak kita kena bincangkan betul-betul.

Adakah strategi kerajaan sekarang meringankan beban rakyat atau tidak. Kalau tidak meringankan beban rakyat adakah strategi ini betul atau tidak. Itu jawapan. Pada saya opsyen yang lain perlu dibincangkan dulu sebelum kita buat keputusan.

Jadi itu bermakna apa yang dibuat oleh kerajaan, subsidi, bagi rebet, potong gaji tak memadai?

Sekarang rakyat kena kira, kena buat kira-kira dengan baik, adakah opsyennya betul. Tapi prinsipnya itu yang paling penting, adakah rakyat fikir minyak percuma lebih baik daripada tak ada subsidi dan dibayar secara rebet, mana yang lebih baik. Dapat minyak percuma ataupun bagi subsidi dengan rebet. Tarik subsidi bagi rebet, mana rakyat fikir yang baik.

Tinggal lagi janganlah naikkan sampai 40 peratus, boleh jadi naikkan 10 peratus. Tapi rakyat mempersoalkan duit Petronas yang dulu buat apa. Ke mana duitnya. Kalau nak buat Putrajaya dan Twin Tower, rakyat tanya mana lebih baik Putrajaya dan Twin Tower, dengan kos untuk membeli minyak untuk keluarga.

Adakah rakyat berkata kepada kerajaan, 'kalau you punya minyak subsidi tak payah untuk saya, Twin Tower lebih baik'. Kalau betul, itu sebab prinsip yang pertama siapa punya minyak. Sebab kerajaan kata Barisan Nasional, bila dia menang saja pilihan raya, kerajaan yang punya minyak dan kalau saya nak buat Twin Tower itu hal saya. Kalau nak bagi subsidi hal saya. Tapi apa yang kita katakan, ini tak betul sebab prinsip kita rakyat, tidaklah maknanya kita boleh bagi semua percuma tetapi the real income must be protected.

Tan Sri bagaimana dengan pihak yang buat demonstrasi jalanan?

Saya ingat kalau rakyat marah duduk dalam rumah dia baling kerusi meja, rugi juga kita. Ataupun the stress level very high. Jadi kadang-kadang you must have certain level of stress release juga. Kadang-kadang dah berhutang apa semua. Tapi pada saya we must have a balance. Yang rally yang menyusahkan orang lain pun tak boleh juga. Tapi saya rasa Pakatan Rakyat berpendapat kita boleh membuat suara terbuka tapi caranya boleh jadi kita buat dalam satu stadium ke, kita ada perbincangan dalam stadium dan habis tu habis dalam stadium dan tak menyusahkan orang ramai dan selesailah.


khalid100hariintvw_007


Maknanya we accept public rallies. We accept, but the process will have minimal impact kepada rakyat lain. Tapi pasal public rally Pakatan Rakyat dah berlatih semua, tak jadi masalah. Boleh jadi Umno, Barisan Nasional tak reti. Tapi Pakatan Rakyat semua reti. Dan kita tak menyusahkan orang tapi hak bersuara tu penting pada kita dalam proses demokrasi.

Jadi itu sebabnya rakyat rasa dia mesti menyuarakan haknya. Jadi kita kena bagilah, jangan tak bagi. Ada rakyat yang lain kata kalau dia bersuara, habis gerai dia langgar apa semua, itu boleh jadi masalah, ataupun traffic jam. Tapi itu kita akan seimbangkan. Maknanya public rally mesti ada, hak bersuara mesti ada, tetapi tempatnya juga mesti sesuai.

Saya percaya pihak polis bersetuju dengan saya dalam hal ini.

Tan Sri berhubung laporan terhadap Pakatan Rakyat, adakah itu sedikit sebanyak walaupun tak tahu siapa yang buat laporan, adakah calarkan imej kerajaan negeri?

Tak ada, itu tunjukkan betapa terbukanya Pakatan Rakyat (kalau) orang sendiri (laporkan). Kita kata okey you beritahu kalau betul, betullah. Kalau tak betul, tak betul. Itu satu perkara.

Dan saya berterima kasih dengan BPR (Badan Pencegah Rasuah), kerana dia datang, kita berbincang. Dia (BPR) kata memanglah tak adalah salah. Sebab kalau nak tunjuk datang surat ke pejabat Menteri Besar, ramai nak datang mintak recommendation. Tapi recommendation yang dikatakan rasuah tu ialah bila bagi duit. Kalau bagi recomendation tak tentu (lagi) dapat macam mana. Jadi walau bagaimanapun dari segi etika tu penting.

Jadi saya akan cuba selesaikan. Saya juga berminat macam mana pemikiran BPR itu sebab saya tawarkan BPR kerja dengan saya, tunjukkan macam mana kita boleh kurangkan salah gunaan kuasa dan rasuah. Jadi kita tak takut, BPR kawan kita. Tinggal lagi kita dah buat laporan berapa ratus BPR tak ada...kali ni cepat, bagus…tak jadi masalah.

Setengah orang takut, kita tak takut. Kita terbuka. Dalam mentadbir takkan semua you betul. Saya dalam buat bisnes kalau semua betul, kaya beratus-ratus jutalah. Ada juga silap tapi kita kena betulkanlah.

Tapi tradisi yang lepas, saya difahamkan Menteri Besar tu ada pena sakti. Maknanya kalau dia tulis saja tu, orang kena dengar. Tapi saya dah beritahu pada semua orang pena sakti tu dah tak ada. Saya tak pakai pena sakti. Saya sokong kalau pada orang yang berhak. Terpulanglah pada pegawai-pegawai menentukan sama ada mereka berhak atau tidak. Kalau nak suruh sokong 10, kita sokong 10. Tapi (yang) nak pilih satu. Jadi pegawai tu yang mesti tentukan. Bukan kita.

Tapi yang kedua ialah ada yang setengah tu terpaksa membuat bayaran untuk sokongan, itu rasuah. Dan kita tidak lakukan. Dan kalau mereka yang lakukan kita akan tangkap dan buang kerja.

khalid100hariintvw_005


Tan Sri bagaimana respon pelabur asing kepada kerajaan baru dan macam mana kerajaan negeri dapat mengatasi rekod yang dibuat kerajaan BN sebelum ini, lebih daripada RM11 bilion pelaburan asing pada tahun lalu.

Bezanya antara kita dengan kerajaan yang lepas, dia iklan negeri Selangor apa semua. Kita hanya jumpa pelabur-pelabur yang tahu nak melabur, tak payah cerita-cerita. It is a business discussion. You nak melabur kat mana, berapa pulangan apa semua, dan kita selesaikan cara begitu.

Dan konsep saya buat, ada bezanya yang dulu dan sekarang. Sekarang bukan saja one stop centre, tapi adalah investment resource centre. Investment resource centre ni kalau pelabur nak melabur nak cari equity funding, ataupun financial funding kita juga boleh bagi servis. Dan pelabur nak tengok comparative investment analysis kita juga boleh bagi. Maknanya kita tambah nilai. Hanya nak mengenalkan ‘ini Selangor, ini muzium, ini masjid’, itu tak payah buat.

Kita akan terangkan kalau mereka nak buat kilang besi, kita tunjukkan ada tiga kilang besi di Selangor. Ada tujuh di Malaysia. Apa dia punya return. Jadi kita value added, kita akan tunjukkan orang yang datang melabur apa pilihan, apa risikonya.

Kalau nak katakan RM10 bilion tu memang ada. Maknanya pelabur tak lari, lebih banyak lagi lari ke kita daripada ke tempat yang lain.

Kedua saya nak mengatakan pada mereka, kalau mereka nak sertai kelab pelaburan dengan Selangor. Kalau mereka ada USD500 juta baru boleh sertai kelab ini. Jadi kita telah menerima lebih daripada tujuh yang akan sertai.

Maknanya semua orang tahu, kalau dia tak nak melabur di Selangor, dia boleh campur kita melabur di Indonesia, Vietnam dan sebagainya. Tetapi melalui prasarana yang disediakan oleh negeri Selangor. Negeri Selangor ni tempatnya senang. Jadi tak susahlah mereka. Kita sediakan prasarana untuk pelabur-pelabur ini. Jadi saudara tanya RM10 bilion tidak ada masalah.

Malah kita bercakap (untuk dapatkan) USD10 bilion.

Ada tak Adun BN yang nyatakan kesediaan kepada Tan Sri untuk lompat parti?

Ada juga, tapi kita kena pilih orang juga. Di Selangor ini bukan Adunlah (nyatakan keinginan itu), tapi ketua bahagian ada yang berminat. Tapi saya kata tunggu dulu. Sebab kita nak selesaikan masalah yang lebih besar lagi. Dia sebab Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat, khidmat kita untuk semua orang, kita tidak amalkan diskriminasi berdasarkan parti politik mereka.

Kalau dia ketua bahagian, dia ada projek yang bagus untuk kita tolong, kita tolong. Sebab bukan kerana dia ketua bahagian Umno tapi kerana projek dia akan tolong membangunkan negeri Selangor, okey jalan. Jadi tak ada jadi masalah.

Jadi kalau dia kata nak masuk Keadilan, nak dapat projek negeri Selangor, dia tak dapat. Baiklah dia tak usah masuk.

Adun dan Ahli Parlimen tak ada? Ketua Bahagian sajalah?

Di Selangor, ada juga yang Adun ataupun …Menteri Besar Selangor tak nak jumpa. Dia ada orang lain dia nak jumpa. Maknanya usaha untuk menggembleng sokongan untuk menguasai Parlimen tidak dilakukan melalui pejabat Menteri Besar. Tetapi dilakukan boleh jadi melalui ibu pejabat parti.

Tan Sri, Wilayah Lembah Klang Kedua adakah diteruskan atau macam mana?

Wilayah kita teruskan, tapi koridor-koridor ni kita ikut sajalah. Tapi pada saya sama ada koridor, tak ada koridor pun kita terus buatlah.

Termasuk projek bandar terusan atau Canal City?

Kita tengah mengkaji, bukan kita nak teruskan saja. Kita nak tahu sama ada the reward is also good for the state. Saya lihat dari segi bisnes. Saya lihat bukan dari segi projek saja. Kalau risiko untuk kerajaan negeri terlalu tinggi dan hasilnya pun terlalu rendah, buat apalah kerajaan negeri campur. Baiklah dia buat sendiri saja. Saya nak tengok dari segi itu.

Pemuda PAS sekarang dalam proses untuk merangka undang-undang Islam untuk dilaksanakan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, adakah Selangor bersedia untuk laksanakan undang-undang Islam?

Apa pun cadangan mesti selari dengan lunas-lunas Perlembagaan Negeri dan juga Persekutuan. Itu saja. Dia mesti selari. Jadi saya belum baca lagi sama ada selari atau tak selari.

Sebab kita ni adalah masyarakat majmuk jadi mesti selari dengan perlembagaan. – NOOR ALLIA KASSIM Foto AR ROHIM AHMAD

Comments :

0 comments to “MB SELANGOR BERSAMA SSM SEMPENA 100 HARI PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com