AUDIO: Speeches delivered at Siri Pemikiran Kritis of BAR COUNCIL OF MALAYSIA 1st Session on 11.01.20
Majlis telah menjemput Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim untuk  berkongsi pengalaman beliau yang mana kebanyakan asasnya adalah lebih kurang  sama tetapi melalui proses yang berbeza.
Khalid berpendapat bahawa selagi golongan yang sama diberi kuasa, pemansuhan DEB  langsung tidak mendatangkan kesan. Perbincangan berkenaan DEB juga mestilah  terbuka dan tidak dianggap sebagai bidasan terhadap hak-hak orang Melayu di  bawah Perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau, semua bukti-bukti yang menunjukkan penyalahgunaan kuasa, rasuah  dan sebagainya telah diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Ujar beliau, kaedah  terbaik bagi mengatasi masalah-masalah tersebut adalah dengan mendesak kerajaan  supaya menggubal satu Akta Hak Kepada Informasi (“Right to Information Act”)  sepertimana yang telah dilakukan oleh Kerajaan India baru-baru ini.Bagi memastikan bahawa kemajuan negara dari aspek sosial dan ekonomi akan terus  dicapai, kerajaan perlu bersikap telus
dalam setiap keputusan yang dicapai dalam  pentadbiran negara.
Bagi memastikan bahawa kemajuan negara dari aspek sosial dan ekonomi akan terus  dicapai, kerajaan perlu bersikap telus dalam setiap keputusan yang dicapai dal
Khalid menegaskan bahawa Malaysia mempunyai wawasan yang baik tetapi tanpa  perancangan yang rapi dan bersepadu menerusi sistem yang efisien, tiada kemajuan  yang akan dapat dicapai melainkan jika terdapatnya “check and balance” atau  pemantauan dari masa ke semasa bagi mengawal penggunaan kuasa oleh pihak  pentadbir.  
To listen to Tan Sri Khalid's speech to lawyers
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comments :
Post a Comment