Pray For MH370

Pray For MH370

FORMULA TENGKU RAZALEIGH TURUNKAN HARGA MINYAK

Formula Tengku Razaleigh untuk atasi kenaikan harga minyak tempatan yang ada kaitan dengan sains tentang roket, iaitu RM2.70 tolak RM1.00 bersamaan RM1.70. Semua orang tahu termasuk budak darjah satu. Yang tak faham hanyalah Ahli Parlimen BN.


Tengku Razaleigh ada formula atasi kenaikan harga minyak

Sumber Berita Harian/ Bernama

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata beliau ada formula sendiri untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak dalam negara yang semakin menekan hidup rakyat Malaysia.

Katanya, beliau masih ada cara untuk kerajaan meringankan beban yang terpaksa ditanggung rakyat akibat lonjakan harga minyak dalam negara, tanpa perlu mengambil kira harga bahan api itu di pasaran dunia.

Sambil menegaskan 'formula' itu bukan mainan politik untuk meraih sokongan terutama di kalangan ahli Umno ketika beliau menawarkan diri sebagai calon Presiden parti pada pemilihan Disember ini, Tengku Razaleigh berkata apa yang diutamakan ialah kepentingan rakyat.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata harga minyak dalam negara boleh dikurangkan kerana harga minyak seperti petrol, diesel dan minyak pelincir ditentukan oleh kerajaan, walaupun harga minyak di pasaran dunia naik.

“Harga semasa ini boleh ditimbang semula selepas dirunding, bergantung kepada keadaan semasa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Razaleigh berkata, Malaysia mempunyai ramai cerdik pandai yang pasti mampu memberi idea bernas untuk mengatasi masalah, terutama dalam membantu untuk membangunkan ekonomi negara.

“Malaysia juga boleh jemput pakar dari luar untuk beri idea atau pandangan jika tidak memiliki kepakaran dalam negeri dalam perkara-perkara tertentu, ini boleh dilakukan, semua untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata dalam keadaan politik negara yang semakin tidak menentu, kepercayaan rakyat kepada pemimpin juga perlu dikembalikan semula.

Beliau berkata, wujud satu sentimen ketika ini yang mahukan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin dari Pantai Timur untuk membawa pembangunan dalam negara dengan pantas.

“Sepanjang saya menjelajah di kawasan Pantai Timur di Kelantan, Terengganu dan Pahang saya mendengar ramai pihak yang menyatakan bahawa mereka mahukan Perdana Menteri dari Pantai Timur,” katanya.

Razaleigh berkata perkara yang paling penting adalah pemimpin yang dipilih itu perlulah mempunyai matlamat yang ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat bagi memastikan negara terus kekal aman dan maju.

Comments :

0 comments to “FORMULA TENGKU RAZALEIGH TURUNKAN HARGA MINYAK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com