Pray For MH370

Pray For MH370

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 01/09/08:Meninjau Keadaan dan Menziarahi Mangsa Ribut Taufan di Klang

Seorang penduduk sedang menunjukkan kerosakan pada bumbung rumahnya di Sg Bertik Utara

Bertemu mangsa taufan di Sg Bertih Utara

Kelihatan ADUN, Tn Hj Kamaruddin dan En Ikhmal sedang bertanyakan sesuatu kepada seorang penduduk di Jalan Yadi.

ADUN sedang bercakap kepada pemandu sebuah kereta yang lalu di kawasan banjir Jalan Yadi

Comments :

4 comments to “Aktiviti ADUN Selat Klang pada 01/09/08:Meninjau Keadaan dan Menziarahi Mangsa Ribut Taufan di Klang”
Anonymous said...
on 

Assalamualaikum

Tragedi pd 01 september 2008 jam 3 ptg mmg menakutkan. rasanya inilah kali pertama kawasan kg delek, sg udang, jln yadi dan tmn bertek dilanda ribut dan banjir. Alhamdulillah dengan rasa tanggungjawab sbg pemimpin, Dr telah turun padang sendiri berkongsi masalah bersama penduduk. Harap usaha ini dapat diteruskan. Tahniah.

aliffridzuanlee said...
on 

minta adakan akaun maybank senang transfer ke dalam tabung.

tqvm.

Anonymous said...
on 

Assalamualaikum,
Saya adalah salah seorang mangsa ribut tersebut. Untuk pengetahuan pihak penulis blog ini, kawasan saya tidak di lawat langsung oleh Pihak YB Dr mahupun mana2 pihak dari DUN Selat Klang tersebut seperti yang diwar-warkan dalam blog ini. pada petang kejadian tersebut saya hanya memohon bantuan dari ahli2 keluarga saya yang mana kemudiannya dalam tidak sampai beberapa minit bantuan segera dari pihak "Biru Pekat" datang meredah hujan dan ribut.
Terlebih dahulu saya ingin bertanya kepada pihak penulis blog ini, sekiranya berlaku kejadian yang sama keatas rumah tuan dengan keadaan seluruh ahli keluarga yang masih kecil dengan bumbung rumah yang terbang apakah penulis masih sabar menunggu sehingga ke hari sabtu utk mendapatkan bantuan? pada ketika itu apakah keperluan yang paling utama untuk tuan? jawapan yang paling tepat adalah mendapatkan tempat perlindungan utk anak2 tuan. dimana bantuan segera tersebut? hanya bukti pada gambar ini sudah cukup utk beritahu seluruh MALAYSIA yang "mereka" ini mmberi bantuan kecemasan? mana gambar mereka dalam hujan dan ribut? mana bukti mereka lencun mmbantu memindahkan anak2 kami? tiada kan! semuanya gambar sesudah kejadian.
waktu itu kami terdesak. terkejut dengan kejadian tersebut. apalah salah nyer dengan bantuan kecemasan kecil dengan bantuan sebiji kurma sebagai alas perut kami untuk berbuka. malangnya... kami tidak di beri apa2. semuanya kene menunggu giliran pada hari SABTU ini.
Di kesempatan ini saya ingin juga bertanya, maksud sebenar kawasan "Biru Pekat" tersebut. adakah kawasan saya di kategorikan sebagai "Biru Pekat" sehingga tidak di lawat oleh pihak YB Dr DUN Selat Klang? adakah kerana bancian wana telah membeza2kan kami sedangkan pihak yang di katakan "Biru Pekat" ini tidak langsung membeza2kan warna mahupun bangsa agama. di mana keadilan utk kami?
Ingin saya ceritakan pengalaman sebenar saya pada hari tersebut. Maaf sekiranya agak panjang tapi inilah kenyataan sebenar. Setelah mereka mmberibantuan kecemasan kepada kami, mereka turut mmbuat susulan kepada kami. Walaupun selepas ribut tersebut dibanci oleh mereka, diberi bantuan kecederaan segera kepada jiran yang tercedera, rumah kami di bersihkan sedikit2. dan yang paling mengharukan kami, jam 3 pagi dalam pekat malam semua sedang tidur lena. Mereka datang mengejutkan kami, membawa kepada kami juadah untuk bersahur.
Jangan kerana nilai RM300 itu berita sebenar diputarbelitkan. Mereka tidak memilih bulu, bantuan dihulur secepat mungkin sekadar yang mampu untuk keadaan yang terdesak dahulu.
Alhamdullillah, ada bantuan juga. Dari mengharap pada bantuan pihak YB Dr yang sehingga kini tidak langsung menjejakkan kakinya ke kawasan rumah saya yang hancur. Andai kata saya menunggu sehingga ke hari Sabtu, tiada apa untuk saya suapkan anak2 saya pada hari tersebut, smlm, dan hari ini.
Minta pihak YB Dr faham dan belajar apa maksud sebenar KECEMASAN. bukan datang untuk terus berkempen. Kami org2 terdesak dan kami tiada apa2 kene mengena dengan Saiful. Kami bukan nak dengar sebarang kata2. perut anak2 kami perlu di isi. rumah kami tiada bumbung. bukan kata2 boleh kembalikan kami kepada keadaan sebelum ini...

Anonymous said...
on 

Salam.Saya perlu penjelasan tentang kawasan "pekat biru" Di mana ya. Tolong tampil ke hadapan dan melapor diri atau minta jiran tetangga untuk membuat laporan. Segala kekurangan adalah kelemahan diri saya. Pejabat dan bilik gerakan di sebelah pasaraya "econmart" dibuka 24jam. Setakat ini sudah ada 1000 orang yang sudi membuat aduan memohon bantuan.Mari kita berbincang macam adik beradik.Handphone saya sentiasa on. Klinik suami saya depan econmart. Sila datang.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com