Pray For MH370

Pray For MH370

RAHSIA DI SEBALIK BENCANA / MALAPETAKA

BALA TSUNAMI



Ahad 26 Disember 2005

Muncul tanda kebesaran ALlah Yang Maha Perkasa

Ombak bergelora dahsyat

Mengaum membuka mulut

Menerpa laju melimpahi pantai

Ganas membaham yang dilalui

Hancur ranap, binasa dan mati

Konkrit yang gagah kuat

Kayu yang dipaku rapat.



Pokok yang menunjang di tanah padat
Rerumputan yang dibumi merapat
Semuanya tidak selamat
makhluk memang lemah
Rumah ALlah tetap berdiri megah.


Tanda kebesaranMU mereka gelar tsunami

Tanda kebesaranMu mereka sebut seksa

Tanda kebesaranMu mereka namakan malapetaka

Tanda kebesaranMu mereka panggil bencana

Tanda kebesaranMu termasuk bala tsunami.


Tsunami ibtila' untuk semua
Engkau (tsunami) dicipta Yang Maha Perkasa
Menghancurkan apa yang dikehendakiNya
Sedikit Pantai Timur Afrika.
Maldives, India Selatan, Thailand, Sri Lanka,
Malaysia utara dan Aceh paling membawa ikhtibar.

Ratusan ribu nyawa melayang di Aceh Utara
Puluhan ribu nyawa dicabut di lain tempat
Bagi orang yang baikia hiburan dan penghapus dosa
Bagi yang bernoda tidak bertaubat hukuman dan seksa.



Ratusan ribu jiwa pula mengambil kesempatan

Menyimpan saham akhirat sebagai bekalan

Mereka berlumba mengharap ganjaran

Mereka menghulur pelbagai jenis bantuan

Sebagai tanda kemanusiaan dan persaudaraan

Sesungguhnya tsunami miliki hikmat yang tidak terkira.

Dr Hj Muhammad Nur Lubis Abd Razak
Ban 2A, Kilanas
Brunei Darussalam
Safar 1428/Mac 2007

Comments :

0 comments to “RAHSIA DI SEBALIK BENCANA / MALAPETAKA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com