Pray For MH370

Pray For MH370

AKAN DILELONG SETELAH BANK BUKAN ALONG, TOLONG

Salah satu kesan dari legasi polisi SELANGOR SETINGGAN SIFAR hasil peninggalan kerajaan BN di bawah Khir Toyo ialah seramai 100 buah keluarga kini berhadapan dengan masalah rumah pangsa mereka akan dilelong oleh bank dek kerana tidak mampu untuk melaksanakan tuntutan bayaran ansuran bulanan kepada pihak Bank. Pihak Bank disaran agar dapat menstruktur bayaran balik bulanan. Al-kisah di negeri maju antah berantah..[SINI]


Adun Selat Klang Minta Bank Dengar Rintihan Penduduk

Suara Selangor maju / MURIZA ABDUL HAMID


PELABUHAN KLANG, 3 November – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali hari ini menggesa sebuah institusi kewangan menghentikan serta merta proses lelongan membabitkan lebih seratus buah rumah penduduk di Pangsapuri Seri Perantau, di sini.


Gesaan itu dibuat beliau memandangkan penghuni pangsapuri berkenaan merupakan bekas penduduk setinggan yang dipindahkan dari rumah panjang Seri Perantau dan tergolong daripada mereka yang berpendapatan sederhana.

Katanya, pihak AmBank sepatutnya mendengar dahulu rintihan dan masalah yang dihadapi penduduk sebelum mengambil sebarang tindakan melelong kediaman mereka.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di perkarangan surau Pangsapuri Seri Perantau di sini tengah hari tadi ketika mengulas tindakan penduduk yang melakukan piket di hadapan bank berkenaan pagi tadi ekoran tidak berpuas hati dengan tindakannya yang tidak mengeluarkan sebarang notis lelongan kepada penduduk.

Dr Halimah berkata, bank berkenaan sepatutnya peka dan perlu turun padang untuk melihat sendiri situasi sebenar yang dihadapi penduduk selain meneliti dan menganalisa setiap kes yang menyebabkan penduduk tidak mampu membayar ansuran bulanan rumah terbabit.

“Saya menggesa bank ini atas dasar tanggungjawab sosialnya untuk berperikemanusiaan memberikan kelonggaran supaya penduduk boleh membayar dengan kadar yang mungkin kurang pada sekarang tetapi dalam jangka masa yang lebih panjang, itu yang kita minta,” katanya.

“Saya bagi dua minggu untuk AmBank bertindak dan saya minta mereka hentikan serta merta iklan lelongan melalui risalah seperti ini,” tambahnya.

Dr Halimah juga berjanji kepada penduduk untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu daripada bank terbabit.

“Saya akan berhubung dengan Ibu Pejabat AmBank untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini,” katanya yang mengharapkan kerjasama bank berkenaan dalam menyelesaikan masalah tersebut. Laporan berkaitan [SINI]

Comments :

1
Anonymous said...
on 

Yb Dr Halimah,

Pekej rangsangan yg diumukan oleh Timbalan Perdana Menteri semalam jelas menyebut Bank perlu memberi kelonggaran kepada peminjam khususnya menstrukturkan semula pinjaman peminjam yg bermasalah.

Saya syorkan Yb berjumpa terus dgn YAB Timbalan Perdana Menteri bagi membantu menyelesaikan masalah yg timbul.

Dapatkan sokongan media dengan liputan yg meluas.

Sekian

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com