Pray For MH370

Pray For MH370

SAMAN KERAJAAN TERENGGANU DIBUAT OLEH PAS BELUM DITARIK BALIK

Saman terhadap kerajaan Pusat berhubung isu wang royalti difailkan di mahkamah oleh PAS pada 2000 ketika memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004 masih kekal dan belum ditarikbalik oleh Kerajaan BN Terengganu.

Gambar penyerahan ‘replika cek’ berjumlah RM408 juta oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak kepada Menteri Besar, dua minggu sebelum berakhir tahun 2008 dan beberapa hari lagi sebelum Pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Jika tiada pilihanraya kecil ini, wang berkenaan mungkin tidak diserahkan.

Cek ini dikatakan sebagai ‘tambahan atau baki royalti’ tahun 2007 dan 2008.

"Jumlah keseluruhan wang yang digunakan ini adalah sebanyak RM1.5 bilion. Wang ini akan dituntut kembali kerana beberapa senarai lain yang kita kehendaki masih belum disahkan oleh Kementerian Kewangan. "Sebab itu, sehingga kini kita belum menarik balik saman kerajaan Terengganu terhadap kerajaan Pusat," kata Ahmad Said ketika menjawab soalan tambahan Datuk Harun Taib (PAS-Manir), yang ingin tahu kenapa wang royalti itu disimpan kerajaan Pusat semasa sidang DUN Terengganu.

Terengganu Terima Wang Royalti RM6.218 Bilion Dalam Tempoh Lapan Tahun

KUALA TERENGANU, 14 Dis (Bernama) -- Kerajaan Terengganu menerima wang royalti minyak secara langsung daripada kerajaan Pusat sejak 2000, berjumlah RM6.218 bilion, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata jumlah itu, termasuk RM408.6 juta yang dibayar pada majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan di sini, Sabtu.

"(Bagaimanapun), pada masa ini, kerajaan Terengganu sedang menunggu senarai penuh perbelanjaan digunakan oleh kerajaan Pusat, yang melibatkan wang royalti minyak itu," katanya.

Beliau menjawab soalan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) yang ingin tahu jumlah wang royalti minyak yang diterima kerajaan Terengganu dari 2000 hingga 2008, pada hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, di sini Ahad.

Ahmad berkata setakat ini, Kementerian Kewangan mengesahkan sebanyak RM700 juta wang royalti minyak digunakan kerajaan Pusat untuk membina rumah oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di negeri lain.

Beliau berkata RM800 juta lagi, dibelanjakan untuk pelbagai projek pembangunan di negeri lain.

"Jumlah keseluruhan wang yang digunakan ini adalah sebanyak RM1.5 bilion. Wang ini akan dituntut kembali kerana beberapa senarai lain yang kita kehendaki masih belum disahkan oleh Kementerian Kewangan.

"Insya-Allah, setelah kita mendapat senarai lengkap ini, rundingan terakhir dengan kerajaan Pusat untuk menuntut kembali hak kita, iaitu baki yang ada dapat dilaksanakan," katanya.

Ahmad berkata kerajaan Pusat telah bersetuju menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan Terengganu dan rundingan untuk menyelesaikan beberapa perkara masih dijalankan.

"Sebab itu, sehingga kini kita belum menarik balik saman kerajaan Terengganu terhadap kerajaan Pusat," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Harun Taib (PAS-Manir), yang ingin tahu kenapa wang royalti itu disimpan kerajaan Pusat.

Saman terhadap kerajaan Pusat berhubung isu wang royalti tersebut difailkan di mahkamah oleh PAS pada 2000 ketika memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Comments :

0 comments to “SAMAN KERAJAAN TERENGGANU DIBUAT OLEH PAS BELUM DITARIK BALIK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com