Pray For MH370

Pray For MH370

KENYATAAN AKHBAR ADUN & AP PAKATAN RAKYAT SELANGOR

1.Semua Adun dan Ahli Parlimen akan mempertahankan prinsip-prinsip keluhuran Perlembagaan serta mendukung sebulat suara kepimpinan Menteri Besar untuk terus memimpin Selangor.

2.Pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin selama hampir setahun telah mempertahankan agenda dan program kebajikan rakyat dengan prinsip merakyatkan ekonomi Selangor.

3.Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran dan pembangunan dalam tahap yang cukup cemerlang dan kami yakin rakyat akan tetap memberikan mandat untuk Tan Sri memimpin dan menerajui Selangor.

4.Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor berharap Jabatan Peguam Negara sewajarnya bertindak secara bebas, adil dan telus manakala SPRM pula tidak mengambil tindakan yang boleh dilihat sebagai badan yang tidak bebas.



Pengerusi SPRM bertindak sebagai Ketua Umno Cawangan


Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat negeri Selangor sepakat menegaskan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dato' Ahmad Said Hamdan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersifat politik dan pendakwaan tersebut bertujuan mencemarkan nama baik Menteri Besar.

Kenyataan pertama sebulat suara daripada Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu dinyatakan dalam sidang media sempena program Retreat Exco Selangor 2009, di Holiday Hotel, Subang Jaya selama tiga hari.

Menurut Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, berdasarkan fakta yang terkandung dalam saman Menteri Besar terhadap Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir toyo adalah jelas menunjukkan bahawa dakwaan terhadap Khalid tidak berasas.

Tambahan pula kata beliau, semasa pendakwaan ia adalah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara dan SPRM tidak berhak untuk membuat kenyataan terbuka sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa menjelaskan kenyataan Pengerusi SPRM boleh ditafsirkan sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi budi bicara Peguam Negara yang bertanggungjawab bertindak secara bebas dan adil.

"Kami menuntut supaya SPRM dapat melaksanakan tugas secara bertanggungjawab dan kami mendapati ia merupakan usaha jahat yang terancang oleh Umno-BN untuk mengugat Pakatan Rakyat Selangor dengan memperalatkan institusi SPRM dan Jabatan Peguam Negara," tegasnya.

Beliau yakin wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor akan terus menjadi sasaran serangan fitnah Umno-BN dalam beberapa bulan yang akan datang.

Bagaimanapun, katanya, semua Adun dan Ahli Parlimen akan mempertahankan prinsip-prinsip keluhuran Perlembagaan serta mendukung sebulat suara kepimpinan Menteri Besar untuk terus memimpin Selangor.

Katanya, pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin selama hampir setahun telah mempertahankan agenda dan program kebajikan rakyat dengan prinsip merakyatkan ekonomi Selangor.

"Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran dan pembangunan dalam tahap yang cukup cemerlang dan kami yakin rakyat akan tetap memberikan mandat untuk Tan Sri memimpin dan menerajui Selangor," jelasnya.

Beliau menegaskan kenyataan SPRM itu amat tidak bertanggungjawab dan seolah-olah Pengerusinya bertindak sebagai Ketua Umno Cawangan.

Kenyataan Pengerusi SPRM itu seolah-oleh menggambarkan bahawa SPRM tidak bebas dan menjadi alat serta diperkudakan oleh Umno-BN.

Justeru, Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor berharap Jabatan Peguam Negara sewajarnya bertindak secara bebas, adil dan telus manakala SPRM pula tidak mengambil tindakan yang boleh dilihat sebagai badan yang tidak bebas

Saidah Hairan / harakahdaily

Comments :

1
Anonymous said...
on 

YB

BN memang jahat dan tak payahlah kita menunding jari ke BN lagi.Mereka memang jahat.

Jadi cara melawan orang jahat saperti BN ini senang saja dan saya akan memberi senjata hikmat kepada YB2 PR dengan percuma saja.

1. Jangan rasuah:jahat macam mana pun BN tidak boleh tangkap orang yang tak buat salah.Kalau tak cukup duit, sedekah ayam pun bolehlah dan tak perlu sedekah lembu, sebab lembu itu mahal.Lihat orang baik macam Nik Aziz,mana BN boleh sentuh.

2. Jangan ada affair dengan suami atau isteri orang:kahwin cepat2 dan setialah pada pasangan masing2.Jahat macam mana pun BN tak boleh tangkap orang dengan isteri atau suami mereka.

3. Jangan baring tengah jalan. Belilah katil yang selesa di tidur dan baliklah rumah kalau nak baring.Jahat macam mana pun BN tak boleh tangkap orang yang baring kat rumah.

4. Ambil kakitangan yang muka macam Bernard(zorro) or Sheih(kickdefella),barulah orang tak fitnah kita homo.Orang rupa macam Saiful dan Hilmi jangan ambil berkerja.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com