Pray For MH370

Pray For MH370

PRESIDEN PERSATUAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN MALAYSIA ULAS ISU KERAJAAN PERAK

Krisis di Perak mendapat perhatian Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid (Biodata di bawah)

"Pemimpin tulen ialah mereka membimbing negara ke arah sebuah negara yang kukuh, wajar dan menangani masalah lebih berkesan melalui nilai-nilai yang murni, penjelasan proses pemikiran dan tindakan tegas,"kata Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid.

"Bijak, pemimpin terhormat dan tenang dengan nilai murni, rasional dan kritikal semasa dalam krisis dan boleh menangani masalah dan mampu meningkatkan tahap pemikiran kewarganegaraan kepada satu dimensi lain," kata Ibrahim.

Pemimpin Mesti Menjadi Contoh Terhormat


Oleh Mohd Azril Mohd Annuar

Pemimpin tulen, yang menjadi contoh bagi generasi akan datang, janganlah menunjukkan contoh yang tidak elok melalui pemikiran, tindakan atau kelakuan kasar dan terburu-buru ketika dalam krisis.

Presiden Persatuan Kepimpinan Pendidikan Malaysia Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid berkata kelakuan negatif seperti itu akan menjejaskan pembangunan tabiat nasional dengan yang rugi ialah warganegara dan generasi akan datang.

"Pemimpin tulen ialah mereka membimbing negara ke arah sebuah negara yang kukuh, wajar dan menangani masalah lebih berkesan melalui nilai-nilai yang murni, penjelasan proses pemikiran dan tindakan tegas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan yang sepatutnya diambil oleh pemimpin terutamanya dalam krisis politik di Perak.

Menurutnya masalah di Perak janganlah menjadi satu perangkap di mana pemimpin membuat keputusan yang tidak baik, mengambil tindakan negatif yang akan menjadi ikutan kepada generasi akan datang.

"Bijak, pemimpin terhormat dan tenang dengan nilai murni, rasional dan kritikal semasa dalam krisis dan boleh menangani masalah dan mampu meningkatkan tahap pemikiran kewarganegaraan kepada satu dimensi lain," kata Ibrahim.

Beliau berkata, "Dalam proses pembangunan, kita ada krisis dan cabaran berlainan. Kini kita menghadapi dengan cabaran politik lagi. Seperti cabaran lain, apa yang diharapkan orang ramai ialah kejernihan nilai, pemikiran dan tumpuan terhadap kebaikan bersama."

Bagaimanapun jika pemimpin bijak semasa tempoh krisis ini dan bangkit menangani masalah itu, generasi akan datang akan baik pada kepimpinan ketika tempoh krisis, kata beliau.

Daripada apa yang berlaku di Perak, banyak pengajaran dapat dipelajari dan ramai pemimpin untuk dibentuk.

"Untuk kebaikan bersama, pemimpin hendaklah memimpin dengan terhormat dan bermartabat, menghormati sahabat dan sebagainya. Kedua-dua pembangkang dan Barisan Nasional (BN) merupakan pemimpin dan mesti menunjukkan sifat ini," jelas beliau.

Perkembangan politik kini di Perak di mana Sultan Perak Sultan Azlan Shah semalam menyingkirkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) selepas tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membenarkan BN membentuk sebuah kerajaan baru. Bagaimanapun, pemimpin PR enggan meletak jawatan sungguhpun perintah itu dibuat oleh Sultan.

BERNAMA


Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid ialah bekas Dekan Fakulti Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Tun Abdul Razak

Ijazah PhD beliau adalah dari Universiti Havard.

Kini beliau bertugas sebagai Pengarah, UNESCO-Regional Center For Educational Planning (RCEP), beribu pejabat di UAE.

Comments :

0 comments to “PRESIDEN PERSATUAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN MALAYSIA ULAS ISU KERAJAAN PERAK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com