Pray For MH370

Pray For MH370

ISU RASUAH DAN POLITIK WANG DALAM PAS SEKADAR MAINAN SETERU POLITIK

Pimpinan PAS menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan PAS dengan amalan rasuah dan politik wang. Ia hanya merupakan beberapa perkara yang negatif yang ditimbulkan supaya PAS dipandang negatif oleh umum. Apa yang dilaporkan itu adalah satu pembohongan yang sengaja diadakan untuk mengganggu perjalanan muktamar dan pengaruh PAS yang berkembang hari ini bukan sahaja di kalangan Islam tetapi bukan Islam.


PAS bebas politik wang, adunan semua golongan mantapkan parti - Presiden PAS


Wawancara Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pada 18 Mei 2008.

Soalan : Assalamualaikum, boleh Tuan Guru perjelaskan mengenai hasil perbincangan dengan jawatankuasa Harian PAS Pusat mengenai isu dakwaan politik wang?

Tuan Guru : Bismillahirahmanirrahim, jawatankuasa harian PAS Pusat telah bermesyuarat hari ini dah telah mendengar taklimat dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Ketua Dewan Muslimat dan beberapa pimpinan PAS yang lain. Setelah kita kumpul maklumat dari semua negeri-negeri yang telah bermesyuarat Agung, di semua peringkat, kita dapati tiada amalan politik wang dalam PAS.

Alhamdulillah kita dapat meneruskan peningkatan parti kita, terhadap cara Islam yang melibatkan semua golongan masyarakat termasuk ulama, profesional, dan termasuk golongan pemimnpin masyarakat yang pelbagai seperti petani, nelayan, pekerja dan lain-lain. PAS mengambil sikap terbuka menerima semua pihak samada kalangan politik, NGO dan lain-lain dan kita telah berjaya mendidik dan mentarbiyah ahli-ahli kita dari atas ke akar umbi, dan dalam masa yang sama kita mendukung konsep kepimpinan ulama yang melibatkan kalangan ulama, profesional dan semua pihak di dalam PAS.

Alhamdulillah semua pihak ini berjaya memperkasakan PAS dengan konsep Islam dan dalam masa yang sama PAS telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia, dan sebarang usaha untuk menembuskan bahtera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal dan kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang. Kita juga menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan PAS dengan amalan rasuah dan politik wang.


Soalan
: Persepsi umum mungkin sedikit terpengaruh apabila melihat laporan akhbar menyentuh isu politik wang dalam PAS, apa pandangan Tuan Guru?

Tuan Guru : Pada pandangan saya akhbar perdana memainkan cara lama, seperti di masa muktamar lalu mereka timbulkan beberapa perkara yang negatif supaya PAS dipandang negatif
oleh umum. Alhamdulillah sehingga kini terbukti itu adalah maklumat yang bohong. Dalam hal ini sepatutnya rakyat melihat negeri-negeri yang diperintah oleh PAS ini ada gambaran jelas yang libatkan wakil rakyat PAS selamat dari politik wang dan bahkan tiada seorangpun wakil rakyat PAS yang berjaya dibeli. Ini bukti yang nyata kejayaan kita dalam PAS.

Justeru jika wakil rakyat kita pun bersih, apatah lagi pemilihan dalam parti yang lebih halus dan teliti daripada peringkat lain. Sebab itu apa yang kita lihat adalah apa yang dilaporkan itu adalah satu pembohongan yang sengaja diadakan untuk mengganggu perjalanan muktamar dan pengaruh PAS yang berkembang hari ini bukan sahaja di kalangan Islam tetapi bukan Islam.

Soalan : Perihal politik wang nampaknya menarik minat bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat komen, apa reaksi Tuan Guru?

Tuan Guru : Tun masih lagi berkuasa dalam Umno dan masih belum lagi bersara, dan kita anggap kenyataan beliau macam dahulu dan kita suka Mahathir buat kenyataan lebih banyak
lagi supaya kita dapat lagi banyak sokongan daripada rakyat.

Soalan : Ada juga yang lihat perlu ada tindakan kepada yang membuat dakwaan jika mereka ini jelas tiada bukti?

Tuan Guru : Tiada kalau dan tiada kiranya sebab benda itu tidak ada.

Soalan : Bagaimana dengan akhbar yang melaporkan dakwaan itu, apakah PAS akan ambil sebarang tindakan termasuk undang-undang?

Tuan Guru : Itu kita akan kaji dari masa ke semasa sebab kita menghormati kebebasan akhbar di negara kita, dan ahli PAS faham terhadap tingkah laku akhbar itu. InsyaAllah mereka
tidak akan terpengaruh.

Soalan : Menyentuh apa yang Tuan Guru cakap dalam suatu ceramah di Bera, Pahang baru-baru ini, isu penyertaan dalam PAS di kalangan Ulama dan Profesional, boleh ulas lanjut?

Tuan Guru : Saya sebut di Bera malam itu bahawa penubuhan PAS yang digagaskan dengan ulama dan profesional dengan cara yang tiada tinggi rendah antara satu sama lain, di mana yang
menubuhkan PAS ini bukan setakat Dato' Haji Ahmad Fuad, Dr Burhanuddin Al Helmy; termasuk juga Dr Haji Abbas Alias; melibatkan juga Aminuddin Baki, Professor Ahmad Ibrahim;
Professor Ungku Omar. PAS juga menerima kalangan bukan terpelajar dan juga menerima samseng kita juga terima, Nabi juga menerima semua golongan, penyamun dan sebagainya yang
akhirnya menjadi orang Islam dan ditarbiyah dan dididik dan mereka ini akhirnya menjadi orang Islam yang soleh. Inilah kejayaan kita dalam PAS sepanjang perjalan kita sebab itu kita berjaya megwujudkan satu suasana politik yang sihat. Walaupun mereka yang berasal usul Umno masuk PAS, bila masuk PAS mereka bersama dan berlaku amalan politik yang sihat, dan kita bebas dari amalan politik wang atau rasuah dan lobi yang kotor yang berlaku dalam Umno. Saya sebut juga di situ gembar-gembur yang ditimbulkan oleh pihak luar laksana mereka yang lalu di halaman rumah kita dia dengar bunyi-bunyi dia kata kita bergaduh, kita tak bergaduh sebenarnya kita susun perabut rumah kita, itu biasa dalam pemilihan itu bukan pergaduhan dalam parti apa
yang berlaku masing-masing beri pandangan dan hujah dan ahli kita matang dalam menentukan di mana perubahan yang hendak kita lakukan dalam muktamar akan datang. Adunan kesemua itu sangat baik kepada PAS.

Soalan : Menyentuh muktamar, tuan guru diumumkan sekali lagi menang tanpa bertanding jawatan Presiden, mungkin ada ucapan kepada ahli dan perwakilan?

Tuan Guru : Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan penyokong PAS seleuruh negara yang terus memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin, dan saya anggap itu
sebagai satu amanah yang sangat berat...(sambil menitiskan airmata) walaupun saya dalam keuzuran tetapi adalah tidak baik untuk saya melarikan diri daripada amanah yang telah
diserah ini. Saya anggap ini satu penghargaan yang sangat mulia yang diberi kepada saya dan saya janji akan tunaikan amanah ini dengan cara yang lebih baik lagi. Dan insyaAllah saya yakin akan didukung oleh rakan-rakan yang bakal dipilih dalam muktamar nanti, dan saya percaya bahawa pemilihan ini walaupun ada yang tak dipilih atau sekalipun dipilih pada saya itu ialah giliran menjalankan tugas dan ia bukan amalan mencantas yang berlaku dalam amalan politik parti lain. Bagi saya saya bersedia bekerja dengan semua kalangan yang dipilih oleh muktamar, sepanjang saya berada dalam PAS dari zaman Dato Asri Muda sehingga kini telah mendidik saya dengan semua pihak yang ada dalam PAS ini, bukan sahaja yang dipilih di kalangan ulama atau profesional bahkan tidak ulama atau tak profesional ini pernah jadi pemimpin PAS tetapi
mereka ini cukup berpengaruh dalam masyarakat, inilah yang mengajar saya adunan yang bermacam dalam PAS ini menjadikan PAS sebuah parti yang mantap.


Soalan : Harapan Tuan Guru dalam pemilihan ini akan datang persaingan cukup sihat?

Tuan Guru : Walaupun media arus perdana cuba nak timbulkan kegelisahan dalam PAS dan sedikit sebanyak ada perasaan itu saya harap kenyataan saya ini yang lebih mereka boleh
percayai mereka akan menolak sebarang maklumat yang bohong dan palsu yang disebar oleh media arus perdana yang dikuasai BN, kita diajar dalam AlQuran : Maksudnya "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu berita yang dibawa oleh orang yang fasik, termasuk orang yang tak jelas dari segi keikhlasan dia kamu hendaklah menyelidik terlebih dahulu
supaya kamu tidak bertindak terhadap orang lain dan membawa penyesalan kepada kamu"


Saya percaya ahli PAS yang sudah terdidik ini dapat melaksanakan perintah Allah dengan cara yang terbaik, walaupun masyarakat dipengaruhi oleh akhbar yang tidak bebas yang dicucuk hidung untuk lakukan apa sahaja dan kadang-kadang digunakan sewenangnya dengan cara yang salah dengan maklumat yang bohong. Kita percaya pendukung PAS tidak akan terpengaruh dengan permainan media ini sebagai mana mereka tidak terpengaruh dengan media arus perdana dalam masa pilihan raya apa lagi ketika ini.

Soalan : Saranan kepada perwakilan dan ahli yang akan bermuktamar pada 5 hingga 7 Jun ini?

Tuan Guru : Saya kagum dengan muktamar yang lalu di Ipoh walaupun sebelumnya digembar-gemburkan seolah-olah berlaku krisis yang hebat dalam PAS, tetapi kita dapat adakan muktamar dengan cara yang sopan dengan sebaiknya dan tenang sehingga mereka sendiri hairan dan tidak dipengaruhi oleh cara yang tidak bersopan itu, dan saya percaya sokongan kepada PAS meningkat lagi dan kematagan mereka akan bertambah lagi. Selamat bermuktamar..

Sumber: politiksukusakat

Comments :

0 comments to “ISU RASUAH DAN POLITIK WANG DALAM PAS SEKADAR MAINAN SETERU POLITIK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com