Pray For MH370

Pray For MH370

WANITA MAMPU, MAHU DAN TAHU BANTU TINGKT EKONOMI NEGARA

Wanita Mampu Bantu Tingkat Ekonomi Negara: Salbiah


SHAH ALAM 23 NOV: Selangor dengan kerjasama Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga Yayasan Amal Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) buat julung kalinya menganjurkan program Wacana Intelektual Wanita.

Program sehari bertemakan “Wanita Intelek

Pemangkin Tamadun Unggul” bertujuan untuk menggarap dan menyatupadukan tenaga intelektual wanita bagi memperkukuhkan daya saing dan daya juang wanita dalam arus permodenan pada masa kini.

Isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut berkata program seumpama ini seharusnya dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita.




Katanya buah fikiran atau daya intelek yang dimiliki wanita mampu memberi sumbangan kepada ekonomi negara jika digilap dan diketengahkan.

“Saya harap wacana ini juga boleh menjadikan satu platform untuk kita wanita kesemuanya bersatu tidak kira bangsa, agama, kulit dan sebagainya” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan program berkenaan di

Dewan Ratu, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Shah Alam.

Sementara itu,Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata program ini dapat membantu wanita merancang strategi pembangunan diri dan keluarga.

“Kita mahu wanita menggunakan daya inteleknya merancang anak-anaknya sebagai modal insan yang akan memberi kesan dan impact yang besar kepada negeri dan negara,”katanya.

Kira-kira 200 peserta wanita dari badan bukan kerajaan(NGO) menyertai program ini.

Antara tetamu yang hadir membentangkan kertas kerja ialah ahli akedemik UiTM, Profesor Madya Dr Asiah Ali, A, Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin, Ketua Wanita JIM, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud serta Ahli Parlimen Rantau Panjang Yb Siti Zailah.

Selangorkini

Comments :

0 comments to “WANITA MAMPU, MAHU DAN TAHU BANTU TINGKT EKONOMI NEGARA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com