Pray For MH370

Pray For MH370

MASALAH SOSIAL SERTA INFRA MENJADI MASALAH UTAMA

Halimah tumpu struktur masalah sosial dan pembangunan


SHAH ALAM, 12 Feb - ADUN Selat Klang, Dr. Halimah Ali meminta agensi kerajaan dan jabatan memberi kerjasama sepenuhnya dalam melaksanakan kerja secara menyeluruh bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk.




Beliau berkata terdapat dua permasalahan besar yang perlu diberi fokus iaitu permasalahan pembangunan infrastruktur dan sosial yang diadukan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) di satu-satu tempat.

“Jadi saya telah mengemukan masalah-masalah yang telah diadukan oleh ketiga-tiga JKK iaitu Sungai Udang, Telok Gadong dan juga Kampung Delek. Jadi terdapat bukti-bukti dan tempat-tempat masalah yang sedang mereka alami khususnya masalah jalanraya, lorong-lorong, longkang dan parit-parit yang tersumbat, serta sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik.”

Beliau berkata selain permasalahan sturuktur terdapat juga permasalahan sosial yang semakin ketara peningkatannya perlu diberi perhatian oleh jabatan yang bertanggungjawab.

“Iaitu masalah daripada segi kafe siber yang melewati masa yang diberikan lesen oleh Majlis Perbandaran Klang, pusat-pusat perjudian, pusat-pusat hiburan dan juga masalah yang telah dibawakan kepada penduduk-penduduk terutamanya kepada pelajar.”

Beliau berharap aktiviti ini dapat dikawal selia dengan baik dari semua pihak terutamanya bagi mereka yang meluluskan premis pusat hiburan di kawasan tersebut.

Beliau turut meminta kerajaan persekutuan tidak mempolitikkan keperluan rakyat terutamanya apabila menyentuh soal pembangunan rakyat.

Beliau berharap segala peruntukan yang disediakan dapat diuruskan secara baik dan kolektif antara agensi kerajaan dan jabatan.

Selangorkini

Comments :

0 comments to “MASALAH SOSIAL SERTA INFRA MENJADI MASALAH UTAMA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com