Pray For MH370

Pray For MH370

SATU LAGI PEMANGKIN INFLASI SEDANG INKUBASI

Kenapa tariff eletrik perlu naik? Untuk meningkatkan keuntungan IPP (Independent Power Producer- Pengeluar Kuasa Eletrik Bebas) seperti Genting Sanyen berlipat kali ganda

Kabinet Akan Putuskan Tarif Baru Elektrik Pada Rabu

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik pada Rabu, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

"Sekiranya Kabinet meluluskannya, akan terdapat kenaikan, tidak mungkin penurunan," kata beliau kepada pemberita pada majlis Tahun Baru Cina Tenaga Nasional Bhd di sini.

Mengenai peratusan kenaikan, Chin berkata: "Saya tidak boleh beritahu kerana mungkin esok Kabinet membuat keputusan lain."

-- BERNAMA
===============================================================================

Kenaikan Tarif Elektrik Bukti Najib Gagal Laksana Slogan 1Malaysia


SHAH ALAM, 23 Februari - Kabinet pimpinan Perdana Menteri Najib Razak akan bermesyuarat esok untuk memutuskan sama ada meluluskan kenaikan tarif elektrik.

Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Peter Chin mengesahkan pihaknya telah mencadangkan supaya kadar tarif letrik dinaikan.

Pakar Ekonomi Tony Phua berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional akan berlaku tidak adil sekali lagi jika meluluskan kenaikan tarif elektrik itu.

Beliau berkata, sebarang kenaikan harga bukan sahaja bertentangan dengan slogan-slogan yang dicanang Najib tetapi juga membuktikan kepimpinannya lebih mengutamakan kroni-kroni dalam pengagihan subsidi.

“Kalau mereka meningkatkan tarif elektrik adalah amat tidak adil kerana buat masa ini sekiranya subsidi dikurangkan terhadap konsumer, sepatutnya subsidi yang diberikan kepada pihak penjana kuasa bebas perlu dikurangkan dahulu.

“Kenapa pihak itu dapat menikmati subsidi yang begitu lumayan dan menjamin keuntungan yang besar kepada pihak IPP tetapi bagi rakyat pula kerajaan meningkatkan harganya? Adakah ini slogan kerajaan dan Najib bahawa rakyat akan didahulukan? Buat masa ini apa yang kita nampak, kroni-kroni perniagaan-perniagan besar didahulukan manakala rakyat dibelakangi,”katanya.

Tony Phua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, pengurangan subsidi kepada rakyat dengan pelbagai kenaikan harga barang mencerminkan kegagalan Umno-BN menguruskan negara.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak menggunakan wang dan pendapatan negara secara berkhemah dan telah menyebabkan sekarang kerajaan rumit kewangan iaitu tidak cukup wang dan semua subsidi dikurangkan dan semua harga dinaikkan. Menunjukkan kerajaan selama ini tidak mempunyai kecekapan dalam menguruskan isu-isu ekonomi,”katanya.

-YUSMAWATI MHD YUSOF/Selangorkini

Comments :

0 comments to “SATU LAGI PEMANGKIN INFLASI SEDANG INKUBASI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com